Bila si tolol berhujah sesuatu teknikal dna komoleks, maknanya terdesaklah tu |
PENYELESAIAN LUAR KES ARBITRARI ANTARA 1MDB-IPIC. PEMBANGKANG CUBA FITNAH BARU KONONNYA KERAJAAN PULA KENA BAYAR RM25.18 HUTANG 1MDB.
Apabila
IPIC-1MDB membuat penyelesaian luar mahkamah arbitrari (timbang tara)
kes yang melibatkan dua pihak, pembangkang rasa kecewa dan cuba spin
dengan cerita bohong yang tidak berasas......
1.
Fitnah terbaru Pembangkang - "JUMLAH hutang RM 25.18 Bilion ( IPIC
RM5.28 Bilimon + Bon RM15.4 Bilion + Faedah Bon RM4.5 Bilion) perlu
dibayar oleh 1MDB dan Kerajaan Malaysia. Di samping Itu pembangkang juga
mendakwa "Penyelesaian luar arbitrari membuktikan 1MDB telah tersalah
bayar kepada entiti yang tiada kaitan dengan IPIC".
2.
Fakta 1 - JAMINAN IPIC ke atas bon 1MDB cukup jelas kerana IPIC perlu
membayar faedah bon tersebut apabila 1MDB berkeras tidak mahu membayar
faedah bon tersebut pada tahun 2016.
3.
Fakta 2 - PERSETUJUAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 1MDB-IPIC telah dicapai
dan ia akan membantu menyelesaikan sebanyak $2.5 bilion hutang dan
faedah hutang 1MDB tanpa menggunakan DANA TAMBAHAN DARI KERAJAAN.
4.
Caranya:- Menebus aset kewangan/Unit Dana Brazen Sky dan GIL 1MDB yang
dijamin oleh IPIC bernilai AS$2.5 bilion serta menggunakannya untuk:-
i.
Mengembalikan AS$1.2 bilion (yang disebut sebagai RM5.28 bilion dalam
fitnah pembangkang) yang dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada tahun 2015
untuk menyeimbangkan penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB
yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada
tahun 2016.
ii.
Membayar faedah bon 1MDB bermula tahun ini sehingga tahun 2022 yang
berjumlah AS$1.3 bilion (yang disebut sebagai RM4.5 bilion dalam fitnah
pembangkang)
5.
Fakta 3 - IPIC akan MELUPUS KIRA tuntutan sebanyak AS$481 juta Bayaran
Penamatan Opsyen saham yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC
akibat pertikaian ini.
6.
Fakta 4 - Komitmen untuk membayar faedah dan nilai pokok bon AS$3.5
sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang
dan IPIC hanya merupakan penjamin kepada hutang tersebut.
7.
Fakta 5 - Bagaimanapun tidak seperti dakwaan pembangkang, 1MDB TIDAK
AKAN MEMBAYAR SEKALI LAGI JUMLAH AS$3.5 BILION KEPADA IPIC atau MEMBAYAR
NILAI POKOK BON AS$3.5 BILION INI.
8.
IPIC telah mengakui berlaku "pembayaran kepada entiti lain" dan IPIC
dan 1MDB bersetuju untuk berunding atas "keyakinan yang baik" sehingga
bulan Disember 2020 bagi mencari "penyelesaian bersama" untuk membayar
nilai pokok bon AS$3.5 bilion yang akan matang pada tahun 2022 tersebut.
9.
Fakta 6 - jika TIADA PENYELESAIAN dicapai di antara IPIC dan 1MDB, 1MDB
masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC
berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum
tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022.
10.
Fakta 7 - JAMINAN IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon ini masih
terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan
nilai pokok bon ini jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya.
11.
Pembangkang TIDAK MAHU menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah
menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB
kerana ia meruntuhkan TEORI dan DAKWAAN mereka selama ini mengenai
beberapa perkara, iaitu :-
I. Wang 1MDB dicuri dan ia dicuri oleh Datuk Seri Najib
II. 1MDB akan gagal membayar hutang dan ia akan mengalami kerugian
III. Unit Dana 1MDB hanya satu penipuan dan tidak mempunyai nilai
IV. 1MDB telah menyelewengkan sebahagian besar dana untuk diberikan kepada individu tertentu
V.
Penyiasatan oleh pihak berkuasa AS, Switzerland, Singapura dan
negara-negara lain akan mendapati Datuk Seri Najib bersalah dan beliau
akan dihukum oleh negara-negara ini
12. Hakikatnya penyelesaian pertikaian IPIC-1MDB ini adalah satu kejayaan kerana ia :-
I. Dapat mengurangkan lagi hutang 1MDB seperti yang dirancang dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB
II. Membuktikan Unit Dana 1MDB mempunyai nilai dan boleh digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB
III.
IPIC menerima hakikat bahawa terdapat transaksi dari 1MDB kepada
syarikat itu dan terdapat jaminan ke atas aset dan hutang 1MDB.
IV.
Penyelesaian luar kes arbitrari ini telah melemahkan kes saman sivil
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri.
Mohd. Puad Zarkashi
Laaaa,puad zarkashi yg tulis rupanya, Klau mcm ni punya argument, memang patutlah dia kalah pilihanraya