Tuesday, May 29, 2018

Adakah Malaysia Baru Ialah Ulangan Sejarah Turki Moden!!!


Mustafa Kemal Atartük Boneka Yahudi Untuk Hancurkan Pemerintahan Islam Turki

Watak Mustafa Kemal Atartük sengaja di wujudkan mewakili suara rakyat menentang kelemahan pemerintah Islam ketika itu.

Atartük mudah menerima sokongan terutama dari kalangan golongan muda yang terkenal dengan semangat tinggi.

Young Turks Di Peralatkan Musuh Untuk Melenyapkan Pemerintahan Islam Di Turki


Golongan muda ini di kenali sejarawan sebagai "Young Turks."

Baca di sini :

http://m.utusan.com.my/berita/luar-negara/genap-92-tahun-empayar-uthmaniyyah-runtuh-1.193073

Namun kelemahan golongan muda adalah kebanyakan mereka hanya berjuang atas dasar semangat semata-mata.

Tapi cetek ilmu dan kurang cermat dalam menghadapi tipu daya musuh yang selama ini sentiasa mengintai ruang untuk menjatuhkan kerajaan Islam.

Kerana terlalu ikutkan amarah terhadap kerajaan ketika itu, gerakan tersebut menjadi agresif menyebabkan kerajaan Uthmaniyah bertambah lemah dan lumpuh.

Lemah di luar kerana satu persatu taklukannya dikuasai penjajah, dan lemahnya di dalam dengan gangguan Young Turks.

Walaupun sedar khalifah Islam sedang diancam kuasa barat, Young Turks tidak peduli kerana menganggap masalah dalaman itu lebih patut diuruskan.

Mereka tidak kisah sekiranya kerajaan Islam di jajah asalkan hasrat mereka menukar kerajaan terlaksana.

Mereka membantu musuh menyebarkan kebencian di kalangan rakyat Turki terhadap khalifah, bercampur baur antara cerita benar, fitnah dan rekaan.

Mereka dengan bongkaknya menyatakan :

"Usah bimbang dengan Yahudi, sekali kita ludah, mereka akan hanyut dengan air liur kita!!!"

Runtuhnya Kerajaan Islam Terakhir Di Dunia

Akhirnya dengan kegelojohan golongan muda ini, Kerajaan Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamed II tidak dapat bertahan dan digulingkan oleh tentera dalam peristiwa yang sangat tidak bermaruah.

Bermula Pemerintahan Sekular Turki


Kemudian naiklah kerajaan Mustafa Kamal Atartuk.

Young Turks bersorak kegembiraan kononnya masalah mereka telah selesai dengan bertukar pemerintah, akhirnya mereka hidup dalam buangan .

https://osmanlijb.wordpress.com/2015/03/09/apakah-punca-kejatuhan-empayar-turki-uthmaniyyah-bhg-ii/

Adakah Malaysia Baru Menuju Ke Arah Republik Malaysia Sekular!!!



Kita bukanlah bertujuan untuk menafikan suara rakyat...

Namun sejak pertukaran kerajaan, golongan2 Islam liberal semakin lantang bersuara...

Gerakan meminggirkan Islam sudah di lakukan secara agresif...

Apakah akan jadi pada anak cucu kita bila tiada lagi status agama pada MyKad...

Apakah anak cucu kita masih lagi dapat menghayati Islam, menjalani ibadah dan kehidupan sebagai seorang Islam tanpa gangguan seperti kita sekarang sekiranya JAKIM di bubarkan...

Kepada siapakah anak cucu kita yang masih cintakan Islam ingin mengadu nasib mereka bila jawatan Menteri Hal Ehwal Agama Islam pun dun di mansuhkan...


Apakah generasi kita akan di kenang sebagai generasi menang sorak tapi kampung tergadai oleh anak cucu kita nanti...

Mempertikaikan Institusi Raja2 Adalah Penderhakaan Yang Mesti Di Tentang


Institusi raja2 juga sudah berani di calar dan di cabar...

Baca di sini :


Keistimewaan Bangsa Melayu Di Persoalkan


Hak dan keistimewaan melayu yang diiktiraf di dalam kontrak sosial juga semakin rakus di cabuli...

Jatuhnya Umno dan DS Najib seperti hancurnya kerajaan Uthmaniyah dan marilah bersama2 kita bangkit untuk kembalikan maruah agama, bangsa dan tanahair tercinta.


Ya ALLAH bukakanlah pintu rahmat buat kami dan mereka yang membaca sejarah benar ini.

KITA MESTI BANGUN DARI TIDUR!!!



Tulisan asal :
Mohammad Ridzwan

5 comments:

  • Anonymous says:
    May 29, 2018 at 10:11:00 AM GMT+8

    Sedih pulak rasanya... harap 5 tahun PH memerintah tidak akan mengubah hak Melayu
    Islam..

  • Anonymous says:
    May 29, 2018 at 2:43:00 PM GMT+8

    Mustafa kamal Ataturk dah jatuhkan kjaan khalifah islam dan sistem khalifah dah wujud lg smpi hr ni.. Mahadey pula telah jatuhkan pemerintahan kjaan melayu islam apakah ia akan blh wujud lg.. Umat islam yg ada hr ni rindu kpd sistem khalifah begitu juga bangsa melayu akan rindu kpd umno beratus thn akan dtg.. Umat islam plg ramai dlm dunia tp dihina, ditindas, dibunuh, dirogol, diperlakukan sesuka hati tanpa rasa takut berbanding semasa rasul n sahabat masih ada.. Begitu juga yg akan terjd kpd bangsa melayu 100 thn lg walaupun plg ramai dlm negara ttp takda power.. Hr ni org melayu pengundi PH ketawa berdekah2 beratus thn akan datang keturunan mrk pula yg akan menangis air mata darah.. Mrk cuba bangkit ttp sia2 saja..soalan kpd umat islam adkh islam lbh hebat selepas kjaan khalifah jatuh? Itu jugalah yg akan jd pd bangsa melayu.. Atuk dah tua atuk akan pergi pandai2 la korang jaga diri ye..

  • Anonymous says:
    May 29, 2018 at 3:20:00 PM GMT+8

    Renungkan apa jadi :--

    pada 1988 -- mata wang negara lingkup.

    pada 1998 -- Anuwar / Refomasi

    pada 2008 -- Tun Abdullah dihina/ BN hilan control
    2/3 di parliment

    pada 2018 -- Negara mungkin muflis.... ? ?

    angkara siapa ....????

  • Prince Righty I says:
    May 29, 2018 at 7:54:00 PM GMT+8

    Aku pulak tak pandang camtu. Malaysia rasanya mcm Jepun. LDP Jepun macam BN jugak memerintah lama,kalah dengan DPJ yang memang resminya mcm Pakatan, memerintah mcm haram. Kita ambil semangat LDP Jepun kita tumbangkan PH. BN mesti muhasabah diri dan BERSIHkan tengkorak tengkorak lama dan korup.

  • Anonymous says:
    May 29, 2018 at 8:40:00 PM GMT+8

    Pahaman lembu padang pasir mana yg diikut sampai bersubahat dgn penyamun pun nak dihalalkan?

fda

Archives