Friday, May 4, 2018

Langkawi, Pelengkap Dendam Dan Nafsu Serakah Mahathir


28hb April 2018, adalah tarikh yg mesti diingati oleh semua penduduk Langkawi...

Kerana pd  tarikh tu, secara rasminya Langkawi akan dijadikan medan terakhir utk seorang diktator melengkapkan misi dendam dan nafsu serakah tamak haloba kepada kuasa dan harta dunia.

Kenapa Langkawi ???

Apakah dendam diktator tu ???

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN DARI KRONI MAHATHIR

Selamatkan Malaysia Dari Siapa???


Berselindung di sebalik kuasa dan pengaruh yg ada pd seorang perdana menteri, selama 22 tahun, bermacam2 kezaliman dan kerosakan...

Kononnya bawah era Mahathir, nama Malaysia megah kat peta dunia...

Kononnya dengan projek2 mega macam KLCC, KLIA, Putrajaya dll, pembangunan infrastruktur Malaysia setaraf dengan negara2 maju...

Tapi kita tak sedar, di sebalik semua tu, berjuta2 malah berbilion2 masuk dalam poket anak beranak dan kroni dia...

Betul2 bapak penyamun Mahathir nie...

Sebab tu bila Mahathir mulakan kempen selamatkan Malaysia, memang sumbang benar bunyinya...

Selamatkan Malaysia yang memang selamat dan bawak ke tangan bapak penyamun...

Yang peliknya, ada yg terpedaya dgn kempen yg Mahathir buat, tak ker bangang namanya...


Mat Sabu sendiri pernah cakap, 'Tun Mahathir bapak perompak, perompsk2 yg baru nie tak payah nak tipu dialah, dia tahu kat gua mana 40 tong penyamun tu di sembunyikan...'

Mahathir : Kuasa Dan Dendam Pada Umno



Sebenarnya, Mahathir hanya gunakan Umno utk pergi ke puncak kuasa dan utk balas dendam pada keaiban diri dia yg ikut pandangan Mahathir, Umnolah penyebabnya...

Mahathir pernah kalah dalam pilihanraya tahun 1969 atas tiket Umno...

Mahathir ialah spesis yg tak boleh terima kekalahan apa lagi mengakui kesilapan dan kekurangan diri sendiri...


Kekalahan dalam pilihanraya pada Allahyarham Tuan Guru Hj. Yusuf Rawa (PAS) adalah sesuatu yg Mahathir tak boleh terima...

Walau pun kekalahan adalah sebab kebodohan Mahathir sendiri yang mengabaikan pengundi Melayu di situ pada waktu itu tapi pada Mahathir, Umno lah yg salah...

Umno yg palitkan arang kat muka dia...


Tambahan lagi pada tahun yg sama, presiden Umno masa tu, Al Marhum Tunku Abdul Rahman memecat Mahathir sebab penentangan Mahathir pd kepimpinan tertinggi parti...

Bertambah membara dendam Mahathir pada Umno...

Jadi utk balas dendam, Mahathir gunakan Umno utk sampai ke puncak kuasa...

Bila dah sampai ke puncak kuasa, Mahathir gunakan segala kesempatan yg ada utk merompak harta negara...

Selepas tu, Mahathir laksanakan misi terakhir, membunuh Umno sebelum dia pergi buat selama2nya...

Rakyat Di Ketepikan, Kroni Di Utamakan


Bagi bapak perompak nie, kepentingan rakyat tak termasuk dalam agenda dia...

Bilik kabinet di Gunung Raya adalah bukti macam mana Mahathir ketepikan kepentingan rakyat demi untuk keuntungan kroni...

Duit rakyat di bazirkan dengan buat bangunan yg hanya sekali saja di gunakan sejak di buat hingga sekarang...

Tak apa, janji Ananda Krishna tak payah keluar duit berjuta2 utk buat jalanraya ke stesen bumi yg dia buat...

Rancangan Menjadikan Langkawi Sebagai 'East Monarco'


Impian utk jadikan Pulau Langkawi sebagai East Monarco gerenti gagal kalau Mahathir di pilih sebagai Ahli Parlimen Langkawi...

Kalau pun berjaya, yg gerenti kenyang ialah kroni2 Mahathir dgn anak beranak dia...

Siapa lagi kalau tak Ananda Krishna...

Siapa lagi kalau tak Mokhzani...

Siapa lagi kalau tak Mirzan...

Kroni dan anak2 perompak nie akan kaup berbilion2 masuk dalam poket dia orang...

Apa yang rakyat tempatan Langkawi dapat???

Ada tapi sebagai tukang jaga bot ker, tukang bersih bot ker...

Dan yang paling 'menguntungkan' rakyat tempatan ialah tanah2 pusaka nenek moyang akan di beli dengan murah oleh kroni2 Mahathir dan akan di jual balik dengan beratus kali ganda pada pemaju...

Yang kenyang ialah kroni...

Yang hilang tanah ialah rakyat tempatan Langkawi...

Yang dapat nama ialah Mahathir sebab akan di canang sebagai bapa pembangunan Langkawi!!!

Bukan Anti Pembangunan Tapi BN Nak Rakyat Dapat Munafaat Dari Pembangunan Langkawi


Bawah kerajaan Barisan Nasional, rakyat Langkawi di jamin kebajikan mereka seiring dengan pembangunan yang di rancang...

Sebab kerajaan BN bawah DS Najib ialah kerajaam rakyat dan bukannya kerajaan untuk kroni macam zaman Mahathir...

Siapa Tycoon Otai Yang Pernah Jadi Kroni Mahathir Nie...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”



Pernah jadi kroni kuat Mahathir...

Anak didik Daim Zainuddin yang juga kroni merangkap balaci dan pencacai Mahathir yang pernah jadi Menteri Kewangan...

Bila dah kenyang, letak jawatan Menteri Kewangan...

Nak tahu baik seseorang, tanya kawan dia...

Nak tahu jahat seseorang, tanya seteru dia...

Tapi kalau nak tahu kebenaran tentang Mahathir, tanyalah bekas kroni dia...

Tak ada orang yg pernah rapat dgn Mahathir sama macam rapatnya Tan Sri Tajuddin Ramli dgn Mahathir...

Baca di sini :

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/panas-isu-video-orang-seiras-tajuddin-ramli-kutuk-sakan-dr-mahathir.html

Tak ada orang yg lebih tahu ttg perangai sebenar Mahathir melebihi Tan Sri Tajuddin Ramli...

Baca di sini :

https://www.thethirdforce.net/video-secret-recording-of-tan-sri-tajudin-ramlis-private-conversations-with-unnamed-people/

Di hari penamaan calun Langkawi pada 28hb April yg lepas, video pendedahan Tajuddin Ramli ttg Mahathir tersebar luas di Langkawi...

Sebab tu lepas jer penamaaan calun, Mahathir mencicit lari balik KL...

Takut nak jumpa wartawan ler tu...

Kalau apa yg di katakan tu tak betul, Atoq saman ler...

Tapi sampai hari nie Atoq dia membisu, ker dah kena balik sindrom tak tahu...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Diam tandanya setuju, tak gitu...๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Bila Kuasa Di Tangan Mahathir, Tak Siapa Boleh Membantah



Bila Mahathir dah dapat kuasa, tak ada siapa boleh bantah cakap dia...

Kalau berani membantah, tunggulah balasannya nanti...

Baca di sini :

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/05/02/you-dont-say-no-to-pm-tycoon-in-tell-tale-video/

Terpulang pada rakyat Langkawi...

Baca di sini :

https://anotherbrickinwall.blogspot.my/2018/05/explosive-tajuddin-ramli-video-emerged.html?m=1

Sama ada nak jadikan tanah tumpah darah mereka sebagai medan terakhir untuk Mahathir melengkapkan dendam dan nafsu tamak dia atau tidak...

Fikirkan apa yg akan berlaku pd Langkawi kalau diktator tu di biarkan beraja di mata dan bersultan di hati di Langkawi nanti...

Jangan terpedaya dengan muka seposen dan sedih Mahathir...

Jangan terpengaruh dengan fitnah dan tipu daya Mahathir...

Kita hidup susah...

Kita terpaksa mengikat perut utk pastikan anak2 kita belajar...

Memang benar, anak2 perdana menteri tak kan rasa hidup susah macam anak2 nelayan...

Tapi tanpa salah guna kuasa, rasuah dan merompak harta negara dan menindas rakyat, mampu ker anak cucu Mahathir hidup macam putera dan puteri raja!!!

0 comments:

fda