Kenyataan Media
Datuk Hamidah Osman
21 September 2017
1.Saat saya dipecat dari UMNO kerana saya menyuarakan kebimbangan tentang nasib rakyat di negara ini, ketika itu saya masih memegang jawatan di dalam kepimpinan UMNO. Ketika itu tidak ada siapa pun dapat membayangkan akan wujud sebuah parti baru yg ditubuhkan oleh Tun Mahathir. Di waktu itu saya terima keputusan pucuk pimpinan UMNO dengan hati yang terbuka dan saya redha, malah saya tidak pernah membangkitkan isu tersebut atau menuduh mana-mana pemimpin UMNO yang mahu melihat saya dihalau keluar dari parti UMNO.
2. Setelah saya bersama gerakan Tun Mahathir, tertubuh pula gerakan Deklarasi Rakyat, pergerakan kami semakin rancak sehinggalah tertubuh nya parti PPBM sebagai sebuah parti Melayu yang dicadangkan untuk mengggantikan parti UMNO serta memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Pribumi di Malaysia. Ini secara tidak langsung, PPBM turut menjunjung adab-adab serta budaya Melayu termasuklah adab paling asas iaitu menghormati orang yang lebih tua dan tidak mengamalkan fitnah.
3. Gerakan PPBM di Perak mendapat sambutan yg sangat baik di peringkat awal sehinggalah berlakunya peristiwa dimana ahli-ahli PPBM Perak keluar parti secara beramai-ramai, tanpa sebarang bukti, Ketua ARMADA PPBM menuduh saya sebagai dalang di sebalik peristiwa itu. Bahkan saya disuruh 'berambus' dari parti. Tidak cukup dengan itu, dia menuduh saya seorang hipokrit yang gila kuasa kerana kononnya saya marah setelah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan melantik saya sebagai Pengerusi PPBM Perak.
4. Ingin saya ingatkan sekali lagi, saya dipecat dari UMNO ketika PPBM langsung tidak ada di dalam alam khayalan dan angan-angan sesiapa pun. Kalau lah kedudukan yang saya cari di dalam parti, lebih baik saya terus berada di dalam UMNO yang sudah puluhan tahun saya berjuang bersama-sama parti itu sebagai ahli biasa sehinggalah berjawatan.
5. Saya ada membaca Syed Saddiq meminta maaf kepada saya menerusi media. Walaupun beliau tidak pernah dan belum menemui saya untuk memohon maaf, saya dengan lapang hati menerima permohonan maafnya. Dia masih muda. Baru berusia 24 tahun. Ada banyak perkara yang tidak diketahui dan pengalamannya juga masih terlalu mentah terutama dalam bidang politik.
6. Suka saya mengingat kan Syed Sadiq dan Armada keseluruhannya, antara asas utama orang Melayu adalah adab sopan santun dan budi bahasa. Adab menghormati orang yang lebih tua telah ditekankan dan dipelajari semenjak kita masih kecil lagi.
7. Parti Pribumi Bersatu adalah sebuah parti orang Melayu. Parti ini diwujudkan untuk menjaga hak-hak orang Melayu. Tetapi apa ertinya menjadi sebuah parti yang memperjuangkan hak orang Melayu dan dianggotai pula hampir kesemuanya orang Melayu kalau kita terus menjadi Melayu tanpa adat dan adab yg kita junjung selama hari ini.
8. Syed Saddiq perlu sedar, masih banyak perkara yang perlu dia pelajari termasuklah muslihat politik. Bila Allah SWT anugerahkan kepintaran dan kepetahan kita berkata-kata, gunakan sebaik-baiknya dan dapatkan penghormatan daripada pihak lawan dengan adat dan adab kita. Bukannya buat tuduhan melulu dan tanpa bukti sedangkan perjuangan yg dijunjung adalah sangat murni iaitu menangani rasuah dan salah guna kuasa.
9. Fitnah sewajibnya perlu dielakkan. Bukannya digunakan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan matlamat. Perlu di ingat niat tidak menghalalkan cara. Salah satu tanggungjawab sebagai pemimpin seperti yang diajar oleh agama kita ialah mengajar pengikut agar menghormati orang lain. Adat Melayu pula amat menitik beratkan tatasusila. Bukankah kita seharusnya menjadi teladan kepada orang lain terutamanya kepada pengikut kita?
10. Ada perkara yang lebih penting selain menang dalam pilihanraya dan menjadi kerajaan. Ia termasuklah mendidik anak bangsa , terutama sekali golongan muda untuk memiliki nilai-nilai diri dan jati diri yang terpuji. Saya bimbang, nilai-nilai tersebut tidak wujud dalam PPBM. Jangan hanya berminat untuk menang dan menjadi kerajaan semata mata. Semoga Syed Saddiq tidak terdiri dari golongan ini.
11. Pada satu ketika, saya ada berniat utk menulis surat kepada lembaga disiplin PPBM untuk meminta agar tindakan diambil terhadap Ketua ARMADA yang menyerang dan menuduh saya secara terbuka, tetapi akhirnya memutuskan untuk tidak menghantar surat tersebut kerana saya mengharapkan Syed Sadiq akan datang meminta maaf dari saya.
12. Walau apa sekalipun saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Syed Saddiq yang masih jauh perjalanan hidup dan politiknya , begitu juga dengan PPBM. Saya mengharapkan walau apa pun matlamat kita, sebagai orang Melayu yang beragama Islam, berpeganglah kita kepada nilai-nilai serta jatidiri yang mulia. Tidak guna kita bercakap tentang memerangi rasuah dan salahguna kuasa jikalau kita sendiri sebenarnya tidak ada nilai jatidiri malah kita lebih tertarik dengan budaya negatif yang akan menghancurkan bukan sahaja diri kita, bahkan struktur masyarakat dan yang lebih teruk adalah negara.
Pastikan kita tidak membiakkan budaya fitnah dan kurang adab menyelubungi perjuangan.
Hamidah Osman
Lagi Syed Saddiq nak main slow game lagi kena.
Kenyataan Media Ketua ARMADA PPBM (20/9/2017)
1. Saya tidak ingin panjangkan isu ini kerana pada masa ini fokus BERSATU dan Pakatan HARAPAN adalah untuk membersihkan negara dari budaya rasuah, salah guna kuasa dan untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup yang semakin teruk.
2. Buat Datuk Hamidah, saya ucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang diberikan dalam PPBM terutamanya pada peringkat awal penubuhan parti. Memang betul saya berbeda pendapat dengan Datuk Hamidah berkenaan beberapa isu dalaman tapi jika disebabkan ini Datuk merasakan saya biadap, saya minta maaf.
3. Saya hanya mempertahankan apa yang saya rasa benar dan saya rasa ini merupakan tanggungjawab saya untuk mempertahankan Presiden dan Timbalan Presiden diatas tohmahan yang dilontarkan keatas mereka.
4. Saya mengucapkan selamat maju jaya untuk masa hadapan Datuk dan semoga Datuk tidak lupa akan musuh utama negara iaitu rasuah dan salah guna kuasa yang menjerat rakyat dengan beban kos sara hidup yang tinggi.
Teruskanlah berjuang kerana perjuangan ini belum selesai.
*Syed Saddiq*
Kenyataan ini adalah reaksi kepada video berikut:
Elok juga budak ni masuk sekolah adab dap, yuran dia 2 botol todi cap kepala babi...
Surat panjang berjela utk saddiq sigaraga buang masa je.
Boleh percaya ke ppbm nak hapus rasuah...sangsi la..