Wednesday, August 22, 2018

Salam Aidil Adha

|0 comments

Tuesday, August 21, 2018

Bila 2 Panglima Melayu Bersatu Semangat PH Makin Layu Di Seri Setia

|0 comments

Panglima Umno Arahkan Tentera Bergabung


Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hassan berjanji akan menurunkan jentera pilihanraya Umno bagi membantu PAS sepanjang tempoh 21 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia...

Kita akan berbincang dengan PAS kerana mereka akan memimpin untuk kempen dan apa yg mereka perlukan...

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan menyediakan penceramah yang di perlukan...

Malah ketiga2 pergerakan UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri akan menggerakkan jentera mereka pada PRK kali ini...

Panglima PAS Yakin Gabungan Akan Hasilkan Kejayaan


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat kerjasama di antara parti itu dan Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia mampu menjelmakan hasil yang positif dalam keputusan PRK Seri Setia nanti...

Beliau berkata kerjasama kedua2 parti itu pada PRK Dun Sungai Kandis 4 Ogos lalu, merupakan satu permulaan yang baik dengan peratusan undi yang di terima calon BN meningkat berbanding yang diterima calon Pakatan Harapan (PH)...

Apa Kata Penganalisa Tentang Jalinan Kerjasama Lebih Erat Umno & PAS Di Seri Setia 


Dr. Awang Azman Pawi

Dr. Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya bersetuju bahawa keputusan Umno dan PAS tidak bersaing antara satu sama lain dalam PRK Sungai Kandis yang lepas, menunjukkan tanda awal ke arah kerjasama kedua2 parti...

Awang Azman berkata PH bakal berhadapan cabaran lebih besar di PRK Seri Setia memandangkan persefahaman dan kerjasama antara Umno dan PAS semakin mantap...

Lebih2 lagi terbukti kedua2 parti itu menerima kira2 70% undi orang Melayu dalam PRU 14 lepas berdasarkan angka bancian Merdeka Center...

"Selain itu pengundi Melayu kelihatan lebih bersatu dalam isu agama, bahasa dan kaum yang semakin tidak di endahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan", katanya...

Jangan Sampai Sejarah Menghukum Kita


Demi ugama Islam, demi anak bangsa kita muga kerjasama antara Umno dgn PAS akan terus di kekalkan dan tak akan terhenti setakat di PRK DUN N32 Seri Setia...

Ketepikan perbezaan idealogi politik antara Umno dengan PAS demi maruah ugama, negara dan bangsa...



Tak ada gunanya kita teguh perjuangkan idealogi politik antara kita kalau kuasa masih lagi di tangan mereka dan kita hanya mampu lihat maruah ugama, negara dan bangsa di injak2...



Jangan kita luaskan lagi jurang perbezaan sesama bangsa kerana setiap perbezaan PASTI ada titik pertemuan, itulah senjata yang kita perlukan sekarang...



Pemimpin2 Umno dan PAS sudah menampakkan keinginan dan iltizam utk berkerjasama jadi janganlah di peringkat akar umbi pula yang terus2an enggan berkerjasama...

Janganlah lagi keluarkan kenyataan2 provokasi antara Umno dgn PAS yg boleh menghancurkan ukhwah dan kemesraan yang baru terjalin...

Marilah kita sama2 suburkan perpaduan dan kerjasama antara 2 parti terbesar yang dah banyak berkorban dan perjuangkan maruah dan nasib ugama Islam dan bangsa Melayu di bumi tercinta nie...

Apa pun masaalah, ada penyelesaiannya...

Apa juga perbezaan, ada titik pertemuannya...

Melalui PRK N32 DUN Seri Setia, sampaikan mesej yang jelas kepada pemerintah bahawa suara rakyat ialah suara keramat dan majoriti suara keramat di permata nilam ini ialah SUARA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM!!!

Monday, August 20, 2018

Pemilihan PKR 2018 : Pilih Pemimpin @ Pilih Gangster !!!

|0 comments

LELAKI itu mendakwa, "Kak Zu arahkannya menghentam dan 'menelanjangkan' Faezah", dakwa Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid... 



Abdullah Sani mendakwa bahawa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, mengugut untuk 'menghentam dan menelanjangkan' isterinya, Datin Faezah Ariffin...



Abdullan Sani yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menggunakan seorang ahli PKR untuk mengugut isterinya menerusi aplikasi WhatsApp, kira-kira jam 12 tengah hari semalam...



Beliau mendakwa, ugutan itu di percayai di buat berikutan Faezah yang juga calon Naib Ketua Wanita PKR, mengkritik kepimpinan Zuraida sebagai dalam satu majlis parti di Seremban, minggu lalu...

Pada 11 Ogos lalu, Faezah di laporkan berkata Zuraida tidak membawa banyak perubahan dalam PKR, sebaliknya menjadi punca pelbagai kepincangan sepanjang menerajui sayap parti itu...

"Kita lihat kepincangan berlaku sejak akhir2 ini, kalau kita biarkan Zuraida Kamaruddin dan sekutunya menerajui Wanita PKR maka pincanglah pergerakan Wanita seperti yang berlaku sekarang"...

"Wanita PKR sekarang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya"... 


"Kita lihat hari ini apakah yang terjadi setelah kuasa di beri kepada dia (Zuraida)"...



"Dah jadi menteri dia naik kepala!!!"... 

"Apa kenyataan dia baru2 ini???


"Dia kata bukan semua daripada kita PKR boleh beri kerusi kepada Anwar"... 


"Patut ke dia buat kenyataan macam itu??? 


"Kalau dia tak nak beri takpalah, orang lain semua boleh beri"...


"Kalau dia (Fuziah) menang beliau akan di lantik menjadi ketua wanita Pakatan Harapan"... 


"Kita mahu wanita berkualiti"... 


Kita dah beri Zuraida cukup masa, tetapi yang dia tahu ialah 'projek'... 


"Saya yakin ada di antara kita yang dia jumpa cakap akan bagi projek itu dan ini"... 


"Apa akan jadi dengan PKR kalau inilah yang di terapkan kepada ahli kita"...


"Ini kita perlu kekang!!! 


"Kita kena pastikan 'geng kartel' ini terkubur dan tidak ada ruang dalam PKR hari ini" kata beliau...


Datin Faezah Membuat Lapuran Polis
Di Balai Polis Bukit Raja



Isteri saya membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja pada jam 9.16 malam tadi...

Siapa Budak Suruhan Zuraidah


Eddie Yunus Dengan Zuraidah 'Kak Zu'
Mohd. Yuszaidy Mohd. Yunus @ Eddie Yunus di katakan penyokong tegar YB Zuraidah...

Kita tak berniat pun nak masuk campur dalam urusan rumahtangga PKR...

Benteras Budaya Gangster Dalam Politik


Tapi apa yang nak di ketengahkan ialah mengenai budaya samseng dan ugut mengugut dalam memastikan kemenangan calon pilihan masing2 mesti di benteras dan di hentikan serta merta!!!

Pentas politik bukannya pentas gangsterisme...

Rakyat memilih pemimpin adalah untuk memberikan khidmat kepada masyarakat serta membantu rakyat...

Pemimpin sifat dan tanggungjawabnya ialah memimpin rakyat ke arah kehidupan yang lebih selesa...

Gangster pula sifatnya ialah menindas rakyat!!!

Kita menyeru supaya segenap golongan masyarakat menolak mana2 pemimpin2 yang da kaitan dengan gangsterisme apa lagi yang ada kaitan dengan gangster cap ayam...

Kebiasaannya, gangster cap ayam di bagi makan oleh pemimpin cap ayam juga...

Nak ker kita di pimpin oleh seorang pemimpin cap ayam!!!

Sunday, August 19, 2018

Selepas 100 Hari Pakatan Harapan

|0 comments
100 FAKTA DAN AUTA SELEPAS 100 HARI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MEMERINTAH

10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan Era Pra PRU 14


Itu janji2 yg di buat oleh Pakatan Harapan sebelum PRU 14, 09hb Mei, 2018...

Masa tu, semua pemimpin Pakatan Harapan dakwa yang mereka yakin nasib rakyat akan berubah menjadi lebih baik selepas tertunainya 10 Janji 100 Hari...

Sebab terpesona dengan 10 Janji 100 Hari, rakyat berbondong2 balik kampung untuk mengundi dalam PRU 14 sebab nak jatuhkan kerajaan BN...

Yang buta datang bertongkat, yang pekak dan bisu terhangak2...

Jauh dekat, tua muda, miskin kaya semua keluar mengundi Pakatan Harapan...

Yang ada dalam fikiran rakyat masa tu kalau Pakatan Harapan menang, hidup jadi senang...

Betul ker bila Pakatan Harapan menang hidup jadi senang???

10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan Era Pasca PRU 14


Awal2 lagi ahli akedemi dah ingatkan, mustahil utk kerajaan Pakatan Harapan tunaikan 10 Janji 100 Hari...

Tapi tak tahulah, mungkin kerana malu sebab dah 'ter'over percaya atau ghairah nak hidup senang atau sebab saja nak sedapkan hati sendiri, ramai kata mereka yakin kerajaan Pajatan Harapan akan tunaikan 10 Janji 100 Hari...

Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari dari sehari sampailah ke 100 hari, tetiba ramai pulak yang teringat balik lagu Janji Manismu nyanyian Aisyah...😂😂😂


Apa lagi bila Tun Mahathir sendiri keluarkan kata2 yang menyentap jantung pengundi Pakatan Harapan dalam PRU 14 yang lepas...


Apa lagi bila dalam Dewan Rakyat, Tun Mahathir cakap, "kalau kami berdosa, kami tanggunglah"...

Masa tu, pengundi2 Pakatan Harapan melopong mulut...

Suara Tun Mahathir yang sebelum nie sangat2 lunak dan merdu kat telinga dia, tetiba bertukar jadi macam suara malaikat maut!!!

Mustahil Pakatan Harapan Tunaikan 10 Janji 100 Hari


Hakikatnya, manifesto yang Pakatan Harapan taburkan hanya untuk memancing undi...

Selepas berjaya tawan Putrajaya, dalam satu perjumpaan tertutup, Tun Mahathir minta semua ahli parlimen supaya mencari alasan kerana gagal tunaikan 10 Janji 100 Hari!!!


Kalau korang dengar radio, mesti korang tahu lagu kat atas nie sebab lagu nie dalam carta teratas dalam semua stesen radio kat Malaysia sejak 18hb Ogos 2018 yang lepas...😂😂😂

Fakta Dan Auta 10 Janji 100 Hari

Abdul Muein Abadi
Pensyarah Sains Politik
Universiti Kebangsaan Malaysia

Cuba korang baca dan hayati analisa yang pensyarah ni buat...


Muga jadi panduan dan pedoman dalam mana2 PRK atau PRU 15 nanti...

1. Harga Minyak tidak di turunkan walau satu sen sedangkan harga minyak dunia menurun...

2. Satu tol pun masih tidak di mansuhkan malah masih tiada rancangan pemansuhan...

3. Hutang yang di paksa ke atas peneroka FELDA masih tidak di hapuskan sama sekali...

4. Harga ubat tidak di turunkan dengan signifikan...

5. Tarif elektrik di rancang untuk dinaikkan...

6. Gaji kakitangan awam enggan di naikkan...

7. Gaji minimum tidak serius di perkasakan...

8. Tiada Inisiatif Peduli Sihat...

9. Cukai SST 10% campur 6% bakal melonjakkan harga barang dan membebankan rakyat...

10. Klinik komuniti ada yang ditutup...

11. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya seperti 'higher income tax'...

12. Tiada usaha untuk laksanakan 'Capital Gain Tax'...

13. Tiada usaha untuk laksanakan 'inheritance tax' ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan kepada anak mereka...
Yang kaya semakin kaya, yang miskin makin miskin...

14. Insurans wajib masih samar dan bakal bebankan golongan B40...

15. KPDNKK perlu lebih proaktif dengan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu...

16. Harga rumah perlu di turunkan dengan agresif...

17. Menteri perlu berhenti mendedahkan situasi pertahanan dalaman negara seperti jumlah Sukhoi yang boleh beroperasi...

18. Menteri perlu berhenti merendahkan kedudukan semasa ketenteraan negara sebagai paling lemah di Asia Tenggara sedangkan fakta tidak sedemikian...

19. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh di ulangi kerana beri kesan kepada perisik negara...

20. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu di tangani dengan lebih tegas...

21. Pendekatan Unilateral seperti menamatkan KSCIP tanpa rundingan dengan Arab Saudi perlu di elakkan pada masa hadapan...

22. Kemaraan China di Laut China Selatan wajib di ambil serius...
Tidak cukup sekadar nasihat kepada kuasa besar... 
Strategi yang ampuh perlu di rangka segera...

23. Menteri Luar tidak perlu buka ‘kotak Pandora’ dengan menandatangani semua Konvensyen Hak Asasi Manusia...

24. Visi baharu Malaysia dalam ASEAN dan OIC perlu di bentangkan...
Setakat ini tiada beza dengan kerajaan terdahulu...

25. Menteri MITI perlu cekap tangani Perang Perdagangan Amerika-China...
Setakat ini cuma tunggu dan lihat tidak proaktif...

26. Tindakan menyerah Pulau Batu Puteh begitu sahaja kepada Singapura jangan di ulangi dalam kes rundingan HSR dan semakan harga air...

27. Isu pengisytiharan Israel negara 'Bangsa Yahudi' tidak di hadapi dengan agresif oleh kerajaan...
Sekadar mengeluarkan kenyataan mengkritik...

28. Menteri perlu cermat dalam melontarkan pandangan seperti isu istilah 'Hifz Din'...

29. Menteri jangan apologetik dalam isu LGBT...

30. Dr. Ilyani yang jelas mengatakan kebenaran di berikan ingatan, tidak di jemput untuk sesi penerangan oleh mana2 menteri sama sekali... Golongan LGBT sebaliknya lebih di santuni menteri...

31. Menteri bukan Islam tidak sepatutnya perkecilkan usaha pakaian patuh Syariah...

32. Menteri perlu segera memohon maaf apabila ter'celupar' seperti dalam isu tuduhan Melayu pendatang...

33. Kenyataan akhbar tidak perlu lagi di edarkan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil...

34. Tidak seharusnya Perdana Menteri arahkan PDRM menggunakan Bahasa Inggeris dalam taklimat...

35. Masih tiada pelan penghapusan monopoli Astro...

36. Kenyataan akhbar para menteri yang lemah dan bermasalah dari segi fokus dan penyampaian...

37. Tarik tali pengiktirafan Sijil UEC jangan lagi di ulangi...

38. Janji 30% wanita dalam kabinet seharusnya di tepati...

39. Pengurusan aset negara perlu di bebaskan daripada retorik politik seperti kes memburukkan Khazanah di bawah Tan Sri Azman Mokhtar...
Sedangkan beliau berjaya memacu Khazanah melonjakkan nilai kepada RM82 bilion sejak 2004...

40. Jadikan pengajaran Khazanah hilang RM2 bilion dalam satu malam...
Jangan jadikan amalan memburukkan profesional dan pakar yang telah banyak menyumbang demi laba politik...

41. Reformasi institusi juga terencat dengan pelantikan Tun Mahathir sendiri menjadi Pengerusi Khazanah...

42. Tambah terencat dengan pelantikan Azmin Ali sebagai Pengarah Khazanah
Di tuduh 'kartel' oleh calon Timbalan Presiden PKR sendiri iaitu Rafizi Ramli...

43. Tiada rancangan pemerkasaan kontraktor kecil Bumiputera secara komprehensif setakat ini...

44. Kawasan parlimen pembangkang di anaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k).  
Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini...

45. Rancangan alternatif monopoli beras BERNAS masih perlahan...

46. 'Tarik tali royalti petroleum kepada 4 negeri yang memerlukan untuk memangkin pembangunan : 
Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelatan...

47. Penoreh getah belum di bantu dengan agresif dan komprehensif...

48. Dari sudut tadbir urus pula, keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu segera untuk isytiharkan harta secara terbuka...

49. Sesetengah timbalan menteri perlu berhenti daripada lebih sudu dari kuah berbanding menteri...

50. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak wajar memonopoli jawatan ekonomi politik...

51. Suruhanjaya Siasatan Diraja MARA, FELDA, Tabung Haji perlu di tubuhkan...

52. Reformasi struktur MARA, FELDA, dan Tabung Haji tidak perlu di lengahkan...

53. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China dengan mengetepikan menteri luar dan menteri kewangan perlu di hentikan...

54. Amalan 'bulldozer' di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan...

55. Dana kebajikan bekas atlet tidak di perkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja...

56. A. Kadir Jasin yang di siasat kerana dedah perbelanjaan dan isteri YDPA di lantik Penasihat PM...

57. Dalam sektor pendidikan pula, mekanisme bagi menangani isu 'Guru Duka Lara' belum komprehensif...

58. MyBrain dan MyPhD perlu di hidupkan kembali untuk merancakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara...

59. Tarik tali peminjam2 PTPTN wajib di hentikan...

60. Pelan jangka panjang dan sederhana TVET masih kabur...

61. Reformasi Universiti Awam (UA) masih tidak kelihatan...

62. Tiada rancangan Revolusi Industri 4.0 Pakatan...

63. Isu 'Kiri' dan 'Komunisme'dalam silibus sejarah perlu di tangani dengan cermat oleh jawatankuasa pakar Sejarah, NGO dan intelektual awam...

64. U-Turn HSR jejas imej negara di Singapura...

65. U-Turn ECRL jejas kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China...

66. Menteri Industri Utama masih tiada rancangan jangka panjang yang komprehensif...

67. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun, rakyat wajar di maklumkan secara terperinci...

68. U-Turn MRT3 yang amat di perlukan di bandar...

69. Pengerusi DAP Tan Kok Wai jadi Duta Khas ke China sedangkan selama ini mengkritik amalan melantik Duta Khas atas dasar politik...

70. Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak bercakap benar tentang pertemuan dengan pegawai Singapura untuk rudingkan HSR...

71. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan RM18 bilion tuntutan GST di curi...

72. Tiada perkembangan siasatan kes Taib Mahmud...

73. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang di lapor Rafizi...

74. DAP Pulau Pinang teruskan projek PIL-1 di sebalik bantahan penduduk...

75. Tiada perkembangan jelas kes Banglo Lim Guan Eng...

76. KWSP Suri Rumah agak lewat di laksanakan...

77. Tidak telus dalam mendedahkan pegawai khas menteri untuk berurusan dengan rakyat...

78. Menteri dan timbalan menteri yang kurang wibawa...
Portfolio yang tidak padan dengan taraf pendidikan...

79. Menteri hanya umumkan agihan pembangunan luar bandar untuk negeri Pakatan sahaja...

80. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah di tadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun...
Bagaimana dengan negeri2 lain???

81. RM2 ~ 3 juta sebulan untuk selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya di salurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi...

82. RM500,000 untuk turunkan logo 1Malaysia seharusnya di salurkan kepada golongan lebih memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah...

83. U-turn pengharaman tukang masak warga asing...

84. IRI Amerika di undang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak di maklum kepada rakyat...

85. Universiti Pertanian di cadang sedangkan UPM sudah lama wujud...

86. MBM dan GPMS di gelar macai politik sebelum menteri menarik balik kenyataan sedemikian...

87. Pemerkasaan mahkamah Syariah dan RUU355 masih belum di rundingkan secara komprehensif...

88. Kontroversi Pelantikan Ketua Hakim Negara perlu di elakkan...
Mengulangi persepsi campur tangan Mahathirisme dalam badan kehakiman...

89. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak di tangani dengan cermat...

90. Lantik MB Selangor (Azmin Ali) jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi...

91. Menteri Kewangan perlu berhenti bekerja seperti detektif semata-mata...

92. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu di hentikan segera, bekerjalah dengan kreatif untuk buktikan kerajaan Pakatan mampu penuhi manifesto meskipun dalam keadaan yang mencabar...

93. Berhenti salahkan kerajaan terdahulu, fokus pada usaha menjana pendapatan baharu seperti tenaga solar, artifical intelligence @ AI, torium, mikrob, dan sebagainya...

94. Tiada koordinasi yang sinergi rentas kementerian seperti Pertanian, Industri Utama, Pengangkutan, MITI, dan Keusahawanan dalam merangka pelan keselamatan makanan negara (Food Security)...

95. Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau di tentang ramai...

96. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China hinggakan China membeli sawit Indonesia secara tanpa had, dengan Kesatuan Eropah pula kaedah Kementerian Industri Utama masih klise...

97. Pelan pengangkutan awam bandar dan luar bandar Pakatan juga tenggelam dek projek kereta nasional ketiga...

98. Pelaburan asing masih perlu untuk di tingkatkan...

99. Mata wang Ringgit gagal untuk di perkasakan malah tiada perancangan sistematik seperti mana yang di janjikan di halaman 18 Manifesto Pakatan...

100. Amalan 'umum dulu kaji kemudian', 'tuduh dulu siasat kemudian', dan 'provok dulu, mohon maaf kemudian' amat menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menghakis kepercayaan rakyat...

Semoga segala kritikan di terima positif untuk penambahbaikan kerajaan...

Kita tidak ingin negara kita menjadi negara lemah (Weak state)...

Kita tidak sanggup melihat negara kita menjadi negara bacul (Pariah state)...

Dan kita pastinya tidak reda negara kita menjadi negara gagal (Failed State)...

Kredit :

Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Saturday, August 18, 2018

Rahsia Di Sebalik Pendedahan Rasuah Pegawai Kanan Mat Sabu Oleh Rafizi

|0 comments

Satu Malaysia terkejut bila tiba2 Rafizi dedahkan 'orang kanan' Mat Sabu terlibat dengan rasuah lebih RM800000...

Kita terkejut bukan sebab kemungkinan penglibatan rasuah ahli politik dari Pakatan Harapan sebab semua orang tahu 'kesucian' sebenar politikus PH tu...

Tapi kita terkejut sebab Rafizi bukanlah dari parti PAN...

Apa yg dia dok sibuk2 pasal parti Abg Mat tu...

Lagi pula, pemilihan PKR dah tak lama lagi...

Dari dok sibuk2 pasal parti Abg Mat, lebih baik Rafizi fikirkan camner nak kalahkan Azmin dlm pemilihan PKR tu...

Apa Sebenarnya Yang Berlaku


Siasatan ke atas 'orang kanan' Mohamad Sabu melibatkan sejumlah wang yang di masukkan ke akaun bank menunjukkan perebutan jawatan di kementerian dalam kalangan kawan2 ahli politik Pakatan Harapan...

'Orang kanan' Bang Mat tu di katakan akan di lantik sebagai pegawai kanan dalam Kementerian Pertahanan...

Jadi sebelum  'orang kanan' Bang Mat angkat sumpah (di lapurkan minggu depan) ke jawatan yang di lantik tu, dah memang tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  utk pastikan semua pembantu dan pegawai politik para menteri bebas daripada urusan meragukan sebelum di lantik secara rasmi...



Skop siasatan SPRM ialah tentang transaksi memasukkan duit RM800000 ke dalam akaun peribadi 'orang kanan' Bang Mat sebaik saja Bang Mat angkat sumpah jadi Menteri Pertahanan...

Sumber berkata pendedahan tentang siasatan SPRM ke atas 'orang kanan' Bang Mat tu berbetulan dengan angkat sumpah minggu ini, dengan harapan ia boleh menggagalkan pelantikan dan mengosongkan jawatan itu...

Sumber mengesahkan 'orang kanan' itu di isytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi sebelum Amanah di tubuhkan...



'Orang kanan' itu kemudian menemui kawan2 rapat kira2 12 orang untuk membantu dia menyelesaikan hutang peribadi berjumlah kira2 RM800,000 itu...

Sementara itu, sumber berkata SPRM mungkin tidak akan menemui unsur2 rasuah dalam siasatan ini...

Apa Pula Kaitan Rafizi Dengan Masaalah Nie



Semua orang tahu, selepas Azmin di lantik jadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan ada ura2 yang Azmin akan bertanding dalam pemilihan jawatan presiden PKR (sekarang dah tak jadi), satu2nya pemimpin PKR yg masih setia dgn kem Anwar/Wan Azizah ialah Rafizi...

Yang lain mcm Tian Chua, YB Saifuddin Nasution dengan YB Zuraidah dah menyatakan sokongan pada Azmin...

Macam semut dengan gula...

Dulu sebelum Azmin di lantik ke jawatan menteri kanan dengan bajet terbesar, Anwarlah yg pegang kantung gula...

Tapi sekarang, Anwar tak ada apa2 jawatan dalam kabinet cuma 'mungkin' akan jadi PM ke 8, 'semut2' PKR nampak kantung gula ada pada Azmin...


Angin semakin kuat bertiup mengatakan Tun Mahathir tengah lakukan usaha sekat Anwar dari jadi PM ke 8...


Jadi gamenya mudah, dengan mendedahkan siasatan SPRM ke atas 'orang kanan' Bang Mat selepas 'copy paste' siasatan tu, kepincangan pentadbiran Tun M dapat di telanjangkan...

Sedikit sebanyak, nama Azmin (yg sekarang dah bertukar alamat ke kem Tun Mahathir) akan tercalar...

Maka ini akan memudahkan tag team Anwar/Azizah/Rafizi menewaskan kem Azmin dlm pemilihan PKR nanti...

Kalau itu berlaku, ianya akan membuka laluan yang cukup besar utk Anwar di mahkotakan sebagai Perdana Menteri ke 8...

Maka akan lenyaplah legasi Azmin dalam PKR dan berakhirlah riwayat politik Tun M di Malaysia...

Kesimpulannya, pendedahan yang di buat bukanlah kerana inginkan pentadbiran yang benar2 bersih dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat...

Tapi ada agenda politik yang membawa kepada kepentingan peribadi...

Sampai bilakah pemimpin akan mengamalkan budaya 'character asissanation' seteru politik mereka...

Rakyat marhaen terus di belenggu dengan masaalah peningkatan kos sara hidup yang tak seimbang dengan pendapatan...

Rakyat masih menunggu janji2 yang telah di tabur walaupun sedar 100 hari sudah berlalu...

Rakyat sudah jemu dan mual dengan permainan dan silap mata yang di dendangkan...

PRU dah lebih 100 hari berlalu, beri tumpuan pada masaalah kehidupan rakyat...

Kamu semua di pilih utk memberikan khidmat kepada rakyat dan bukannya bermain sandiwara2 mcm nie...

Hentikan sbb rakyat dah bosan!!!

Kerana akibat dari segala kerakusan ahli politik, yg akan menjadi mangsa terakhir adalah rakyat!!!


Sumber :
》 Free Malaysia Today
》 apakecoh.com 

Friday, August 17, 2018

Respons Azmin Hanya Kepada Toyol of Selangor

|0 comments

Satu2nya Kenyataan Rasmi Dari Azmin Ali Terhadap Tuduhan Skandal Seks Ke Atasnya

Sebuah blog di SINI menulis Dato Azmin Ali  marah blogger menuduhnya punya wang dimerata akaun di Bank-Bank di luar negara.

Namun pendedahan skandal yang diviral masih tiada respons. Hanya terjumpa satu kenyataan lama 2012
dari blog Sungai Derhaka berikut:

Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO.

Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.

Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga.

'The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child). '

Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang- ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya. Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat.

Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat. Saya akan terus bersama-sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Mohamed Azmin Bin Ali

PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya 


Petikan dari :
Blogger Anak Sungai Derhaka
Bertarikh : 01hb Mei 2012

Ulasan :

Satu2nya jawapan yg Azmin keluarkan secara rasmi ialah mengenai dakwaan Afifa bukan anak kandung beliau dengan isterinya Shamsidar Taharim...

Apa yg penulis ingin tekankan di sini, pendedahan yang terlepas pandang disiarkan bahan yang tidak perlu disiar sekali (kini sudah ditarikbalik) menyiarkan sesuatu yg sudah tersebar dan tidak berniat untuk ditumpu utk membuka aib sesiapa tetapi memerlukan respons berpatutan dari Azmin yang boleh juga membersihkan nama-nama yang terpalit sama.

Sekiranya ada pihak yang terkesan kerana gambar atau petikan2 e-mail dan WhatsApp yg tersilsp di siarkan sebagai bukti melalui pendedahan yg pernah di buat, penulis secara terbuka memohon maaf dan akan memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi...

Namun kebenaran WAJIB di bongkarkan...

ÙˆَتَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْبِرِّ ÙˆَالتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ٰ ۖ ÙˆَÙ„َا تَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْØ¥ِØ«ْÙ…ِ ÙˆَالْعُدْÙˆَانِ ۚ ÙˆَاتَّÙ‚ُوا اللَّÙ‡َ ۖ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ø´َدِيدُ الْعِÙ‚َابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran... Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya...

Al-Mâidah : Ayat 2

Sekiranya dakwaan skandal seks ke atas Azmin adalah TIDAK BENAR, Azmin MESTI tampil membuat penafian berserta bukti dan bukannya membuat tuduhan lain ke atas tuduhan ke atasnya...

Masyarakat ingin tahu kebenarannya kerana ada yang terpedaya dan menjadi mangsa kerakusan nafsu (sekiranya tuduhan itu benar).

Kegilaan memuaskan nafsu dengan nikmat kuasa dan kekayaan MESTI di hentikan...

Pemimpin di pilih oleh rakyat bertanggungjawab memimpin rakyat ke arah kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat dan bukannya mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu serakah ke atas rakyat yang di pimpin...


Atas kesedaran itulah pendedahan yang tersilap siar di buat...

Wednesday, August 15, 2018

Kemaafan dipinta diatas kecuaian

|0 comments

Pada awal Ogos pada 2hb, dan 3hb, laman blog ini menyiarkan posting bertajuk Pendedahan Skandal Azmin, Tapi Bukan Kempen Untuk Rafizi - Siri 1, 2 dan akhir.

Ia merupakan satu pendedahan dari pdf file yang telah tersebar viral di WhassApp yang mana penulis tidak bernama.

Blog ini tersiar isi kandung dan gambar memikirkan ia sesuatu yang tersebar dan sudah dapat perhatian masyarakat yang perlu dinafi atau diperbetulkan pembohongan.

Tidak terlintas dalam fikirkan admin atas niat tujuan selain dari itu.

Walaupun tanggungjawab "public figure" perjelaskan diri, mereka yang bukan "public figure" terjejas.
Ada imej-imej yang terlepas siar adalah lucah.

Ini bersalahan dengan Seksyen 233 Akta SKMM berhubung  penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll. Butiran ada di pautan laman web SKMM di SINI.

Menyedari kesilapan dan kecuaian ini serta timbal balas yang diterima, Admin telah segera keluarkan Bhg 1 dan Akhir dan Bhg 2 yang masih tertinggal baru dikeluarkan. Keterlampauan begini sudah tidak sesuai dalam era keterbukaan terkini.

Nasi sudah jadi bubur dan kesilapan telah dilakukan. Jika ada tindakan dari pihak berkuasa, itu adalah hak mereka. Kami hanya berharap ada budi bicara pihak mereka untuk ambilkira kerelaan kami tarik balik dengan segera posting2 tersebut.

Namun begitu, kami kesali kecuaian ini dan memohon maaf kepada yang tidak dikenali tapi tetap telah teraib akibat posting2 tersebut.

Mengkritik satu amalan perlu dalam demokrasi tapi ini peringatan pada kami dan penulis-penulis lain supaya berhati2 dan prihatin tentang kewujudan seksyen Akta SPRM ini dan tidak melanggarinya.

Sekian terima kasih. Harap maklum - Admin

Betulkah Tun Mahathir Mengaku Fitnah Jadi Senjata Jatuhkan BN???

|0 comments
Tun Mahathir Akhirnya Mengaku Fitnah


Dalam satu sidang media akhirnya Tun Mahathir mengakui Pakatan Harapan (dulu pembangkang) menggunakan media asing untuk memainkan isu2 persepsi tentang 1MDB...

Akhirnya sudah terbongkar siapa dalang sebenar yang mengubah dokumen dokumen yang di perolehi menerusi Xavier Justo untuk membuat cerita rekaan dan palsu tentang 1MDB di luar negara...


Malah pada tahun 2015 lagi, facebook Kelab Sayang Tun Dr Mahathir, SSTDM sudah mengesahkan dalam satu posting bahawa Tun Mahathir ada bertemu Justo untuk mengambil dokumen tertentu...

SSTDM menulis "Kalau Untuk Pengesahan Apa Salahnya"…

"Takkan nak terima saja tanpa Dokumen Pengesahan Melalui Perjumpaan empat mata"…

Justo Akui Ada Pihak Ketiga Yang Mengubah Dokumen Yang Dia Bagi

Semenjak tahun 2015 lagi, pihak Polis Di Raja Malaysia bersama polis Thailand telah menyiasat bekas Pengarah Eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo.

Dalam satu temubual dengan Justo di penjara Thailand, PDRM mendapat maklumat bahawa gerakan untuk menggulingkan Dato' Sri Najib telah di buat menerusi pengubah- suaian dokumen 1MDB dan PetroSaudi...

Dalam transkrip perbualan Whatsapp telefon Justo turut di jumpai perbualan beberapa orang pemimpin pakatan harapan, orang kanan Mahathir dan Claire Rewcastle Brown, editor Sarawak Report yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan mengunakan dokumen palsu itu...

Dalam satu temubual dengan News Straits Times, Singapura, Justo menyebut nama Tun Mahathir sebagai salah seorang yang terlibat.

Justo menyatakan orang kanan Mahathir ada berjumpanya untuk mengambil dokumen tetapi akhirnya tidak membayar sejumlah wang yang di janjikan kepadanya...


Lebih teruk lagi dalam perbualan Whatsapp itu Claire Brown berkata mahu meraikan kejayaan menumbangkan Najib dengan segelas arak...

Malah Claire Brown telah berjumpa dengan Mahathir selepas itu...

Bergambar sekali lagi...


Rupanya bukan sekali dua mereka berjumpa tetapi banyak kali termasuklah di London semasa Hari Raya Puasa tahun lepas...

Dengan pengakuan Mahathir itu, ianya mengesahkan segalanya, siapa dalang sebenar yang mahu menumbangkan Najib sejak 2015 lagi menggunakan 1MDB sebagai isu dan senjata politik bagi menumbangkan kerajaan...

1MDB sebenarnya hanya scapegoat, bukanlah isu pun...

Duit RM42 billion yang di dakwa oleh Mahathir sebagai hilang tidak pun hilang...

Ia telah di jelaskan oleh CEO 1MDB, Arul Kanda berulang kali...

Kapal layar, lukisan dan kapal terbang yang di dakwa di beli dengan wang 1MDB pun ternyata tidak benar...

Termasuklah dakwaan kononnya ada RM430 juta duit 1MDB di Switzerland, juga tidak benar apabila perkara tersebut sudah dua kali ditolak oleh parlimen Switzerland...

Semua ini cerita rekaan dan palsu kerana dokumen dan sumber yang di guna untuk tumbangkan Najib itu adalah semata mata berdasarkan dokumen yang di ubah suai oleh Sarawak Report (SR)...

Malah portal Malaysian Insider pun sudah di tutup apabila pendedahan oleh Justo itu di buat...


Syed Saddiq, tukang canang berita palsu dan kini Menteri Belia dan Sukan juga sudah membocorkan rahsia bahawa Tun Mahathir sudah memberi AS$5 juta kepada Yayasan Clinton untuk membayar pihak media asing untuk kempen propaganda menjatuhkan kerajaan Malaysia...


Sebelum ini pada 10 April 2016, Tun Mahathir dalam satu temubual dengan The Weekend Australian turut menjemput campur tangan asing dalam politik negara...

Jadi apa yang Wan Saiful Wan Jan, yang baru dua tiga hari masuk PPBM dedahkan tentang campurtangan asing menerusi Cambridge Analytica akhirnya terkena ke atas batang hidung anak Tun Mahathir sendiri...

Puas Mukhriz bersilat menafikan, tetapi akhirnya peluru yang di tembak oleh Wan Jan itu memakan diri sendiri bila Azrin Zizal, bekas pegawai media Mukhriz mendedahkan cerita yang sebenarnya...

Ramai sudah keluar parti PPBM kerana tahu agenda peribadi Tun Mahathir ini sejak mula...

Mereka tahu 1MDB bukanlah isu pun...


Mahathir sebenarnya yang tidak berpuashati apabila kroninya tidak lagi mendapat projek berbillion ringgit menerusi IPP...

Kerana hendak anak sendiri jadi Perdana Menteri, kerana agenda kroni-kapitalis yang menjadikan beliau dan anak2 menjadi kaya raya kerana CASH IS KING, katanya...

Mahathir sudah menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara sendiri...

Undang campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi di negara ini di cemari...

Malaysia belum lagi di jajah oleh negara China seperti yang di dakwa oleh pemimpin dan macai2 PH...

Yang terjajah dan tergadai adalah pakatan haram jadah Malaysia...


Mereka sudah menodai dan menggadai diri kepada kuasa dan tangan2 asing semata2 untuk menang PRU14, piliharaya yang paling kotor dalam sejarah dunia ...

Tuesday, August 14, 2018

Dulu Bolehlah Tapi Dah Jadi Menteri Sojar Nie, Jangan Main2 Dengan Abg Mat Yer...

|0 comments

Bila Mat Sabu bagi amaran pada org yg menyebarkan fitnah, aku baca sambil tersenyum.


Bukan per, teringat pula perangai Mat Sabu sblm jadi menteri, mcm kat atas tu, bkn fitnah ker tu Bang Mat.

Tapi tak per lah, org kata, lain ulu, lain parang...

Dulu Bang Mat mmg lucu yapi sekarang dah garang...😉😉😉

Dulu bolehlah korang panggil Abg Mat dgn mcm2 gelaran...

Mat Sabunlah, Mat Syabulah, Mat Kunyitlah, Abg Xaxalah...

Tapi sekarang, berani kaluu, cubalah...

Bang Mat dah jadi Menteri Sojar tau...👨‍✈️👨‍✈️👨‍✈️

Mcm yg Bang Mat cakap, kritik boleh, tapi fitnah Bang Mat x boleh terima...


Jadi, jangan fitnah Bang Mat lagi tau sbb Bang Mat sekarang nie dah suci...

Fitnah Dulu Suci, Jadi Hukumnya Haruslah Kut


Siapa2 yg disyaki menyebarkan 'fitnah', Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan cari sampai ke lubang cacing...

Apa yg di definasikan sebagai 'fitnah', kita tak pasti lagi...


Mungkin kalau siarkan balik tragedi banglo Jalan Pinhorn, di anggap 'fitnah' sebab proses 'pensucian dosa sedang berjalan'...


Tapi yang Guan Eng cakap Najib curi duitlah, pemimpin pembangkang masa jadi kerajaan banyak amalkan rasuah lah mungkin tak di definasikan sebagai 'fitnah' tapi di definasikan sebagai 'pendedahan' walau pun buktinya tak ada...

Macam tu juga dengan Mahathir...

Berani korang sebut perkataan atau gelaran menghina mcm Maha Firaun, Madey dan yg sewaktu dengannya, jawabnya korang tunggu jer lah SKMM datang...


Tapi dulu yang dia dok kata bugis lanun tu, di definasikan sebagai bukan menghina (walau pun banyak sultan murka, Indonesia pun hantar bantahan) tapi tu di definasikan sebagai KESOPANAN DAN KESUSILAAN lah kut...


Sama juga yg dia dok kata Anwar peliwat tu pun di definasikan sebagai 'kesopanan tahap gaban' dan bukannya fitnah!!!

Nampaknya jawatan menteri dgn lain2 jawatan dlm kerajaan betul2 dah 'mensucikan' mereka...

Omputeh kata, 'like father like son'...

Tapi orang Malaysia kata, 'like prime minister, like nation' lah...

Tak gitu yeop...
fda