2hb Julai 2018, mantan ADUN N49 Sg. Kandis, Selangor, Allahyarham Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma...
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Shuhaimi Shafiei...
Kita doakan muga roh Allahyarham di rahmati Allah s.w.t. dan keluarga Allahyarham di berikan kekuatan untuk hadapi ketentuan dan dugaan dari Allah s.w.t...
Pilihanraya Kecil N49 DUN Sg. Kandis
Akibat kekosongan kerusi DUN Sg. Kandis yang di tinggalkan oleh Allahyarham Shuhaimi Shafiei, SPR mengumumkan hari penamaan calon pada 21hb Julai 2018, hari Sabtu lepas dan hari mengundi pada hari Sabtu 04hb Ogos 2018...
Pertandingan 3 Penjuru bagi PRK DUN N49 Sg. Kandis
Selesai proses penamaan calon pada Sabtu lepas, SPR mengumumkan PRK DUN N49 Sg. Kandis bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon PKR, Mohd. Zawawi yg mewakili kerajaan Pakatan Harapan utk mempertahankan kerusi PKR yg di menangi dalam PRU 14, calon bebas K. Murthy dan calon pembangkang Barisan Nasional (Umno) Dato' Lokman Noor Adam...
PRK DUN N49 Sg. Kandis Bukan PRK Biasa
Pengundi2 N49 yg majoritinya Melayu harus sedar bahawa pilihanraya kecil yg akan mereka hadapi pada 04hb Ogos 2018 nanti bukanlah satu pikuhanraya kecil yang biasa...
Masa depan seluruh bangsa Melayu di tanah air bergantung kepada keputusan yang akan di buat oleh pengundi2 di DUN Sg. Kandis...
Pengundi2 Sg. Kandis harus sedar bahawa ini bukanlah satu pilihanraya kecil yang akan menyaksikan pertembungan antara PH dan BN sahaja...
Ini bukanlah satu pertembungan antara Mahathir dan Najib...
Tetapi ini adalah satu pilihanraya kecil yang akan menentukan hidup atau matinya bangsa Melayu di tanah air sendiri...
Mengapa ???
》Lihat saja apa yg dah berlaku pada nasib bangsa Melayu sejak peralihan kuasa pada 09hb Mei 2018 yg lalu...
Ingatkanlah kembali bagaimana seorang raja yg di angkat menjadi Agong telah di paksa mengikut kehendak mereka!!!
Bacalah kembali kata2 kesat dan penghinaan yang mereka lemparkan bukan saja kepada SPB YDP Agong malah kesemua Institusi Raja2 Melayu...
Benar, raja zalim ialah raja yang di sanggah...
Tapi apakah ke bawah Duli Tuanku SPB YDP Agong ialah seorang raja yg zalim???
Baginda ialah seorang raja yang warak...
Baginda ialah seorang raja yg berjiwa rakyat jadi apakah kita akan hanya membiarkan baginda di sanggah oleh orang lain!!!
Bangsa Melayu di Sg. Kandis, berikan mereka peringatan!!!
》Renunglah wajah2 anak cucu kita lama2 sebelum keluar mengundi nanti...
Akan terselamatkah akidah anak cucu kita nanti sekiranya mereka terus di biarkan lalai dan rakus dgn kuasa...
Apakah satu hari nanti kita sanggup melihat anak cucu kita berfahaman Syiah...
Ianya mungkin dan AKAN berlaku kerana itulah kehendak pemimpin utama mereka...
Atau adakah kita rela satu hari nanti anak cucu kita hidup dgn cara songsang dan di laknat Allah s.w.t. dgn menyertai golongan gay, lesbian serta pengamal seks bebas dalam LGBT!!!
Bukankah suara mereka semakin lantang sekarang...
Bangsa Melayu di Sg. Kandis, berikan mereka peringatan!!!
》Fikirkanlah akan nasib bangsa Melayu di masa akan datang...
Apakah nasib anak cucu kita nanti bila sekarang mereka sudah berani mengungkit malah mencabar hak2 bangsa kita yang kukuh terpelihara selama ini...
Bukankah pemimpin utama mereka dengan angkuh mengatakan bahawa bangsa Melayu malas dan tak boleh di percayai!!!
Bukankan pemimpin utama mereka tanpa segan silu mengatakan bahawa dia tak percaya pada ketuanan bangsa Melayu...
Ini adalah tanah air kita...
Ini adalah tanah tumpah darah kita sejak dari nenek moyang kita lagi...
Ini adalah Tanah Melayu, apakah salah kita sebagai tuan rumah mahu menjaga hak2 dan keistimewaan kita sebagai tuan rumah...
Bukankah ianya telah di persetujui sejak merdeka!!!
Bangsa Melayu di Sg. Kandis, berikan mereka peringatan!!!
》Saksikanlah bagaimana angkuhnya mereka memungkiri janji2 mereka setelah kuasa kita beri...
- Di mana janji minyak RM1.50 seliter...
- Di mana janji tol nak di hapuskan...
- Di mana janji pendidikan percuma bila anak2 kita masih di kejar hutang PTPTN...
- Di mana janji kurangkan bebanan rakyat bila taraf letrik di naikkan...
- Di mana janji kurangkan kos sara hidup bila harga barang2 keperluan asas masih tinggi malah akan terus melambung dgn cukai SST...
- Di mana janji perihatin dengan nasib rakyat bila anak2 di paksa menukar kasut sekolah kepada kasut berwarna hitam dan sebahagian kutipan akan di masukkan ke dalam Tabung Pakatan Harapan...
- Di mana janji menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa bila salah seorang ketua pemuda mereka di peringkat akar umbi sendiri terlibat dalam salah guna kuasa tapak Bazar Ramadhan...
Bila di tanya pemimpin utama mereka, dgn angkuh dia berkata, janji pilihanraya BUKAN WAJIB utk di tunaikan...
Bangsa Melayu di Sg. Kandis, berikan mereka peringatan!!!
Berikan Mereka Peringatan, Tolak Calon Mereka, Pilih Calon BN Lokman Adam
Kenapa Lokman Adam ?
Pemilihan Datuk Lokman Adam sebagai calon PRK DUN N49 Sungai Kandis di katakan tepat pada pemilihan pihak kepimpinan, walaupun ada suara2 sumbang membelakangi pemilihan ini...
Dari segi pengalaman, penduduk Sg. Kandis sendiri amat mengenali siapa Lokman Adam baik pihak UMNO mahupun pihak kerajaan hari ini terutama parti Keadilan yang mana Lokman adalah merupakan bekas pemuda PKR...
Yang kuat mempertahankan kepimpinan PKR sewaktu kes Anwar Ibrahim di pecat dari UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (Barisan Nasional ketika itu di bawah kepimpinan Mahathir Muhamad), yang membawa penahan ISA di kenakan kepada beliau...
Lokman juga di kenali sebagai pengerak himpunan reformasi di Jalan Kebun, DUN Sg. Kandis suatu ketika dahulu...
Jadi soal tidak di kenali di Sg. Kandis adalah omong mereka yang mahu melunturkan semangat bangkit ahli UMNO yang mahu melondehkan kepincangan 100 Pakatan Harapan khususnya buat pengetahuan warga setempat...
Perlu di maklumkan bahawa pemilihan calon lawan dari PKR sebenarnya yang bermasalah, di mana keputusan Presiden parti Dr. Wan Azizah yang memilih Ustaz Zawawi Mughni sebagai calon di khabarkan tidak merujuk kepada kepimpinan PKR negeri...
Jika benar perkara ini kemungkinan akan memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (Datuk Lokman Adam) dalam bentuk undi protes, kemungkinan besar perkara ini boleh berlaku jika benar pencalonan Ustaz Zawawi tidak mendapat restu barisan kepimpinan PKR negeri Selangor...
Bagi rakyat Malaysia pula merasakan pemilihan Datuk Lokman adalah bertepatan dengan kepetahan beliau memberi ceramah seperti mana 'road show' beliau didalam menerangkan isu GST dan 1MDB...
Lokman mampu mengarap fakta2 nasional dengan baik semasa berceramah kerana beliau banyak turun padang memberi 'talk' semasa bertugas sebagai Pengarah di Kementerian Kewangan...
Seterusnya rakyat Malaysia dan UMNO mengenali Lokman sebagai seorang 'fighter' yang tidak mudah mengaku kalah...
Dari segi populariti pula Lokman di lihat lebih mesra serta mendapat liputan meluas di media sosial terutama ketika mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak...
Dan Lokman juga adalah pilihan keseluruhan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang baru di pilih bagi menggalas tangung jawab untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional dan UMNO...
Semoga Allah merestui perjuangan Dato' Lokman Adam untuk mengembalikan maruah UMNO di mata rakyat Malaysia khususnya pengundi DUN Sungai Kandis, Selangor...
Lebih penting lagi kemenangan Dato' Lokman akan jadi pemangkin kepada kebangkitan bangsa Melayu seluruh negara dalam mempertahankan kesucian ugama Islam dan nasib bangsa Melayu sendiri...
Ada penganalisis mengatakan kemenangan Dato' Lokman Adam di PRK Sg. Kandis tak akan bawa apa2 makna malah penganalisis tersebut sarankan agar di berikan kemenangan percuma pada PKR...
Memang benar kita akui, sekiranya dgn izin Allah s.w.t. Dato' Lokman Adam menang, ianya tak akan mampu menumbangkan kerajaan PH di negeri Selangor apatah lagi di peringkat pusat...
Tapi sebagaimana yang di terangkan awal tadi, ini bukan soal Umno lawan PH, ini bukan soal Mahathir lawan Najib tapi ini soal hidup mati nasib bangsa Melayu di tanah air sendiri...
In Sya Allah, dgn kemenangan Dato' Lokman Adam, bangsa Melayu akan bangun dari tidur yang panjang...
Kita juga akui dari jumlah undi PRU 14 bagi DUN Sg. Kandis, undi yg PKR dapat jauh lebih banyak...
Walau pun di campurkan undi BN dgn PAS, masih lagi tak dapat atasi undi PKR tapi undi penentu di Sg. Kandis ialah undi bangsa Melayu...
Undi bangsa Melayu di Sg. Kandis ialah 71.3%...
Untuk masa depan ugama Islam, bangsa Melayu dan anak cucu kita, mari kita bersatu hati...
Gunakan kekuatan 71.3% undi untuk kita sampaikan masej kepada kerajaan PH baik di negeri Selangor atau pusat bahawa bangsa Melayu sudah bangun dari lena yang panjang...
Bangsa Melayu akan bangun dan tumbangkan siapa saja yg cuba memperlekehkan ugama kami, raja2 kami, anak cucu kami dan bangsa kami...
Ayuh pengundi2 Melayu di Sg. Kandis, kita bersatu hati...
Bangsa Melayu di Sg. Kandis, berikan mereka peringatan!!!
Petikan tulisan asal :
Zanudin Salleh
0 comments:
Post a Comment