Berat, berat ... nampaknya Rafizi perlu rawatan mental. Banyak berbohong hingga tidak boleh buang tabiat. Masih cuba membohong hingga dibakar dosa.
Kenyataan Rafizi Ramli pagi ini:
"Saya
bentangkan bagaimana kenyataan Dato' Seri Najib dan MRT Corporation
mengesahkan bahawa kos keseluruhan projek MRT sepanjang 150km memang
akan melebihi RM100 bilion. Saya cabar Dato' Seri Najib untuk saman saya
jika benar kos MRT sepanjang 150km itu kurang dari RM100 bilion."
Balas LSS:
1.
DS Najib tidak mendakwa Rafizi telah memfitnah beliau tentang kos
kesuluruhan ketiga-tiga projek MRT 1, MRT 2 dan MRT3 akan mencecah RM100
billion.
Yang DS Najib mendakwa ialah Rafizi telah fitnah beliau:
-
pada tahun 2012 di dalam portal Keadilan daily bila Rafizi tuduh kos
untuk MRT1 Sg Buloh-Kajang telah mencecah RM100 billion. Boleh baca
disini: http://www.keadilandaily.com/keadilan-siasat-kos-projek-mrt-naik-rm63-bilion/
-
pada Sabtu yang lepas, bila Rafizi buat tuduhan liar menuduh DS Najib
mengumumkan RM21 billion ialah untuk 21km bersamaan dengan kos RM1
billion satu km.
Tetapi
bila dimalukan oleh MRT Corp bahawa RM21 billion ialah untuk 51km
project MRT Satu Sungai Buloh-Kajang, Rafizi pula menyalahkan MRT Corp
tak beritahu dia awal-awal dan dia terpaksa baca dari laporan akhbar -
walaupun rakyat yang lain yang membaca laporan akhbar tidak keliru macam
Rafizi.
MRT Corp tidak bertanggungjawab ke atas kurang-upaya fahaman dan mentaliti Rafizi.
2.
Kos MRT1 di bawah RM21 billion - RM2 billion di bawah anggaran asal
RM23 billion manakala anggaran kos MRT2 ialah RM32 billion.
Oleh
kerana laporan kebolehlaksanaan untuk MRT3 masih dalam proses
penyelidikan dan hanya dijangka akan diumumkan bulan Mac tahun depan,
tidak ada siapa yang tahu anggaran kos MRT3.
Dakwaan Rafizi bahawa kos MRT3 ialah spekulasi dia sendiri mengikut perkiraan syiok-sendiri beliau.
Lebih-lebih
lagi, ketiga-tiga projek MRT ini banyak memberi manfaat dan perjimatan
masa dan kos untuk tujuh juta penduduk Lembah Klang yang berterusan
selama berdekad-dekad. Apa masalah Rafizi dengan projek MRT pula?
3.
DS Najib sudah ada saman yang masih dalam mahkamah terhadap Rafizi
tentang isu cincin DS Rosmah - dimana alasan yang diberi oleh Rafizi
kepada mahkamah ialah dia hanya bergurau sahaja. Kes ini belum selesai
pun.
Lebih-lebih
lagi, setelah kalah 5 kes saman berturut-turut di mahkamah, Rafizi
masih menunggu kes saman yang lain untuk BAFIA, LTAT, Tabung Haji dan
saman DS Najib.
Adakah Rafizi masih ada ruang lapang untuk disaman lagi?
Baca:
Posting terbaru confirmkan Rafizi memang mental:
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/12/maklumat-tak-cukup-bukan-erti-boleh.html
Jangan la sampai keadaan nyawa dicabut ketika sedang dalam perbicaraan mahkamah. Sibuk sgt di mahkamah tetapi bukan hakim, bukan peguambela atau pendakwa, juga bukan penterjemah mahkamah, bukans kerani mahkamah tetapi selaku okt yang mempunyai terlalu bnyk kes...yang tergolong dalam satu kategori...kategori FITNAH!
Seseorang yg suka memfitnah tak akan senang duduk klu ia tak memfitnah org lain. Sesuatu dosa yg selalu diulang hingga tak terasa bersalah dgn dosa itu adalah salah satu tanda jiwa yg kotor.