Dato Hamidah Osman keluar PPM, Mahathir panggil mereka yang keluar sebagai sampah. Mungkin dia marah dengankenyataan Anina Saabudin.
Maklumlah pada kacamata pentaksub, Mahathir boleh maki hamun dan menipu tetapi jangan sekali dikatakan Mahathir.
Sikit demi sedekit, akhirnya jadi banyak, ahli PPBM tinggalkan pari.
Kali ini kenapa kini dikutip pula sampah yang dibuang orang?
Ini agak melucukan kerana ahli PPBM buat PC untuk umum keluar parti. Kali ini PPBM buat PC untuk umum masuk parti. Mungkin sekali diharap dapat neutralise supaya rakyat akan ingat PC PPBM ada juga untuk orang sertai parti dan bukan ribu-ribu keluar parti.
Setelah begitu banyak berita tersebar PPM akan dibubar, hairan pula kenapa pula YB Dato Amiruddin sertai parti yang akan diubarkan dan cadangan PPBM telah dijawab ROS sebagai melanggar akta pertubuhan.
Amiruddin ini suatu ketika sering dikatakan berpotensi jadi MB Kedah. Itu jika dalam PAS. Jika PPBM menang Kedah, adakah Amiruddin merupakan cadangan PPBM jawatan MB Kedah?
Apa jadi pada boboi? Tidak lakukah untuk dipercayai sebagai tawaran MB Kedah bagi PPBM?
Lagi satu persoalan, adakah ini bermakna PAS sudah tidak bersatu hati lagi dengan PPBM di Kedah? Adakah Amiruddin akan diberi peranan untuk tarik sokongan PAS ke PPBM?
Tak bolehkah PAN diamanahkan tarik pengundi di Kedah?
Amiruddin tak upaya tarik sokongan jika berada dlm ppbm.