Wednesday, November 1, 2017

Mahathir demam kena hantu raya jambatan bengkok


Kami dengar Mahathir mahukan jambatan bengkok untuk satu tanah 2,000 ekar kepunyaan proksi akan naik nilai banyak sebab highway akan sambung ke jambatan.

Kalau ikut lojik Mahathir, bunyi mcm jual negara pada Singapura.

LSS pula ada dengar macam2. Dia viralkan kisah Fuad Zarkashi.

Dengar dia demam dan lepas maghrib menggigil. Jika tidak pura2, maknanya dia dah terkena hantu raya jambatan bengkok.

"Bila ko nak bina jambatan aku ... hahaha!!!"

Harap sembuh untuk taubat dari membohong dan pulang balik tanah yg dia dapat cheap cheap dengan paksa MB berikan pada dia ...

LSS berikut:

I have heard from multiple sources about this before. All aaid the same thing including the names of the crony

LSS


RAKYAT GEMBIRA, MAHATHIR BERDUKA

I have heard from multiple sources about this before. All aaid the same thing including the names of the crony

LSS


RAKYAT GEMBIRA, MAHATHIR BERDUKA

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO. 1.11.17

 1. Ego dan dendam peribadi adalah punca Tun M terus menyerang DS Najib walaupun terpaksa berbohong.

 2. Terbaru mengenai bajet 2018. BRIM 2018 dicemuh sebagai gula gula untuk menggembirakan rakyat. 

 3. Mungkin Tun M masih obses dengan pendekatan lamanya “crony capitalism” iaitu “mengkayakan” beberapa individu dan individu kaya ini diharap akan mengagihkan kekayaan itu kepada orang lain. 

 4. Sedangkan BRIM adalah subsisidi bersasar yang meluas dan efektif berbanding subsidi petrol yang orang kaya pun dapat. Bayangkan duit BRIM berjumlah RM6.8 Bilion bukan sahaja membantu meringankan beban kos hidup rakyat tetapi akan merancakkan ekonomi domestik.

 5. Dasar mengkayakan individu itulah punca  setelah 22 tahun memerintah Tun M masih obses untuk mencampuri urusan pentadbiran dua Perdana Menteri selepasnya.

 6. Satu daripadanya ialah isu pembinaan “Jambatan Bengkok” yang dibatalkan oleh Pak Lah. Tun M mahu ia dibina semula oleh DS Najib.

 7. Tidak lama setelah Najib menjadi Perdana Menteri, saya telah dihubungi oleh orang kanan Tun M iaitu Datuk Malik Mydin perenang sensasi negara yang berenang sejauh 32KM dari Dover England ke Calais Perancis. Pertemuan itu berlaku di Restoren Nasi Kandar Yassin Jalan Tunku Abdul Rahman.

 8. Datuk Malik menyampaikan salam Tun M. Dia menjelaskan bahawa Tun M mahu berjumpa jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Johor yang diketuai oleh TS Ghani Othman. Saya adalah bekas Setiausaha Politik TS Ghani Othman dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO Johor. Dia minta jasa baik saya untuk mengaturkan pertemuan tertutup itu.

 9. TS Ghani setuju. Pertemuan itu diadakan di Hotel Pullman Putrajaya. Tetapi Datuk Malik menyampaikan pesanan Tun M, iaitu dia tidak mahu TS Shahril Samad hadir sama. Dia berdendam dengan Shahril. TS Shahril Samad dimaklumkan mengenai permintaan Tun M itu. Kecuali TS Muhyiddin dan Shahril Samad, semua Ketua Bahagian hadir termasuk Syed Hamid Albar dan Azalina.

 10. Dalam pertemuan itu Tun M menyatakan dia telah berjumpa Datuk Najib dan meminta supaya membina semula jambatan bengkok yang dibatalkan oleh Pak Lah. 

 11. Tun M memaklumkan kepada kami, Najib tidak ada masalah dengan syarat orang Johor sendiri yang mahukannya. Justeru Tun M berharap UMNO Johor setuju dan ini boleh ditafsir sebagai sokongan penuh rakyat Johor kepada pembinaan semula jambatan bengkok.

 12. TS Ghani berjanji kepada Tun M untuk membawa cadangan itu bagi mendapatkan persetujuan consensus dalam mesyuarat Perhubungan.

 13. Tetapi ia tidak pernah dibincang dalam mesyuarat UMNO Johor dan secara tidak langsung UMNO Johor menolaknya. Antara puncanya, terdapat di kalangan ahli berpendapat jika diluluskan maka kontrak akan diberikan kepada syarikat sama Gerbang Perdana iaitu kroni Tun M.

 14. Syarikat milik Datuk Yahya Jalil ini telah di bayar pampasan tinggi bila Pak Lah membatalkan projek tersebut. Sebab itu ia dianggap pembaziran kalau mahu disambung semula apatah lagi ia bukan lagi projek mendesak.

 15. Lagi pun TS Shahril Samad sebagai Ahli Parlimen Johor Bahru pernah menyatakan, Johor Bahru lebih memerlukan projek perumahan rakyat dan mampu milik bukannya jambatan bengkok.

 16. Maka bukan DS Najib yang menolaknya tetapi UMNO Johor yang tidak menyokong kerana ada keutamaan lain.

 17. Justeru dasar crony capitalism Mahathir sebenarnya ditolak sendiri oleh rakyat Johor.
 18. Ternyata Najib menggembirakan rakyat. Mahathir berduka kerana Najib tidak melayan dasar crony capitalism nya. Sebab itu dia berdendam dengan Najib.

 19. Mahathir, bethentilah berbohong.ony in question. 
—�-

1 comments:

  • Anonymous says:
    November 1, 2017 at 10:30:00 PM GMT+8

    najib pua terkena badi altantuya dan 2.6 bilion.

fda

Archives