Tuesday, September 12, 2017

Pembangkang kerisauan bila Najib upaya imbangi kuasa besar



Itu saja yang dapat disampaikan Dato Najib yang masih diudara dalam perjalanan ke Washington ketika ALmarhum Sultan Abdul Halim mangkat pukul 2:30 petang semalam.

Najib pula perlu meneruskan tugas negara di Washington untuk bertemu Trump. Pembangkang nampaknya ghaflah dan risau dengan jemputan lawatan dari Trump. 



Dulu Mahathir kata Najib akan ditangkat FBI keetika dilawat US.


Kali ini, mereka reka macam-macam  cerita karut pula.


Abenda yang PR disaster tu?



Bukan ke kamu yang bayar dulu ...


Konon mereka tahu DOJ akan umum sesuatu. Hanya mengesahkan DOJ-FBI beersekongkol dengan pembangkang dan Mahathir.
 

Pencacai yang hanya kerani akaun di Miri pula jadi pakar segera hubungan luar negara dan undang-undang berhubung civil forfeiture. Nama Najib bukan dalam kes-kes DOJ dan dia ada diplomatic  immunity.

Nampak sah bohong dan mereka tertipu dengan permainan propaganda RPK:


With Trump meeting, Najib seeks to put 1MDB behind him
Langsung Clare segera mereka macam-macam serangan terhadap Najib dan rakan2 media asing turut membuat pelbagai tekanan terhadap Trump.


Tujuan jelas:


Mengimbangi Pertembungan Dua Kuasa Besar Dunia - Diplomasi ala Najib Razak*

12 September ini, PM Najib akan mewakili Malaysia memenuhi jemputan rasmi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Rumah Putih. Penghormatan yang diberikan ini berlaku ketika *pertembungan antara dua kuasa besar dunia* - Amerika Syarikat dan China semakin rancak, di mana *Malaysia* kini berada *di antara dua kuasa besar tersebut.*  

*Donald Trump (Presiden A.S.)* dan *Xi Jinping (Pemimpin China)* masing-masing sedar mereka memerlukan *hubungan antarabangsa yang strategik* dengan negara-negara tertentu untuk menjadi kuasa besar dunia, terutamanya dari segi *ekonomi* dan *keselamatan*. Dalam tahun ini sahaja, Trump dan Xi Jinping kedua-duanya mahu bertemu secara rasmi dengan Najib bagi membincangkan kerjasama negara mereka dengan Malaysia.

Malaysia menjaga hubungan baiknya dengan Amerika Syarikat, dan juga China demi kerjasama ekonomi dan keselamatan. Namun tidak dapat dinafikan bahawa A.S. dan China kini sedang bersaing antara satu sama lain. Mereka sudah ada sekutu-kutu mereka sendiri. 

Namun Malaysia sekutu siapa? A.S. atau China? Jawapannya, bukan sekutu mana-mana pun!

*Jika benar Najib ‘budak suruhan’ China, mana mungkin Trump mahu bertemu dengan Najib? Manakala China pula, sudah pasti tidak akan berkawan baik dengan Najib jika beliau ialah ‘orang suruhan’ AS!* 

Tuduhan pembangkang terhadap Najib sebagai orang suruhan China kerana peningkatan pelaburan asing China ke Malaysia dibuktikan sebuah propaganda palsu. 

Kedua-dua kuasa besar ini jelas mengakui kepentingan hubungan baik dengan Malaysia. Jadi Najib Razak ini ’budak suruhan’ atau ‘kingmaker dalam keadaan ini?


Walau bagaimanapun, *Malaysia akan terus mengamalkan dasar luarnya yang terbuka dengan menjalinkan persefahaman dengan pemimpin luar.* 

Hubungan baik Najib dengan para pemimpin ini serta rekod dasar luar negaranya yang mesra pelabur telah membantu merangsang ekonomi Malaysia, selain turut menikmati faedah seperti perkongsian teknologi digital, risikan keselamatan dan bantuan ketenteraan. 

Najib juga dijangka akan terus mengimbangi pertembungan dua kuasa besar ini bagi memastikan *Malaysia mengekalkan kedudukan strategiknya di arena antarangbangsa*.
Najib menulis dari Washiington
 



1 comments:

  • Anonymous says:
    September 12, 2017 at 3:39:00 PM GMT+8

    Aku baru baca nih! Najib pi jumpa Trum? Hebat Najib, ni baru dikatakan panglima bugis yang gagah berani kan3, kik3

fda

Archives