Saturday, May 19, 2018

Usaha Memansuhkan Agama Pada MyKad Menghampiri Malaysian Malaysia


Ingat lagi tak apa yang Lim Guan Eng cakap bila wartawan dari negara China tanya apa komen Guan Eng bila dia antara bangsa Cina di Malaysia yang di lantik sebagai menteri kewangan antara potfolio kanan dalam kabinet...

Lim Guan Eng jawab dia bukan bangsa Cina tapu bangsa Malaysia...

Dalam tulisan sebelum nie di laman blog yg sama, ada di nyatakan bahawa Guan Eng mesti memberikan definasi yg tepat mengenai bangsa Malaysia yg di maksudkan kerana ianya bertentangan dengan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan...

Baca di sini :


PKR Jurucakap DAP Untuk Merealisasikan Malaysian Malaysia


Ahli parlimen Miri dari PKR, Dr. Michael Teoh Yu Keng dgn muka tak bersalah mengatakan akan membentangkan usul dalam Dewan Rakyat supaya status ugama dan bangsa dalam MyKad dimansuhkan...

Baca di sini :


Ibarat kaduk naik junjung...

Janji2 Pakatan Harapan masih lagi belum tertunai tapi ahli parlimen dari Pakatan Harapan dah berani menyentuh isu yang paling sensitif di Malaysia khususnya di kalangan bangsa Melayu dan bumiputera yang beragama Islam...

Mustahil sebagai ahli parlimen Michael Teoh tak tahu peruntukan perlembagaan Malaysia mengenai perkara 153  yang dengan jelas memperuntukan kedudukan bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta perkara 3-1 yg cara jelas memperakui ugama Islam sebagai ugama resmi persekutuan...

Baca di sini :




Nampaknya apa yang Dr. Michael Teoh nak buat berbeza dgn jaminan yg Ketua Umum PKR katakan...

Apakah ini tanda bahawa Anwar sudah kehilangan pengaruh dalam PKR?


Atau apakah ini satu tanda bahawa dalam PKR sendiri sudah ada kumpulan pro DAP dan mengenepikan Ketua Umum PKR yg terkenal dgn semangat nasionalis...

Kenapa Sekarang Mereka Berani Mencabar Sensitiviti Bangsa Melayu dan Bumiputera Serta Ugama Islam

Inilah kesilapan terbesar yang orang Melayu dan yang beragama Islam lakukan di dalam sejarah Malaysia...

Kerana terlalu ghairah kononnya nak kan perubahan, kita sudah lupa apa yg boleh mereka lakukan bila telah menjadi golongan majoriti dalam Dewan Rakyat...

Baca di sini :

http://www.malaysia-today.net/2018/05/10/kjaan-msia-didominasi-bukan-islam/

Bila usul memansuhkan status bangsa dan ugama di bentangkan maka pindaan terhadap perkara 3-1 dan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mesti di lakukan terlebih dahulu...

Dengan majoriti ahli parlimen kerajaan memihak kepada bukan Islam (belum lagi di campurkan dengan jumlah ahli parlimen bukan Islam BN) maka tidak akan menjadi masaalah untuk perkara 3-1 dan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di pinda...

Bantahan dari ahli parlimen bukan Islam dari kalangan BN amat di ragui kerana telah di buktikan semasa pembentangan RUU 355 dahulu...

Bila perkara 3-1 dan perkara 153 berjaya di pinda maka akan hilanglah segala keistimewaan serta perlindungan bangsa Melayu dan bumiputera dan dengan sendirinya taraf ugama Islam yang selama ini di wartakan sebagai ugama resmi persekutuan akan terlucut...

Walau pun SPB YDP Agong serta Majlis Raja2 sekalipun tidak akan mampu menolak usul pindaan perlembagaan kerana mengikut perlembagaan sekarang, setelah parlimen meluluskan satu2 usul atau pindaan, maka ianya hendaklah di rujuk kepada SPB YDP Agong dan Majlis Raja2 untuk persetujuan dan tandatangan...

Dam selepas tempoh 60 hari sekiranya tidak mendapat perkenan dari SPB YDP Agong dan Majlis Raja2 maka usul atau pun pindaan itu secara automatik akan di anggap sah...

Sekiranya ini berlaku maka DAP boleh tersenyum lebar kerana perjuangan Malaysian Malaysia mereka selama ini sudah di realisasikan...

Kita bukan mahu bersifat perkauman tetapi apa yang telah di persetujui di dalam kontrak sosial hingga membawa kepada persetujuan perkara 3-1 dan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mestilah di hormati dan di pertahankan...

Kita melihat usul untuk memansuhkan status bangsa dan ugama dalam MyKad hanyalah pembuka jalan kepada pindaan perkara 3-1 dan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan...

Kerana itulah matlamat sebenar mereka...


Hanya Perpaduan Dapat Menyelamatkan Kita


Bumi Malaysia Bumi Berdaulat...

Demi masa depan anak bangsa, kita sudah tidak boleh berpecah seperti sekarang lagi...

Sekiranya usul ini ingin di teruskan juga maka bangsa Melayu dan Bumiputera mesti bangun dan menentang...

Sekiranya kita tewas hari ini, apakah yang akan kita jawab pada anak cucu kita nanti!!!

5 comments:

  • Anonymous says:
    May 19, 2018 at 10:31:00 AM GMT+8

    Tuan blogger,

    Pertama sekali jika tuan blogger mmg benar ingin mempertahankan islam, melayu dan negara..

    Buka komen kpd umum atau paling tidak pun tapis dan siarkan komen pembaca..

    Jika tiada unsur maki memaki, boleh lar siarkan komen tersebut..

    Jika komen tersebut amat jelas atau bertentangan dgn pandangan penulis tetapi masih ayat nya tersusun rapi walaupun menyakitkan hati tetapi masih tidak memaki hamun, maka wajar juga komen nya di disiarkan di ruangan komen blog tuan ini juga.

    Namun, jika lgsung tiada komen pembaca disiarkan oleh tuan blogger..

    Maka, percaya lah..! Setakat menulis begini, tak membantu memulihkan umno..! Tak membantu tuan blogger dlm mempertahankan islam, melayu dan negara..!

    Apa yg kami lihat, tuan blogger menulis dgn satu arah sahaja dan sombong dlm berhujah.. iaitu.. Apa aku tulis adlh hak aku, blog aku. Pendapat aku.. Pendapat ko tak perlu aku terima.. Sebab tu tak perlu siarkan komen..

    Jika kekal begini.. Tuan blogger adalah pemusnah umno@bn..! Ia nya bermula dari anda..!

    Rakyat meluat dan semakin meluat.. Bukti rakyat meluat adalah keputusan di pru14 lalu..!

    Ini bukan soal meluat sahaja! Ini soal teguran dah dibuat! Tp tak nak dgr..! Baik dari pemimpin sebelum ini ke cybertrooper pro umno @ bn seperti tuan blogger sendiri..!

    Mulakan dgr siarkan komen sy ini, dan pastikan komen2 dari pembaca lain juga disiarkan..!

    Mulakan berbahas secara sihat..!

    Itu dinamakan perubahan sebenar..!

    Jika masih di takuk lama.. Trust me..! Umno @ bn tdk akan berubah kerana jika perkara mudah begini pun tuan blogger tak mampu berubah.., bagaimana perubahan besar mampu dilakukan..???

    Tanya dgn hati nurani.. Lihat kpd teguran rakyat..! Bukan pertahankan umno @ bn semata-mata! Pertahankan juga rakyat demi islam, melayu dan negara!

    Yg betul kita sokong..! Yg salah kita tegur..!

    Anyway, utk artikel yg tuan blogger tulis ini.. Sy turut merasai kerisauan tuan blogger..! Ada benarnya apa yg tuan blogger perkatakan..!

    Tetapi masih ada ruang utk dibahaskan..!

    Apa2 pun, teruskan penulisan saudara demi islam, melayu dan negara..!

    Mulakan perubahan dari perkara paling kecil iaitu siarkan komen pembaca!

    Selamat menulis! Dan selamat berjuang..!!

  • Anonymous says:
    May 19, 2018 at 11:55:00 AM GMT+8

    Macai kata ok je..tkder hal...dia kata dia nk mampus dh..yg hidup..sila kencing atas kubur sy .ki ki ki

  • Prince Righty I says:
    May 19, 2018 at 1:11:00 PM GMT+8

    Alah Michael Teo pigidah, masalah bandar raya Miri pun dia tak tau, nak kacau kaum lain poooorah! Pergi main paragliding kat Lutong nun!

  • Anonymous says:
    May 20, 2018 at 2:19:00 AM GMT+8

    rasanya org melayu tak perlukan lg status bumiputera tu sbb bangsa melayu sudah blh bersaing dgn bangsa2 lain dimsia ni.. soal agama pun tak perlu letak pd mykad lg sbb ramai org melayu yg murtad taknak status agama islam ada pd mykad, lg pun apa gunanya ada tulisan islam tp perangai memalukan islam..melayu dlm PH mmg menyokong benda ni kalau tak buat pa mrk undi.. btl tak so kita ikut la peredaran zaman.. melayu tak semestinya islam.

  • Anonymous says:
    May 20, 2018 at 4:36:00 AM GMT+8

    Setahu saya, pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan dua-pertiga (2/3) majoriti.

fda

Archives