ADAKAH KITA MASIH BUTA DAN TIDAK NAMPAK BAHAWA AGAMA ISLAM SUDAH TERANCAM DI TANAH AIR KITA!!!
Gerakan Tersusun Meruntuhkan Islam Di Malaysia
Tun Dr. Mahathir pernah berkata, sekiranya Lim Kit Siang menjadi perdana menteri maka Kit Siang akan isi semua jawatan2 penting dengan orang2 Kit Siang untuk kepentingan mereka...
Kini, sekarang dan saat ini, apa yg di katakan Mahathir sedang dan sudah berlaku...
Cuma yg berbeza, bukan Kit Siang yg jadi perdana menteri...
Tapi parti Kit Siang yang menguasai pentadbiran negara...
Malah Mahathir yang dulunya mengingatkan kita akan bahaya nie, skrg menjadi 'budak suruhan' Kit Siang utk menguasai semua jawatan2 penting pentadbiran Malaysia!!!
Jawatan Menteri Kanan Dalam Genggaman Mereka
Bermula dengan perlantikan Joseph Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan...
Kemudian Gobin Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia...
Maka terkorbanlah dua kementerian yang begitu penting...
Dulu kita begitu menjaga Kementerian Komunikasi...
Kalau hendak letak Menteri Melayu di situ, kita akan pastikan individu terbabit berjiwa Melayu dan berpegang kepada Ajaran Islam.
Malah kementerian ini boleh dianggap sebagai aset pertama yang akan di tawan oleh tentera musuh bagi menguasai komunikasi dan stesen TV kita...
Kini malapetaka yang kita takut akan berlaku, sudah pun berlaku...
Anak Karpal Singh, tokoh yang terkenal dengan kenyataan beliau “Langkah Mayat Saya Jika Mahu Menjadikan Negara Ini Negara Islam” sudah di angkat sebagai Menteri Komunikasi.
Perancangannya, Gobin sengaja di letakkan di posisi tersebut bagi membantu proses publisiti dan “brain washing” minda rakyat untuk meneriam konsep Malaysian Malaysia sedikit demi sedikit.
Dengan strategi yg cukup licik dan terancang, mereka telah menguasai badan eksekutif negara...
Ini adalah kerana walau pun Mahathir di angkat sebagai perdana menteri namun hakikatnya Mahathir TIDAK mempunyai apa2 kuasa sebagai perdana menteri!!!
Bila2 masa mereka boleh menjatuhkan Mahathir dengan undi tidak percaya...
Tak perlu tunggu hingga Dewan Rakyat bersidang, cukup dengan tekanan dari dalam Pakatan Harapan sendiri...
Perkara ini terbukti bila Mahathir ingin memegang jawatan Menteri Pendidikan tetapi mendapat bantahan dari mereka dan Mahathir terpaksa akur...
Sekiranya mereka benar2 telus, mereka akan melantik Datin Seri Wan Azizah sebagai perdana menteri sementara menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pengampunan...
Tetapi mereka merancang melantik Mahathir kerana mereka tahu sukar melaksanakan perancangan mereka kerana PKR memiliki kerusi parlimen terbanyak dalam Pakatan Harapan manakala PPBM memiliki suara minoriti dalam Pakatan Harapan...
Lebih mudah mengenakan tekanan pada Mahathir yang memiliki suara minoriti berbanding Anwar yang memiliki suara majoriti dalam Pakatan Harapan...
Selepas Menguasai Badan Eksekutif Kini Mereka Menguasai Badan Legislatif
Seterusnya kita di kejutkan dengan tindakan Tun Mahathir yang memaksa DYMM Yang Di Pertuan Agong melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
Walaupun baginda membantah, namun apabila UMAT ISLAM negara ini sebulat suara membantah di dalam hati sahaja, akhirnya Tuanku YDP Agong terpaksa akur dengan perintah Mahathir bahawa beliau hanya akan cadang SATU NAMA YANG WAJIB DI PERKENAN OLEH YDP AGONG!!!
Siapa Tommy Thomas
Beliau ialah bekas peguam Chin Peng, Ketua Parti Komunis Melaya dan peguam Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya.
Kini orang Kristian mempunyai kuasa untuk menentukan kes mana yang perlu di dakwa...
Kes mana yang perlu di gugurkan serta Peguam Negara Kristian ini juga sudah kita berikan kuasa untuk menentukan samada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu boleh di dakwa dalam Mahkamah Khas ataupun tidak.
Maka hampir pasti pertuduhan rasuah banglow dan terowong bawah laut Joseph Lim Guan Eng bakal di gugurkan...
Richard Malanjum Pula Di Lantik Sebagai Ketua Hakim Negara
Belum reda kemurkaan YDP Agong, mereka memaksa YDP Agong memperkenankan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara...
Mantan Ketua Hakim Negara dan Ketua Hakim Mahkamah Rayuan di desak oleh bapa kepada Joseph Lim Guan Eng iaitu Lim Kit Siang sebelum ini untuk meletakkan jawatan mereka...
Sebenarnya Richard ialah calon Ketua Hakim Negara yang di kehendaki oleh Kit Siang...
Baca di sini :
Lim Kit Siang Mahu Richard Malanjum Menjadi Ketua Hakim Negara Sejak 2 Tahun Yang Lalu
Seorang lagi penganut Kristian telah di angkat ke posisi penting dalam badan legislatif...
Richard di lantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru...
Apa yg menjadi tandatanya, mengapa Richard tergesa2 di lantik sebagai Ketua Hakim Negara sedangkan tempoh notis Hakim Negara sekarang belum tiba masanya!!!
Baca di sini :
Malaysia Satu2nya Negara Dalam Dunia Yang Ada 2 Ketua Hakim Negara
Siapa Tan Sri Richard Malanjum
》Marina Tiu adalah seorang wanita Cina yang dilahirkan Islam...
Bapanya Haji Mustafa Tiu adalah salah seorang pemimpin Cina Islam yang disegani di Sabah...
Namun apabila Marina Tiu ingin berkahwin bakal suaminya enggan memeluk Islam dan Marina terpaksa murtad untuk berkahwin dengannya...
Marina murtad dan berkahwin dengannya. Tetapi kini mereka telah bercerai namun Marina masih murtad lagi...
Bekas suami Marina adalah TS Richard Malanjum yang baru di lantik menjadi Ketua Hakim Negara...
》Pada tahun 2007, dalam kes permohonan Lina Joy untuk menukar agama asal dari Islam ke Kristian, 3 hakim yang terlibat dalam proses kehakiman kes tersebut...
Dua hakim (Islam) tidak bersetuju untuk membenarkan Lina Joy murtad, manakala seorang hakim iaitu Richard Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar Islam...
Kemenangan kes ini menjadikan amalan murtad di negara ini di tutup dari sudut sistem dan perundangan...
Baca di sini :
Richard Malanjum Menolak Keputusan Mahkamah Persekutuan
》Tahun 2015, kes rayuan penggunaan kalimah Allah utk merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald telah di tolak oleh keputusan majoriti hakim (4 berbalas 3)...
Salah seorang daripada tiga orang hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah merujuk kepada Jesus adalah Richard Malanjum...
》Pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang2...
Antara hakim yang undi membatalkan penukaran agama tersebut adalah Richard Malanjum...
Kehakiman ini hakikatnya terletak pada hati para hakim...
Bukan semata-mata teks dan fakta...
Kerana hati yang ada pada hakim yang menafsir teks dan fakta.
Hakim yang di yakini ke Islamannya, hatinya akan cenderung kepada Islam.
Hakim yang beriktikad dengan iktikad agama lain atau sekular akan cenderung kepada agama dan iktikadnya.
Tak perlu kita mengulas bagaimana perlantikan Richard ini di gunakan oleh Tun Mahathir untuk menutup tindakan beliau menganaktirikan orang2 Sabah dan Sarawak yang tidak di lantik ke dalam kabinet barunya seramai menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak di zaman pemerintahan BN.
Selain daripada itu, ketika Dato' Seri Shafie Apdal berhujah bagi mengukuhkan hujah beliau sebagai kerajaan yang sah di Sabah, beliau juga telah mendapatkan nasihat daripada Tan Sri Richard Malanjum.
Pisau Dan Timun Dah Kita Serahkan Ke Tangan Mereka
Sudahlah Peguam Negara beragama Kristian...
Menteri Agama juga datang dari puak liberal PAN...
Ketua Hakim Negara pula mempunyai sejarah mempertahankan isu murtad dan penggunaan kalimah Allah s.w.t. dalam Bible...
Selepas ini pula bapa Joseph Lim Guan Eng akan di angkat sebagai Speaker Dewan Rakyat...
Peguam Negara akan menggubal undang-undang...
Bar Council akan memberi sokongan
Menteri Kewangan memberi sokongan kewangan...
Menteri Komunikasi memberi publisiti...
Menteri Agama berdiam diri...
Speaker memberi laluan dalam Dewan Rakyat...
Ketua Hakim Negara mengawal keputusan mahkamah...
Inilah akibat daripada sikap ingin mencuba sesuatu yang kita tidak pasti kesannya...
Sungguhpun Perdana Menteri itu Melayu dan beragama Islam, namun apabila pemimpin parti yang hanya mempunyai 13 kerusi di angkat sebagai Perdana Menteri...
Beliau cuma mampu memerintah dengan mengikut kehendak 42 orang ahli parlimen DAP yang meletakkan pisau dilehernya...
Kalau umat Islam masih BUTA SERTA BISU dan tidak nampak kebinasaan kepada Agama Islam, kepentingan Melayu, tanahair dan kedudukan Raja-Raja Melayu, tiada apa lagi yang dapat saya perkatakan...
Sampai bila kita hanya mahu menentang kebatilan dengan hati?
MASIH ADA LAGIKAH SUARA YANG AKAN MENGATAKAN KITA TAK PERLU RISAU!!!
Suntingan Dari Tulisan Asal :
Dato' Sri Lokman Adam
0 comments:
Post a Comment