Wednesday, December 20, 2017

Daim: Bersuara dalam takut-takut, Diam-diam konon sokong



Tun Daim bercakap dalam satu dialog tertutup di Subang Jaya.

Nak bercakap pun takut-takut kata Dr Puad Zarkashi. Rasanya dalam dia memberi komen, ia macam terpaksa.


Jika dia berani, kenapa tidak komen berhubung RM160 billion yang Mahathir kata hilang akibat intervention BNM.





Padahal jelas komen Madey itu salah dan usaha nak menipu orang ramai yang tidak faham. Kalau Madey betul, sepatutnya Daim sokong dan pertahan dia.

Ini tidak. Macam takut-takut pula dia komen dan beri pandangan.



DIALOG MALAYSIA BARU BERSAMA TUN DAIM ZAINUDDIN

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

Dalam satu majlis dialog “Malaysia Baru” yang diadakan dua hari lalu  (17.12.17) Tun Daim nampak play safe bila menjawab soalan. Ini adalah antara hujah hujah beliau;

1. Kebebasan bersuara semakin disekat      berbanding di zaman Tun M......Tun Daim mungkin tidak tahu ISA sudah dihapuskan di zaman Najib.

2. Jurang semakin besar di antara yang kaya dengan yang miskin.......Tun Daim lupa dia lah yang bersekongkol dengan Tun M mengamalkan crony capitalism selama 22 tahun (dia salah seorang daripadanya) iaitu mengkayakan beberapa individu kononnya individu itu boleh melimpahkan kekayaan mereka kepada orang ramai. Sebab itu visi Najib ialah mengujudkan masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

3. Kalau ekonomi negara baik, mangapa banyak syarikat bankrap dan perlunya ada BR1M.....Tun Daim sekali lagi lupa bahawa yang menubuhkan “Danaharta” semasa krisis Kewangan dulu ialah Tun M. Ini dikritik oleh Anwar semasa merasmikan   Konvensyen UMNO Johor di Pulau Sibu Mersing.

4. Menurut Anwar Danaharta adalah agenda Mahathir untuk “bailout” syarikat syarikat milik kroninya termasuk muslihat untuk menghalalkan bailout syarikat milik anaknya Mirzan yang hampir bankrap akibat krisis Kewangan itu. Tun M melihat ucapan itu sebagai perancangan Anwar mahu menjatuhkan beliau seperti jatuhnya Suharto di Indonesia. Sebab itu dia menggunakan isu liwat untuk menjatuhkan Anwar.

5. Mengenai BRIM, Daim tahu subsidi pukal untuk petrol perlu ditamatkan. Bila Najib hentikan maka penjimatan itu termasuk hasil GST dipulangkan kepada rakyat melalui BRIM.

6. Tun Daim sokong hanya sekolah satu aliran sahaja.....Tun Daim jangan hipokrit kerana dia tidak pernah pun memperjuangkan isu sekolah satu aliran semasa dalam kabinet dulu. Kalau berani buatlah kenyataan terbuka bukan di majlis tertutup (kehadiran 80 orang) dan media tidak dibenarkan masuk.

7. Malaysia akan jadi negara berpendapatan tinggi dan GDP mencatat pertumbuhan yang membanggakan itu semua bukan satu realiti, ia hanya satu angka sahaja....Masa Tun Daim jadi Menteri Kewangan dulu apakah angka angka ini tidak penting kepada beliau?

8. Menurut Bank Dunia yang menyatakan Malaysia Economic Monitor (MEM) mencatatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita untuk Malaysia dianggarkan mencecah RM39,407 (AS$9,660) pada tahun 2017 menghampiri PNK negara berpendapatan tinggi yang ditakrifkan iaitu melebihi RM49,916 (AS$12,236).

9. Gabenor bank negara tidak boleh dilantik oleh menteri kewangan atau PM. Begitu juga Peguam Negara dan IGP, mereka mesti dilantik oleh Parlimen......Sepatutnya ini dilaksanakan masa dia jadi Menteri Kewangan apatah lagi semasa Tun M jadi PM selama 22 tahun dulu.

10. Tun M lantik dia sebagai menteri kewangan kerana dia bukan orang politik. Tengok kepada Tengku Razaleigh yang akhirnya lawan boss dia......Itu memang tidak penting kepada Tun Daim. Dia hanya memikirkan kekayaan dan perniagaan. Politik hanyalah alat kekayaan kepada beliau.

11. Menurut Daim, Allah telah bagi anda untuk membuat pilihan, syurga atau neraka, maka antara BN dengan PH, buatlah pilihan anda sendiri......Kalau itu perbandingannya, setujukah Tun Daim, kalau pilih Pakatan Harapan maka nerakalah jawabnya kerana Lim Kit Siang yang akan jadi PM.


Akhirmya Daim perlu ingat bahawa penyokong pembangkang pun hilang kepercayaan dengan pembangkang disebabkan Mahathir.

Buatlah hedging. Kamu orang berniaga.


0 comments:

fda

Archives