Saturday, May 26, 2018

Tukarlah GST ke SST, harga barang naik lagi!


KENAPA HARGA BARANGAN AKAN NAIK BILA SST 10% MENGGANTIKAN GST

Saya bukanlah peminat Mak mertua Fazrin Azwa ni, tapi bab janji 100 hari ni saya setuju dengan Rafidah.

 Cuba kita bayangkan, nak buat GST kita bagi tempoh 18 bulanpun ramai tak bersedia, apatah lagi nak tukar dari GST kepada SST dalam 100 hari.

Ada tanya saya pula, adakah harga barang akan turun bila patah balik buat SST. Jawapan saya mudah, jika semua barang nak diletakkan 10% SST, maka kebanyakkannya memang akan naik. Ini buktinya:

Cara Kira Bawah GST


Bila barang keluar kilang RM100, Pemborong Bayar GST RM6. Kalau dia markup 20% dari harga barang, dia jual kat peruncit RM120.

Dia kenakan GST 7.20. RM6 dia amik, hanya 1.20 dia serah govt. Bila peruncit beli brg 120, dia mark up 30% harga brg jadi RM156. Dia charge pengguna GST RM9.36. Dia amik duit dia dah bayar 7.20 dan baki RM 2.16. diserah pada kerajaan.

Jadi jumlah GST yg pengguna bayar sahaja yg kerajaan kutip, yg lain pulang balik. RM 6 + 1.20 + 2.16 = RM 9.36 ialah cukai yg kerajaan dapat dan RM 165.36 ialah harga barang.

Cara Kira Bawah SST


Bila barang keluar kilang RM100, Pemborong Bayar Cukai Jualan 10% iaitu RM10. Kalau dia markup 20% dari harga barang, dia akan mark up berserta RM 10 cukai yg dia bayar sebab cukai itu jadi kos dia. Tak boleh diclaim.

Dia jual kat peruncit RM132. RM 20 dia mark up dari harga barang, RM 2 dia mark up dari cukai, ini bermakna cukai kena dua kali, atau dipanggil cukai berganda. Tapi RM 2 ni tak diserah pada kerajaan.


Bila peruncit beli brg 132, dia mark up 30% iaitu 39.60. RM 36 mmg hak peniaga mark up dari harga barang. Tapi 3.60 tu dia mark up dari cukai, namun ianya tak diserah pada kerajaan. Ini dipanggil cukai bertingkat.

 Maka harga barang jadi RM171.60. Jadi jumlah Cukai yg pengguna bayar ialah RM 10 + 2 + 3.60 = RM 15.60. Tapi yg kerajaan kutip hanya RM 10. Cukai yang dilarikan RM 5.60.



So terpulang pada rakyat skrg. Kalau nak GST Harga barang cuma RM 165.36 dan cukai yg dibayar hanya RM 9.36.  Kalau kita pilih SST, harga barang RM171.60. Tapi bersedialah bayar cukai RM15.60, walaupun RM 10 je masuk kantung negara.

Lokman Adam
Pemantau Malaysia Baru
#GST #SST #ManifestoBukanJanji #RinduZamanNajib

Sila baca juga:

Apa jadi kepada harga barang dan ekonomi selepas GST dihapuskan?
http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/739489-apa-jadi-kepada-harga-barang-dan-ekonomi-malaysia-selepas-gst-dihapuskan-nanti.html

2 comments:

  • Anonymous says:
    May 26, 2018 at 11:23:00 PM GMT+8

    PH n penyokong2 ibarat: Cerdik X boleh diikut Bodoh Z X boleh diajar...

  • Anonymous says:
    May 27, 2018 at 4:13:00 AM GMT+8

    .
    Harga barang keperluan akan terus naik dan naik . Ini tidak ada kena mengena dengan GST atau SST . Sebab kenaikan ada banyak sebab seperti inflasi , cuaca , kenaikan gaji pekerja dan lain lain . Rakyat Malaysia kena lah belajar berjimat . Sebenarnya masalah rakyat Malaysia adalah terlebih makan bukan kurang makan . Apabila terlebih makan maka banyak lah penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis . Jadi ada hikmah kalau harga barangan naik .

    .

fda

Archives