Monday, July 30, 2018

DOUBLE STANDARDS Is A New Religion Called INTEGRITI BARU


Cuba korang tenguk baik2 gambar kat atas tu...

Apa yg korang nampak???

Manusia2 yg akan jadi 'maksum' ala Mahathir sebaik jer di lantik jadi menteri atau timbalan menteri, betul tak...

Tapi yg hebatnya, 'kemaksuman' yg Mahathir anugerahkan bukan setakat dalam barisan kabinet jer tapi juga yg ada kat luar kabinet...

Menang Pilihanraya, Proses Cuci Dosa Bermula!!!


LTAT 'Setuju' Tarik Balik Kes Saman Fitnah Ke Atas Rafizi


19hb Mei 2018

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menarik balik saman fitnahnya terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berhubung dakwaan bayaran  gratuiti pesara angkatan tentera lewat..

Persetujuan itu di rekodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim pada 19hb Mei 2018...

Lebih kurang 8 hari lepas Pakatan Harapan tawan Putrajaya...

Baca di sini :
LTAT 'Setuju' Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Rafizi

Untuk versi omputeh baca di sini :
LTAT Withdraws Suit Against Rafizi

Atas dasar apa saman fitnah tu di tarik balik, wallahua'lam...

DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH!!!

Rafizi Mohon Representasi Dan Gugurkan Kes Saman Fitnah LUTH



27hb Jun 2018

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang di dakwa menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji, akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadapnya...

Nik Zarith memaklumkan perkara itu ketika pengurusan kes berkenaan di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar yang juga turut di hadiri Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan...

Baca di sini :
Rafizi Kemukan Representasi Kepada Pejabat Peguam Negara Dan Memohon Kes Saman LUTH Ke Atasnya Di Gugurkan

Untuk versi omputeh, baca di sini yer :
Rafizi Seeks To Withdraw Case On LUTH


Apa yg menyedihkan, akibat termakan dgn fitnah yg di lemparkan ke atas LUTH, ibu2 dan bapa2 kita di kampung sana yg dah menabung bertahun2 dan dah hampir sampai giliran utk menunaikan fardu haji telah terlepas kerana mengeluarkan wang simpanan di LUTH...

Nak dapatkan giliran baru memang tak lah...

Sebab walau pun sedar mereka dah terpedaya dgn fitnah Rafizi dan masukkan balik duit ke LUTH, mereka perlu menunggu lagi 50 ke 60 tahun...

Baca di sini :
3,105 Pendeposit Hilang Kelayakan Tunaikan Ibadah Haji Kerana Percaya Dengan Fitnah Rafizi

Apakah pembelaan dan keadilan yang mereka akan dapat...

Sudahlah peluang tunaikan ibadah haji terlepas, orang yang membuat fitnah juga mungkin akan terlepas...

Kalau pejabat Peguam Negara menggugurkan kes saman fitnah LUTH terhadap Rafizi, ibu2 dan bapa2 kita yg terpedaya pasti akan menerimanya dgn kekesalan dan linangan airmata...

DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH!!!

SKMM Gugurkan Kes Terhadap Sivarasa Kerana Menyiarkan Gambar Palsu Dato' Sri Najib Razak



28hb Jun 2018

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan Anggota Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa daripada pertuduhan memuat naik muka hadapan palsu majalah Time yang memaparkan gambar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebooknya dua tahun lalu...

Timbalan Pendakwa Raya dari SKMM Mohd Sophian Zakaria memaklumkan bahawa pihaknya bersetuju untuk menarik balik kedua2 pertuduhan yang di kenakan ke atas Sivarasa selepas menerima surat representasi daripada peguam tertuduh...

Pihak AGC telah mempertimbangkan representasi itu dan bersetuju untuk menarik balik kedua-dua pertuduhan berkenaan...

Baca di sini :
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) Gugurkan Kes Silvaraja

Versi omputeh baca di sini yer :
MCMC Drops Charges Against Sivarasa Over FAKE Najib Poster



Sivarasa semestinya rasa hepi sesangat bila SKMM tarik balik kes tu...

Tapi macam mana plak dgn Najib???

Apa perasaan keluarga dia bila gambarvpaksu tu tersebar dulu...

Apa perasaan Tun Rahah ibu Najib bila tenguk anak sulung dia di perlakukan mcm tu!!!

Cuba kalau perkara yg sama kena pada Sivarasa atau pada diri kita sendiri...

Gambar palsu kat atas tu tersebar seluruh dunia!!!

DOSA FITNAH LEBIH BESAR DARI MEMBUNUH!!!

Rayuan Wan Azizah Terhadap Arahan Bayar RM2 Juta Kepada FGV Kerana Artikel Fitnah Dalam Suara Keadilan



02hb Julai 2018

Mahkamah Rayuan menetapkan 14 September ini untuk pengurusan kes rayuan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain terhadap arahan membayar ganti rugi RM2 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekututuan (Felda) dan syarkat pelaburannya kerana memfitnah...

Walau pun Timbalan Pendaftar, Aina Azhara Ariffin menetapkan tarikh tersebut hari ini untuk Felda menyatakan pendirian sama ada menyetujui atau mencabar rayuan tersebut...

Tapi Peguam Nor Emelia Mohd Iszeham, yang mewakili Felda dan anak syarikat, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd  (FGVH), berkata beliau telah mengulangi pendirian FGVH untuk menyetujui rayuan itu kepada timbalan pendaftar mahkamah...

Menurutnya, pendirian FGVH itu telah dimaklumkan sebelum ini semasa pengurusan kes tersebut pada 2 Julai lalu...

Alasannya mudah, bila kuasa dah ada kat tangan, jawatan pengerusi Felda pun bertukar tangan jadi kes saman tu dah jadi tak relevan lagi!!!

Baca seterusnya di sini :
Pengurusan FGV Holding 'Bersetuju' Dengan Rayuan Wan Azizah Berhubung Arahan Bayar RM2 Juta Berkaitan Artikel Fitnah Suara Keadilan

Untuk versi omputeh baca di sini yer :
FGV Will Not Object To Appeal By PKR

Peguam Negara Arahkan Dakwaan Ke Atas Ratu Naga Kerana Memfitnah DS Najib Di Gugurkan




25hb Julai 2018

PEGUAM Negara Tommy Thomas mengarahkan pendakwa raya supaya mengugurkan kes jenayah terhadap blogger Syarul Ema Abu Samah, yang di kenali sebagai Ratu Naga kerana di dakwa menghina bekas perdana menteri Najib Razak di akaun sosial miliknya tahun lalu...



Pendakwa raya hari di maklumkan oleh Mahkamah Sesyen Sepang yang Thomas sudah menerima surat perwakilan oleh Ratu Naga yang dihantar pada 20 Jun dan dakwaan terhadapnya di tarik balik...

Baca di sini :
Dakwaan Ke Atas Ratu Naga Kerana Menghina Mantan PM Di Gugurkan

Dan untuk versi omputeh baca kat sini :
Charges Against Ratu Naga Dropped

SPRM Hantar Surat Sokong Gugurkan Kes Pada Peguam Negara



25 Julai 2018

Sumber dalam SPRM mendedahkan Dato' Sri Shukri KP SPRM telah menghantar surat sokongan kepada Peguam Negara Tommy Thomas bagi menggugurkan kes Lim Guan Eng...

Selepas di kecam dengan pelbagai persepsi buruk, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan ia akan menarik balik pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng apabila perbicaraannya akan bersambung minggu depan...



"SPRM tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara seumpama itu bagi mana-mana kes pendakwaan sebaliknya ia tertakluk kepada kuasa Pejabat Peguam Negara" kata Shukri Abdull dalam kenyataan ringkas...


Memang SPRM tak ada kuasa gugurkan kes tapi SPRM ada kuasa untuk mohon Peguam Negara gugurkan kes...


Dan kompom Peguam Negara akan gunakan tu sebagai alasan untuk gugurkan kes rasuah Guan Eng...

Biar gambar berbicara...

Baca selanjutnya di sini :
SPRM Hantar Surat Sokongan Gugurkan Kes RASUAH Lim Guan Eng

Dan untuk versi omputeh, baca kat sini :
MACC To Withdraw Graft Charges Against Guan Eng


3 Kes Menghina Sultan Selangor Oleh Pemimpin PKR Johor Di Gugurkan Oleh Peguam Negara

27 Julai 2018



Peguam Negara menggugurkan 3 dakwaan menghina Sultan Selangor oleh ahli parlimen Pasi Gudang...

Baca di sini :

Kes Menghina Sultan Selangor Di Gugurkan

Inilah namanya beraja di mata, bersultan di hati...

Kuasa di tangan...

Peguam Negara adalah orang pilihan dan senang nak di buat sebagai budak suruhan...

Ketua Hakim Negara pula ialah hakim pujaan yang tak akan engkar segala arahan...

Perdana Menteri tak payah cakaplah, dah di ikat kaki dan tangan...

Apa yang rakyat Malaysia hendak dah dapat...

Tak payah lagi bercakap tentang rule of law...

Tak payah lagi sembang pasal Kedaulatan Undang Undang...

Simpan jer Keluhuran Perlembagaan...

Kalau rasa salah dan berdosa, jadi penyokong tegar Pakatan Harapan mcm Ratu Naga, bersihlah dosa mcm anak yang baru lahir...

Kita malu dgn dunia...

Seluruh dunia sedang tertawakan kita...

Bukan pasal 1MDB lagi tapi pasal semua drama yg berlaku depan mata...

Tapi bila tanya rakyat, masih lagi buta dan tuli rupanya...

Timbanglah dengan hati dan fikiran yg waras atas apa yg sdg berlaku di sekeliling kita...

Ingat firman Allah s.w.t.

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah), mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Al A'araf ayat 179

Apa yg boleh rakyat lakukan sekarang!!!

Bagi mereka, suara rakyat hanya keramat 5 tahun sekali!!!

0 comments:

fda

Archives