Friday, May 18, 2018

Adakah Tuduhan Tun M Bahawa Angka Ekonomi Palsu Benar

TUDUHAN TUN DR. MAHATHIR BAHAWA ANGKA EKONOMI NEGARA ADALAH PALSU TERNYATA TIDAK BERASAS


Dalam satu kenyataan media bagi menjawab balik tuduhan Tun Dr. Mahathir bahawa angka2 ekonomi negara adalah palsu, Dato' Lokman Adam mengatakan beliau agak terkejut dengan kenyataan Tun M, Perdana Menteri Malaysia selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PPBM semalam.


Mahathir Dakwa Keadaan Ekonomi Malaysia Tak Seperti Yang Di Lapurkan


Tun M telah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dengan mengatakan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi tahunan negara yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini adalah palsu termasuk beberapa angka ekonomi lain.


Ketua Perangkawan Negara Nafikan Dakwaan Mahathir


Sebagai salah seorang yang bertanggungjawab menerangkan tentang Dasar Ekonomi Negara sebelum ini, selaku Bekas Pengarah Komunikasi MOF, Dato' Lokman Adam telah mengambil inisiatif untuk menghubungi Ketua Perangkawan Negara, Dato’ Sri Dr Uzir bin Tengku Dato' Ubaidillah bagi mendapatkan pengesahan data-data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, sekiranya benar sepertimana tuduhan Tun M bahawa ianya telah dipalsukan.

Ini disebabkan, segala data-data yang telah dikeluarkan berhubung soal Keluaran Dalam Negara Kasar datangnya dari hasil bancian dan dapatan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Walaupun Ketua Perangkawan kini bukan lagi berkhidmat dibawah Kerajaan Barisan Nasional, beliau secara jujur telah menegaskan bahawa angka Pertumbuhan Ekonomi Negara telah disusun berdasarkan rangkakerja “International Best Practice” dan menepati piawaian antarabangsa.

Pengiraannya dilakukan secara professional dan dengan intergriti yang sangat tinggi.


Hakikatnya Ekonomi Malaysia Memang Berada Dalam Keadaan Baik

Tun M seharusnya berlapang dada dan menerima hakikat bahawa Tun M mewarisi kerajaan yang mempunyai ekonomi yang kukuh hasil pentadbiran baik Dato Sri Najib Razak.

Sungguhpun rakyat kini sedar bahawa penipuan Tun M selama ini bahawa negara ini menuju kearah kebankrapan adalah tidak benar, adalah sangat tidak bertanggungjawab sekiranya Tun M menafikan KDNK Malaysia tahun lalu 5.9% adalah antara yang tertinggi didunia.



Dalam masa yang sama, Tun M juga perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan bahawa negara ini terbeban dengan kadar hutang yang tinggi adalah tidak benar sama sekali.


Kadar hutang Malaysia bagi tahun 2017 sebanyak 50.8% berbanding KDNK adalah sihat berbanding kadar hutang zaman Tun M memerintah tahun 1986 iaitu 103.4% berbanding KDNK.

Tun M kini tertekan kerana apa yang Tun M fitnah terhadap ekonomi negara sebelum ini akhirnya dinafikan oleh Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Zeti yang mengumumkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan rezab Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu RM 438 Billion.

Baca di sini :

http://khairulryezal.blogspot.my/2018/05/baru-3-hari-ph-ambil-alih-ekonomi.html?m=1



Malah Moody's Investor Service juga mengeluarkan kenyataan yang senada dengan bekas Gabenor Bank Negara itu.

Baca di sini :

http://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/kerajaan-ph-warisi-ekonomi-kukuh-1.672929


Tujuan Sebenar Tun M Merampas Putrajaya Hanyalah Untuk Balas Dendam Pada DS Najib


Nyata bagi kita semua, sejak ambil alih kuasa sebagai perdana menteri, fokus utama Tun M bukanlah untuk menunaikan janji2 pilihanraya Pakatan Harapan atau menyelamatkan Malaysia sebab Malaysia memang sudah berada dalam keadaan selamat tetapi adalah untuk melempiaskan dendam peribadi kepada DS Najib...

Baca di sini :

http://klxpress.com.my/bahasa-melayu/21-politik/31481-enggan-tunai-kemahuan-peribadi-punca-dendam-mahathir-terhadap-najib.html

Tun M sepatutnya menumpukan perhatian menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya umum ke 14 daripada mengalih perhatian rakyat kepada sandiwara memikul bag-bag yang kononnya berisi duit yang dimiliki oleh Dato Sri Najib dan barang kemas serta beg yang kononnya dimilik isteri beliau.

Sebagai cucu kepada Jutawan Melayu, Tan Sri Noah, tidak mustahil jika cucunya kaya raya.

Tapi Tun M kena ingat, esok lusa jika DAP sudah tidak mahu mengunakan Tun M yang hanya punyai 12 kerusi Parlimen, satu negara akan tonton keluarga Tun M diaibkan pula.

Berapa beg dan berapa trak pula agaknya yang bakal digunakan untuk  angkut duit, barang kemas  serta kereta-kereta mewah milik anak2 Tun.

Masa tu baru rakyat akan bertanya macamana anak seorang Perdana Menteri yang datuknya hanya seorang guru, mampu memiliki harta yang berbillion ringit nilainya.


Sumber Asal :
Kenyataan Media Dato' Lokman Adam
Bekas Pengarah Komunikasi
Kementerian Kewangan Malaysia

3 comments:

  • Anonymous says:
    May 18, 2018 at 9:24:00 PM GMT+8

    penyokong umno jangan melatah dengan situasi sekarang ini..tengok kan babak2 seterusnya..setiap penipuan akan terbongkar

  • Anonymous says:
    May 18, 2018 at 10:54:00 PM GMT+8

    artikel yg bagus.. teruskan berjuang

  • Cencaluk says:
    May 18, 2018 at 11:40:00 PM GMT+8

    #TunNotMyPM

    Apa lagi bukti bertulia ada, bukti audio pun ada.

    BN sila sama TUN atas dakwaan Akta berita tidak benar secepat mungkin sebelum akta iti dimansuhkan.

    Tak pun SAMAN Tu. Atas dakwaan mensabotaj NEGARA.

fda

Archives