Wednesday, July 11, 2018

Adakah Masa Depan Syiar Islam Dalam Malaysia Baru


Zam Mahu Semua Sekolah Tahfiz Di Tutup

Bila kerajaan PH berkuasa, seiring dengan kelantangan suara2 puak Islam Liberal dan LGBT menyuarakan kehendak mereka, Tan Sri Zainuddin Maidin @ Zam pun tak nak ketinggalan...

Kita tak tahu apa masaalah Mahad Tahfiz pada kacamata Zam...

Bukan sekali, bukan dua kali malah berkali2 Zam suarakan hasrat hatinya yg busuk agar pendidikan di Mahad Tahfiz berkubur!!!

Zam mahu semua sekolah tahfiz di tutup...

Imbas Kembali Apa Yang Telah Di Usahakan Dato' Seri Najib Era Kerajaan BN

Cadangan Menubuhkan Universiti Al Quran


Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu  Najib berhasrat untuk menubuhkan Universiti Al-Quran.

Baca di sini :
Najib Umumkan Penubuhan Universiti Al Quran Pertama Di Dunia Dalam Manifesto BN

Tapi nak buat macam mana, rakyat dah memilih kerajaan PH yg berkuasa hari nie maka impian dan harapan utk melihat terbinanya Universiti Al Quran di Hulu Terengganu terkubur...

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara


Di bawah pentadbiran DS Najib julung kali di wujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara...

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) akan di selaras dan di seliakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...

Tujuan DPTN ialah untuk menyelaras dan memartabatkan sistem penidikan tahfiz di seluruh negara...

Tapi di bawah pentadbiran kerajaan PH sekarang bukan saja nasib DPTN terancam malah nasib JAKIM juga susah nak di ramalkan!!!

Pusat Percetakan Al Quran, Nasyrul Quran


Di era pentadbiran Najib wujudnya pusat percetakan Nasyrul Quran (pusat percetakan al-Quran) di Precint 14 Putrajaya, pusat percetakan Al Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah, Arab Saudi...

Pelajar Mahad Tahfiz Sentiasa Dekat Di Hati Najib

SPB YDP Agong Pasti Merindui Hubungan Yang Baik Dengan Kerajaan

Najib sangat menyantuni pelajar-pelajar tahfiz, memberi bantuan dan keluarga beliau mewakafkan tanah untuk pusat tahfiz...


Tahukah anda kira-kira 100 pelajar dari pusat Tahfiz Ittifaqiyah yang pernah terbakar hadir ke kediaman DS Najib bagi menyempurnakan ibadah berbuka puasa bagi menghargai sumbangan dan keperihatinan beliau terhadap nasib pelajar-pelajar tahfiz.

Baca di sini :
Terima Kasih Kerana Memartabatkan Sekolah Kami

Tahukah anda di bawah pentadbiran DS Najib berpuluh juta disalurkan bagi membantu melahirkan graduan huffaz yang mempunyai keseimbangan ilmu agama dan akademik duniawi pada masa depan.

Peruntukan Yang Besar Kepada Sekolah Aliran Agama


Dana RM80 juta bagi memperkukuh Sekolah Pondok, SMAR Dan Institusi Tahfiz Berdaftar.

Daripada jumlah peruntukan itu :

》RM20,889,600 juta di agihkan kepada 133 institusi di Kelantan...

》RM13,257,550 juta di agihkan kepada 104 institusi di Kedah...

》RM9,227,720.00 juta di agihkan kepada 206 institusi di Selangor...

》RM7,150,520.00 juta di agihkan kepada 76 institusi di Perak...

》RM6,289,140.00 juta di agihkan kepada 104 institusi di Johor...

》RM 4,922,720.00 juta di agihkan kepada 57 institusi di Pahang...

》RM4,184,140.00 juta di agihkan kepada 40 institusi di Pulau Pinang...

》RM3,601,890.00 juta di agihkan kepada 25 institusi di Negeri Sembilan...

》RM 2,718,950.00 juta di agihkan kepada 14 institusi di Terengganu...

》RM1,361,400.00 di agihkan kepada 16 institusi di Wilayah Persekutuan...

》RM1,241,930.00 juta di agihkan kepada 14 institusi di Melaka...

》17 institusi di Sarawak RM 853,460.00 di agihkan kepada 17 institusi di Sarawak...

》RM 730,400.00  di agihkan kepada 11 institusi di Perlis...

》RM39,540.00 di agihkan kepada 2 institusi di Sabah...

Namun inilah kerajaan yang rakyat Malaysia tumbangkan sewaktu PRU 14...

Inilah pemimpin yang rakyat Malaysia jatuhkan sewaktu PRU 14...

Inilah pemimpin yang rakyat Malaysia ketawakan ketika dia sedang di fitnah, di aibkan dan di zalimi tanpa sedikit pun menyedari ramai2 anak2 kita yang berada di Mahad Tahfiz sedang menitiskan airmata kerana tidak mampu melakukan apa2 untuk membela pemimpin yang telah banyak membantu mereka dan memartabatkan sekolah mereka selain dari mengangkat tangan dan berdoa pada Yang Maha Khalik...

Adilkah dunia...

Adilkah rakyat Malaysia...

Anda nilailah sendiri...

Rujukan :

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/majlis-raja-raja-perkenan-dasar-pendidikan-tahfiz-negara-1.622344

http://www.jpm.gov.my/jpm2/ms/content/kompleks-nasyrul-quran-mula-beroperasi

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-tidak-takut-mati-demi-mendalami-al-quran-pelajar-tahfiz-156624

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/seratus-pelajar-tahfiz-ittifaqiyah-hadir-ke-rumah-najib-1.675238

http://www.islam.gov.my/berita-semasa/30-bahagian-kemajuan-islam/962-dana-rm80-juta-perkukuh-sekolah-pondok-smar-dan-institusi-tahfiz-berdaftar

0 comments:

fda

Archives