Memang benar, hanya 400 orang dan banyak kerusi kosong di ceramah di Yan tempoh hari.
Ini terus menyusahkan lagi harapan Akramsysh Sanusi untuk tanding di situ guna sentimen Aceh dan keluarga. Mungkin akibat tindak tanduk Akramsyah kepada masaalah dalaman PPBM di Yan.
Mukhriz pun tidak upaya yakinkan orang Kedah bahawa dia adalah pemimpin yg kredibel dan benar menghayati serta menyelami keluh resah rakyat.
Khabar tentang tindak tanduknya yang hidup bermewah2 anak2 serta hampir tiap2 hari berulang naik Firefly ke KL dah tersebar.
Sebenarnya janji hapuskan GST tidak akan yakinkan rakyat terhadapnya hingga kini terpaksa ke sana sini mencari kawasan untuk tanding dan terpaksa serahkan pada Amiruddin impian PPBM dapat jawatan MB.
Elok pulangkan balik duit Opcom yang mana kontrak monopoli fibre optic diarah beri pada Mukhriz oleh Tun Mahathir 2 minggu sebelum pencen.
Duit salahguna kuasa dan rasush. Duit haram pun ....
Sebenarnya kalau Mukhriz benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan rakyat sepertimana yang diikrarkannya di dalam ceramah malam tadi, Mukhriz boleh sahaja melakukan sesuatu yang lebih mulia. Iaitu memulangkan kembali kontrak dan tender mewah pembekalan serta pemonopolian fiber optik yang diperolehinya secara 'tandatangan bapa' kepada rakyat dan negara.
Malahan, apa-apa sahaja projek dan kontrak mewah yang diperolehi daripada Kerajaan sebelum ini menerusi ratusan buah syarikat miliknya, diserahkan kembali kepada rakyat, itu jauh lebih baik berbanding dia berjanji untuk memansuhkan GST....
https://theflyingkick.blogspot.my/2017/12/di-sungai-yan-mukhriz-janji-akan.html
0 comments:
Post a Comment