Wednesday, April 12, 2017

Segerakan laporan OSA terhadap Nga; Kebocoran dokumen MB Inc serius!


FMT melaporkan MB Perak Dato Seri Zambery Kadeer akan mencari pihak yang membocorkan rahsia MB Inc. yang OSA. Ini ekoran pendedahan Nga Kor Meng di DUN Perak bahawa ada menerima dokumen MB Inc.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/04/12/ill-find-person-behind-mb-inc-leak-says-perak-mb/

Zambery sepatutnya membuat laporan polis terhadap Nga untuk disiasat pihak berkuasa dari cuba nak acah-acah. Dikhuatiri ini akan menjadi bahan fitnah politik.

Suatu ketika tersebar fitnah MB Inc memberi konsesi balak, pasir dll kepada yayasan tertentu yang mana dipunyai orang tertentu dan bukan persatuan yang ditujukan dan digembar gemburkan.

Laporan FMT turut menyebut Pengerusi Jawatankuasa Negeri berkenaan perusahaaan, pelauran dan pembangunan korridor, Mohamad Zahir Abdul Khalid, MB inc ada disebut telah meningkatkan pungutan dari jualan pasir negeri Perak.

Dikhuatiri fitnah yang sama akan di hidupkan kembali menjelang pilihanraya umum.

Harap berhati-hati Zambery kerana perbagai perbualan dan buah mulut sedang dibuat mengenainya. Pihak pembangkang kini sedang menyebarkan pelbagai andaian untuk memecahbelahkan UMNO Perak.

Bekas Penasihat Zambery kini orang kuat PPBM
http://snapshot2016.blogspot.com/2017/04/bekas-penasihat-zambery-kini-orang-kuat.html 

Ada mereka-mereka yang Zambaery rapat suatu masa bakal terlibat dengan fitnah sedemikian.

1 comments:

  • Anonymous says:
    April 13, 2017 at 7:57:00 AM GMT+8

    Yayasan tu yang pemegang amanahnya azwan bro ke?

fda

Archives