Wednesday, April 18, 2018

Mahathir & Co termalu: Mahkamah Indon tolak rampasan Equinimity

|0 comments


Rabu, 18 April 2018 | 10:20am

Mahkamah Indonesia sahkan Equanimity tiada kaitan 1MDB

Oleh Ismail Mat

cnews@nstp.com.my

"Tidak ada keterangan menyatakan kaitan di antara kapal Equanimity dengan 1MDB," katanya.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Indonesia semalam, mendapati kapal layar mewah Equanimity yang disita di perairan Bali pada akhir Februari lalu, tiada kaitan langsung dengan syarikat pelaburan strategik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, hakim Mahkamah Daerah Jakarta Selatan mendapati, kapal layar berkenaan adalah milik sah Equanimity (Cayman) Ltd.


Keputusan itu dibuat mahkamah dalam prosiding perbicaraan terhadap permohonan yang difailkan oleh Equanimity Cayman terhadap Bahagian Siasatan Jenayah Ekonomi dan Khas Polis Indonesia (POLRI).

Ketua bahagian itu, Brig-Jeneral Polis Dr Rudy Heriyanto Adi, berkata mahkamah dalam penghakimannya, menerima dan meluluskan semua permohonan pra-perbicaraan yang dibuat Equanimity Cayman.

"Ketika meluluskan permohonan terbabit, mahkamah menyatakan bahawa tindakan polis menyita kapal berkenaan pada 26 Februari lalu sebagai tidak sah serta tidak mengikut lunas undang-undang.

"Justeru itu, mahkamah memerintahkan supaya kapal terbabit dikembalikan kepada pemohon (Equanimity Cayman) selaku pemiliknya," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Jakarta susulan penghakiman itu, semalam.

Rudy berkata, susulan keputusan Mahkamah Daerah Jakarta Selatan yang bersifat muktamad itu, POLRI akan mematuhi perintah yang dikeluarkan dengan segera mengembalikan kapal berkenaan kepada pemiliknya.

"Berdasarkan keterangan yang dikemukakan ketika prosiding mahkamah semalam, kapal layar mewah Equanimity adalah milik sah Equanimity Cayman.

"Tidak ada keterangan menyatakan kaitan di antara kapal Equanimity dengan 1MDB," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kapal layar bernilai hampir RM1 bilion itu, disita pihak berkuasa Indonesia yang bertindak atas permohonan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Ketika diserbu pihak berkuasa Indonesia, kapal mewah yang didaftarkan di Pulau Cayman itu, sedang belayar di perairan Bali bersama 36 kru.

Susulan penyitaan yang dibuat, pada 30 Mac lalu, Equanimity (Cayman) selaku pemilik sah kapal terbabit, dalam kenyataannya menyifatkan DOJ dan pihak berkuasa Indonesia bertindak melampaui had perundangan negara masing-masing dalam isu terbabit.

Susulan itu, pemilik kapal terbabit memfailkan dokumen berkaitan di mahkamah Indonesia dan Amerika Syarikat bagi membuktikan pemilikannya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/413547/mahkamah-indonesia-sahkan-equanimity-tiada-kaitan-1mdb

----------------


Maka dengan keputusan mahkamah ini, eloklah Rafidah lupakan nak jadi jurucakap dan penyerang Dr Mahathir.

Eloklah dia letak jawatan dari Air Asia X yang mana ianya jawatan yang disyorkan Dato Najib kepadany.

https://anotherbrickinwall.blogspot.my/2018/04/with-equinimity-seizure-invalid-what.html

https://bigdogdotcom.wordpress.com/2018/04/17/again-where-is-the-beef/

http://www.rockybru.com.my/2018/04/cock-up-over-yacht.html

Malunya DOJ boleh cock up begini kerana jelas nawaitu mereka dan Dr Mahathir kini terserlah.





Kini CEO 1MDB, Arul Kanda akan ke hadapan dan sedang buat roadshow serta membuat laman blognya tersendiri.

https://youtu.be/Qfx4_Lphy-E

http://www.arulkanda.com/


Tuesday, April 17, 2018

Rafidah harus konsisten, letak jawatan supaya saham Air Asia melonjak

|6 comments

Air Asia baru memberi penghargaan kepada Dato Seri Najib kerana atas sumbangannya, syarikat itu maju.

Tony Fernandez credit Air Asia's success to Najib
http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/tony-fernandes-airasias-success-thanks-to-putrajaya

Mengikut pengalamsn yg berlaku pada syarikat Supermax, berkemungkinan saham Air Asia akan melonjak juka Tan Sri Rafidah Aziz bertindak mengikut jangkaan.


Minggu lepas boss Supermax minta maaf pada Najib kerana menyokong pembangkang di PRU lepas.

Supermax boss apologises to PM for supporting Opposition in GE13
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/14/supermax-regrets-decision-to-support-opposition/

Rafidah terus letak jawatan sebagai Pengerusi

Rafidah quits Supermax board over MD’s apology
http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/rafidah-quits-supermax-board-over-mds-apology

Ekoran itu, saham Supermax terus melonjat.

Supermax shares rise after managing director’s apology
 http://m.thesundaily.my/node/540519

After apology from boss, Supermax stock surges
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/04/16/after-apology-from-boss-supermax-stock-surges/


Rafidah merupakan Pengerusi Air Asia X Berhad yg sebahagian dari kumpulan Air Asia. Eloklah Rafidah bersikap konsisten kali ini untuk letak.jawatan.

Usahanya mempolitikkan isu 1MDB dan MINDEF dengan fakta yg salah tidak konsisten dengan kata2nya di masa lepas


Jika dia letak jawatan, pasti pelabur suka dan saham Air Asia dan Air Asia X akan melonjak naik.




Monday, April 16, 2018

Kalau Mahathir PM, Macam2 Cara The Loaf Akan Dia Selamatkan

|0 comments


Bila The Loaf umumkan cara rasmi tutup kedai, Mahathir dengan pantas nafikan yang The Loaf tu dia punya...

Baca di sini :

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/04/14/bread-shop-is-not-mine-says-dr-m/





Tapi Eric See-To buktikan yang Mahathir ialah pemilik sah The Loaf !!!

Baca di sini :

http://sabahkini2.com/en/news/715/-selepas-nafi-eric-see-to-dedah-the-loaf-dan-syarikat-milik-mahathir/view



Tapi jangan marah Mahathir sebab mungkin dia lupa atau pun nyanyuk...


Apa pun alasannya, suka hati kau lah Mahathir...

Sebenarnya, bukanlah satu isu yang besar pada kita kalau serikat roti Mahathir tu bankrap...

Cuma kelakar sikitlah bila mamak roti ni tak mengaku serikat tu dia punya...😂😂😂


MAHATHIR GERENTI SELAMATKAN THE LOAF KALAU DAPAT JADI PM

Sejarah dah buktikan, selama 22 tahun jadi Perdana Menteri, Mahathir jadikan GLC macam mak bapak dia punya!!!

Petronas ATM Mahathir Untuk Bail Out Syarikat Anak2 Dan Kroni

Patutlah masa Mahathir jadi pengerusi Petronas dulu kewangan syarikat minyak negara tu yiada yang tak tenat melainkan tenat belaka...

Pelik juga dulu bila dapat tahu yang kewangan Petronas selalu nazak.

Mana tak peliknya, stesen minyak Petronas bersepah2, kat bandar besar ada, kat bandar kecik ada, kat kampung pun ada, telaga minyak merata tempat tapi kewangan serikat tenat...

Rupa2nya, duit Petronas kena sakau dengan Mahathir!!!

Petronas Bail Out Hutang BMF Untuk Selamatkan PNB


Tahun 1984, sebab nak selamatkan PNB atau Perbadanan Nasional Berhad (ipar Mahathir, Tun Ismail b Hj. Mohd. Ali pengerusi PNB waktu itu)  pemegang saham terbesar BBMB yg merupakan bank induk pada BMF, Petronas di arahkan menjelaskan hutang BMF berjumlah RM2 bilion.

Selepas Petronas jelaskan hutang BMF, Tun Daim yang ketika itu jadi Menteri Kewangan telah isytiharkan kes BMF di tutup walau pun skandal tu menyebabkan kematian seorang pegawai audit bank!

Baca di sini :

http://khairulryezal.blogspot.my/2017/01/dokumen-skandal-bmf-didedah-tun-dr.html?m=1

Petronas Bail Out Hutang MISC



Tahun 1998, Petronas di arahkan bayar hutang MISC atau Konsortium Perkapalan Berhad sebanyak RM1 bilion.

Kalau Petronas tak bayar hutang MISC, pemiliknya Mirzan Mahathir iaitu anak Mahathir akan di isytiharkan bankrap !!!

Baca di sini :

http://www.mykmu.net/2017/02/bumi-dipijak-milik-tun-mahathir-blog/

MAS Juga Tak Terlepas Dari Ketamakan Mahahthir

Masa jadi penasihat MAS, Mahathir arahkan MAS ikat kontrak pembelian minyak selama 6 bulan dari Petron, syarikat milik anak Mirzan Mahathir anak Mahathir.

Tak pernah mana2 syarikat penerbangan dalam dunia ni yg sain kontrak gila macam tu kecuali MAS.

Rupa2nya nasihat gila tu datang dari 'Punah Sihat' MAS masa tu, siapa lagi kalau tak Mamak Roti Mahathir Kutti...

Tak lain tak bukan sebab nak tolong serikat anak dia ler tu!!!

Lihat video klip ini :


Banyak lagi sejarah dan bukti Mahathir salah guna kuasa dan kedudukan untuk bail out secara paksa syarikat2 kroni dia.

Antaranya baca di sini :

https://captainmgs.blogspot.my/2017/01/mahathir-pemimpin-maksum-dia-tidak.html?m=1


Bila ada serikat anak2 dia atau sedara mara dia atau kroni2 dia bermasaalah, GLC ni lah yg jadi ATM utk bail out serikat sekutu Mahathir.

Kalau sekutu dia punya serikat dia boleh bail out sampai berbilion ringgit, apalah sangat kalau nak selamatkan The Loaf tu...


Lagi pun The Loaf tu kan Mahathir laki bini jadi pengarahnya...




Jadi betullah macam Mat Sabu cakap, 'Tun Mahathir Mohammad bapak pelingkup negara !!!'...

Sunday, April 15, 2018

Madey ke Langkawi untuk rompak tanah orang kampong lagi!!!!

|3 comments

42,000 PENGUNDI LANGKAWI TIDAK BERHUTANG KEPADA PEROMPAK TANAH TANAH ANAK LANGKAWI.

Dr Mahathir tiba di Langkawi tengahari tadi dengan menaiki jet peribadi.

Saya pernah bertanya kenapa Dr Mahathir tidak naik penerbangan biasa kerana jet peribadi itu kosnya berpuluh ribu sekali terbang, jawapan mereka, Dr Mahathir sudah terlalu tua dan berilah keselesaan kepada beliau.

Berjaya Leisure Resort - kepunyaan  Vincent Tan proksi Madey

BAIKLAH, BERIKAN KESELESAAN KEPADA DR MAHATHIR. BELIAU BOLEH BEREHAT DI MANA-MANA HOTEL 5 BINTANG MILIK KRONI NYA DI LANGKAWI SAMADA THE DANA, BERJAYA RESORT, THE MERITUS, TANJUNG RHU, THE DATAI, AWANA PORTO MALAI DAN LAIN-LAIN.

The Danna - kepjnyaan Syed Mokhtar atau Madey?

TETAPI SAYA TIDAK AKAN MEMBERIKAN KESELESAAN ITU KEPADA PARTI PEMBANGKANG DI LANGKAWI.


BUKTIKAN KEPADA SAYA HOTEL-HOTEL ITU BUKAN MILIK DR MAHATHIR ATAU KRONI-KRONINYA.


BUKTIKAN SEGALA PROJEK HOTEL YANG MENAFIKAN HAK ANAK LANGKAWI TERHADAP KAWASAN PANTAI ITU BUKAN HASI KERJA BUAT DR MAHATHIR YANG MEROMPAK TANAH-TANAH ANAK LANGKAWI MELALUI LANGKAWI DEVELOPLOPMENT AUTHORITY (LADA) KETIKA ERA PERDANA MENTERI KE 4.

BUKTIKAN DR MAHATHIR TIDAK BERSALAH MENYAMUN TANAH-TANAH DARI ANAK LANGKAWI DENGAN HARGA MURAH KEMUDIAN DIJUAL KEPADA KRONI-KRONI DR MAHATHIR.

Mana Amanah Saham Anak Langkawi yg dijanjikan?

BUKTIKAN KEPADA SAYA, SETELAH MENYAMUN BERATUS BILLION NILAI TANAH  ANAK-ANAK LANGKAWI, TUNJUKKAN KEPADA SAYA WALAU SATU PROJEK KEBAJIKAN UNTUK ANAK LANGKAWI OLEH DR MAHATHIR.

TUNJUKKAN KEPADA SAYA WALAU SATU TABUNG AMANAH UNTUK ANAK LANGKAWI YANG BERJAYA MEMBANTU ANAK LANGKAWI.

TUNJUK SATU SAHAJA! BUKAN DUA!!!

SAYA ANAK LANGKAWI. SAYA LEBIH TAHU SENGSARA ANAK LANGKAWI. ORANG LUAR JANGAN BERITAHU SAYA DR MAHATHIR TIDAK MEROMPAK DI LANGKAWI.

TUTUP MULUT ANDA! ANDA BOLEH BELA DR MAHATHIR DI KAWASAN ANDA, TAPI BUKAN DI LANGKAWI!


CUKUP LAH DR MAHATHIR MERAMPAS HAK ORANG-ORANG KAMPUNG! CUKUP!!!

JANGAN RAMPAS APA-APA LAGI HAK ANAK LANGKAWI.

KEPADA CALON-CALON BARISAN NASIONAL P004 LANGKAWI,  N01 AYER HANGAT DAN N02 KUAH, SAYA AKAN BERIKAN 100% SOKONGAN KEPADA ANDA SEMUA.


SAYA AKAN BERDEBAT DENGAN SESIAPA SAHAJA YANG MAHU BERDIRI DI ATAS PENTAS DENGAN SAYA DI LANGKAWI.

LANGKAH MAYAT SAYA. HIDUP ATAU MATI, SAYA TIDAK AKAN BERGANJAK WALAU SEINCI DARI PULAU SAYA.

ANAK LANGKAWI INI TIDAK AKAN MEMBENARKAN PEMBANGKANG BERTAPAK DI LANGKAWI.

ANAK LANGKAWI!!! TUNGGU AKU PULANG!!!!

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

Saturday, April 14, 2018

Pendedahan Tentang £65 Juta Ialah Jawapan Yang Tepat Pada Fitnah 1MDB Dan RM2.6 Billion Mahathir Kepada DS Najib

|2 comments

Dalam dok menyalak tabur fitnah pd DS Najib kononnya curi duit rakyat melalui 1MDB sebanyak RM2.6 billion, hakikatnya Mahathir sendiri tak sesuci macam yang dia cuba gambarkan...

Memang betullah tak pernah ada duit masuk dalam akaun Mahathir tapi dalam akaun kroni ada tak?


Nie apa cerita nie, nak suruh orang siasat akaun peribadi kunun, nak berlagak suci ler tu...

Belum siasat lagi dah kantoi, buat kata Mat Sabu, "Hah Hah Hah Hah"...

Pendedahan dari bekas pegawai khas Mahathir yang Mahathir pernah terima £65 juta mengejutkan seantaro dunia.

Baca di sini :

https://aidcnews.wordpress.com/2018/04/11/bekas-pegawai-khas-dedah-tun-m-pernah-terima-65-juta/

Dan juga di sini :

https://theflyingkick.blogspot.my/2018/04/terkedu-mahathir-bila-didedahkan-dia.html

Dan sampai ke saat ni, Mahathir membisu seribu bahasa.

Kalau apa yg di dedahkan tu tak betul, saman lerrr!!!

Kan sekarang ni Akta Anti Berita Palsu dah di kuatkuasakan.

Baca di sini :

http://www.rockybru.com.my/2018/04/could-this-be-first-one-for-malaysias.html?m=1

Tapi macam yg orang tua2 cakaplah, "Diam tandanya setuju", tak gitu...😉😉😉


Hikayat RM2.6 Billion Versi Mahathir Hanyalah Agenda Mahathir Jatuhkan DS Najib



Inilah punca segala2nya...

Bila kehendak Mahathir tak di penuhi, dia pun mulakan serangan untuk jatuhkan DS Najib.



Media asing yg sebelum ni Mahathir kata penipu, perosak masyarakat dan negara dengan lapuran2 palsu, tiba2 di angkat Mahathir sebagai lidah rasmi dalam menyebarkan berita palsu!!!



Baca selanjutnya di sini :

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/mahathir-berapa-juta-bayar-media-asing-guling-bn/

Sebab tu cerita Mahathir pasal 1MDB berubah2.


Mula2 kata 1MDB lesapkan duit RM42 billion, bila kenyataan tu dipertikaikan, Mahathir kata dia tak pernah cakap duit tu hilang tapi itu ialah jumlah hutang 1MDB dan RM42 billion bertukar  pada RM27 billion!

Baca di sini :

http://www.mykmu.net/2015/04/1mdb-mahathir-ubah-fikiran-dari-rm-42-bilion-kini-hanya-rm-27-bilion/


Lepas tu Mahathir fitnah DS Najib curi RM2.6 billion dari 1MDB.

Lagi sekali Mahathir kantoi menipu bila SPRM sahkan duit yang masuk ke akaun DS Najib ialah derma dari kerajaan Arab Saudi dan bukannya dari duit 1MDB.

Baca di sini :

https://m.malaysiakini.com/news/307199

Dan lihat video klip ini :


Bila kerajaan Arab Saudi sendiri sahkan yang duit USD700 juta @ RM2.6 billion tu adalah sumbangan ikhlas dari kerajaan Arab Saudi, Mahathir sekali lagi kena sakit jantung, agaknya lah...😂😂😂

Tak cukup dengan tu, DS Najib hanya gunakan dalam USD60 juta untuk PRU 13 dan bakinya di pulangkan balik pada kerajaan Arab Saudi.

Baca di sini :




Sebenarnya dah jadi amalan dalam Umno presiden parti memegang duit derma kepada parti dan di masukkan dalam akaun peribadi sebagai pemegang amanah.


DS Najib cuma ikut tradisi yang di amalkan oleh presiden Umno sebelumnya termasuk Mahathir.

Jadi di mana salahnya DS Najib, bila tak bertentangan dengan tradisi dan perlembagaan Umno?

Cuma salah di mata Mahathir jer lah ya...🤔🤔🤔



Mahathir sendiri cakap, bila bersara baru dia pulangkan balik semua harta parti, maksudnya tak salahlah DS Najib ikut tradisi Umno dan akan pulangkan semua harta parti bila DS Najib bersara nanti.

Jadi bila DS Najib bersara nanti, dia pulangkanlah harta parti tu balik, apalah Mahathir nie...



Sebenarnya 1MDB dan RM2.6 billion cuma cerita fitnah yang Mahathir reka untuk jatuhkan DS Najib sebab kehendak peribadi dia tak di layan.

Dia berjaya turunkan Pak Lah sebab tak nak sambung projek jambatan bengkok.

Sekali lagi dia cuba buat benda yang sama pada DS Najib.

Tak selamanya apa yang kita hendak akan orang turutkan dan tak semuanyahajat kita Allah s.w.t. akan izinkan.

Pendedahan £65 juta adalah jawapan yang tepat dari langit pada fitnah karut Mahathir pd DS Najib tentang 1MDB dan RM2.6 billion!!!

Friday, April 13, 2018

Jika Sultan pun difitnah dan aniaya Mahathir, apa lagi rakyat marhaen

|1 comments


Berikut adalah bukti penglibatan Tun Dr Mahathir dan kuncu2nya dalam memfitnah Sultan Johor dan menjadikan rakyat marhaen Prebet Adam dan keluarga dianiaya.





Mahathir the Legend adalah penyokong tegar Mahathir yg mana agenda yg dibawa mendapat kelulusan rangkaian Mahathir dan penasihatnya.







Thursday, April 12, 2018

Fitnah 30 Tahun Kuncu Mahathir Terhadap Al Marhum Sultan Iskandar

|1 comments

GEORGETOWN: "Saya minta maaf kepada keluarga Diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana terpalit dengan fitnah yang membabitkan abang saya, Prebet Adam".


Demikian luahan adik Prebet Adam, Hawa Jaafar, 53, yang menafikan adiknya dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail semasa berkhidmat sebagai 'caddy' golf kepada Almarhum.

Beliau berkata, mereka sekeluarga terpaksa menahan malu dan marah selama 30 tahun, kerana tidak dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat dan pihak berkuasa.

"Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adik kami dibunuh Almarhum Sultan.

"Semua adik beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, dua lagi adik Adam iaitu Arina Jaafar dan Arman Jaafar. Adam adalah anak sulung daripada sembilan beradik.

Mengulas lanjut, Hawa yang juga anak kedua daripada sembilan beradik berkata, mereka sekeluarga tidak pernah mengenali seorang pun keluarga kerabat Diraja Johor.

Malah katanya, mereka sekeluarga turut difitnah menerima wang sogokan sebanyak RM10,000 sebulan bagi menafikan perkara terbabit.

"Lihatlah kediaman saya, kami cuma orang biasa. Kami tidak pernah terima sesen pun duit daripada mana-mana pihak untuk nafikan hal ini," katanya yang tinggal di Pangsapuri Taman Desaria Sri Merpati, di sini, hari ini.

Kejadian amuk Prebet Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pernah menggemparkan negara pada 1987 dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Baca Di Sini :

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/411080/keluarga-prebet-adam-mohon-maaf

Tulisan Asal :

Siti Sofia Md Nasir
siti.sofia@bh.com.my

Wednesday, April 11, 2018

Siasat Rafidsh bawah OSA dan Fake News law

|2 comments


Apa ke bala Rafidah mahu kertas kabinet didedahkan hanya kerana tuduhan beliau tentang tanah MINDEF itu salah dan tidak berlaku ketika beliau dlm kabinet.


http://thekl-chronicle.blogspot.my/2018/04/menteri-jawab-fitnah-jijik-rafidah-aziz.html

https://theflyingkick.blogspot.com/2018/04/ratu-ap-melalak-lagi-demi-top-dog-dan.html

Three big lies of Rafidah
https://m.malaysiakini.com/news/419040

Mindef juga telah perjelasksn:

Penjelasan berhubung persoalan dan isu yang dibangkitkan oleh YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz melalui Surat Terbuka kepada PM pada 8 April 2018 khususnya mengenai pemindahan milik tanah Kementerian Pertahanan kepada syarikat swasta.

1. Merujuk kepada kenyataan YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz kononnya terdapat sebuah syarikat yang terdiri daripada tiga individu yang mengawal pelaksanaan projek-projek  mengikut kaedah land swapping oleh Kementerian Pertahanan adalah tidak benar.

2. Selain itu dakwaan beliau kononnya keseluruhan tanah Persekutuan yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan dipindahmilik kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh tiga individu ini juga adalah tidak benar.

3. Secara umumnya, Kementerian Pertahanan telah melaksanakan projek-projek pembangunan melalui pelbagai kaedah termasuklah penswastaan secara land swap. Lantikan syarikat-syarikat yang berjaya adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Setiap projek pembangunan dilaksanakan oleh syarikat yang berlainan dan tidak mempunyai sebarang kaitan di antara satu sama lain.

4. Secara prinsipnya, pelaksanaan projek-projek Kementerian Pertahanan melalui kaedah land swap merupakan mekanisma yang telah digunapakai dalam rangka model kerjasama awam swasta, PPP (Public Private Partnership) yang telah diselaraskan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

5. Setiap projek pembangunan melalui kaedah penswastaan secara land swap yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan perlu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Jawatankuasa Kementerian dan Jawatankuasa UKAS sebelum diangkat kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan prinsip. Setelah kelulusan prinsip diperolehi, cadangan projek pembangunan tersebut perlu mendapat perakuan daripada Jawatankuasa UKAS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah UKAS dan Jawatankuasa Tertinggi Awam Swasta yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KSN. Proses ini melalui pelbagai peringkat dan saringan sebelum dibawa semula ke Jemaah Menteri untuk diteliti satu persatu sebelum kelulusan perlaksanaan.

6. Tanah-tanah Kementerian Pertahanan yang terlibat dengan kaedah land swapping dilaksanakan setelah mendapat persetujuan ‘end user’ seperti Tentera Darat, TLDM dan TUDM. Pertimbangan penempatan kem-kem mengambil kira lokasi strategik, keselamatan kem, kesesuaian dengan tugas-tugas operasi serta keselamatan penduduk sekitar. Oleh itu, kem-kem tersebut perlu ditempatkan semula di kawasan-kawasan yang lebih sesuai.

-Tamat-

UKK MINDEF

Setelah didedahkan Rafidah bukan ahli Kabinet, dia kata dia tersilap dan ianya tahun 2007 ketika dia berada dlm kabinet.

Lalu beliau perlecehkan jawapan MENHAN dan MINDEF lalu menuntut hanya PM jawab.

Sebaiknya tidak dilayan dsn disiasat Rafidah kerana:


When Rafidah Aziz posted the allegations about MINDEF using her own name, it looked really familiar as I had read it before.

Looking back, I discovered that this allegation had been shared on Whatsapp anonymously more than a month before.

The allegations were so ridiculous and far-fetched that I dismissed it outright.

(Both TS Muhyiddin and Shafie were also in cabinet at that time and right up to 2015 so they would have been the first to share it with Mahathir and it would have been a big issue 3 years before Rafidah "exposed" it. And plus, specifics such as what is the company name or who are the three persons that MINDEF had transferred the land to were missing.

And plus, if these were real then various MINDEF employees would have long exposed this)

So I did a search and found that I had received the exact same allegation on 10th March 2018 - a month BEFORE Rafidah posted the same thing and claimed credit for it using her own name.
(If she wants me to show her proof, I can go see her and show her my phone)

Did Rafidah write that previous whatsapp mesage before as a cybertrooper or is she now putting her name to lend legitimacy to these claims now?

Is this because elections are now near that you want to make such allegations (same as the 40k Bangladeshi allegations) since there is less time for the govt to respond?

In any case, MINDEF had denied these ridiculous allegations and said it is all rubbish.

Perhaps Rafidah should give us more proof of her allegations instead of just a bare accusation?

Eric See-To.

Akta Fake News sudah diperkenan YDPA dan berkuatkuasa April 11hb.


Boleh Rafidah disiasat.


Bising pasdl pengswastaan MIndef tapi yg bxnysk2 berikut dia diam:









Monday, April 9, 2018

Manifesto Barisan Nasional - PRU 14

|0 comments


MANIFESTO BARISAN NASIONAL
ADALAH AKUJANJI YANG AKAN DI TEPATI

7hb April 2018, tepat jam 8.45 malam bertempat di Arena Axiata, Pengerusi Barisan Nasional Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak melancarkan manifesto BN untuk PRU 14.

Tonton di sini :


Manifesto yang bertemakan Bersama BN Hebatkan Negaraku terbahagi pada 14 teras utama.

14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14


1. Ekonomi Keperluan Rakyat



》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup.

》Dalam 5 tahun yang akan datang, tumpuan akan di berikan pada meningkatkan kualiti hidup rakyat, pengagihan kemakmuran ekonomi negara dengan lebih sekata terutamanya kepada golongan yang memerlukan seperti B40, pemain industri kecil dan sederhana, petani, nelayan, generasi TN50, warga emas, OKU dan juga warga peneroka Felda.

》Pelepasan cukai pendapatan dari RM5,000 akan di tingkatkan pada RM10,000 ke atas perbelanjaan perubatan ibubapa.


Penjenamaan semula BR1M dengan menambah jumlah pemberian kepada golongan sasaran dan memperkenalkan kategori baru penerima BR1M pasti menjadi berita gembira.

Selanjutnya baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/dompet-rakyat/

2. Kemampanan Dan Kemakmuran Ekonomi Negara




》Di samping menghadapi cabaran ekonomi glibal yang tak menentu, kerajaan BN akan memastikan pertumbuhan ekonomi akan terus berkembang secara konsisten melalui perencanaan ekonomi yang jelas dan tuntas serta beriltizam tinggi.

》Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menjadi tunjang kepada Program Transformasi Negara akan di teruskan dalam segenap kluster dan peringkat.

》Ruang untuk rakyat mendapat akses kepada peluang ekonomi dan pekerjaan berpendapatan tinggi akan kerajaam BN ikhtiarkan dengan bersungguh2.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/3-juta-kerja/

3. Perumahan Keperluan Rakyat



》1 Keluarga 1 Rumah memang menjadi iltizam kerajaan BN bawah pimpinan DS Najib.

》 Program pemilikan rumah yang di perkenalkan sejak 2011 seperti Program Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, Rumah Idaman Rakyat, Perumahan Rakyat 1Malaysia, RUMAWIP, PPA1M, Skim Rumah Pertamaku dan skim MyDeposit akan di teruskan dan di perkemaskan dalam lima tahun yang akan datang supaya matlamat 1 Keluarga 1 Rumah tercapai.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/kediaman-1negaraku/

4. Pemacuan Modal Insan, Kecemerlangan Pendidikan





》Untuk memperkasakan modal insan dalam menghadapi persaingan kreativiti, daya fikiran dan kemahiran di peringkat global, kerajaan BN akan meneruskan pembangunan potensi warga Malaysia dari sekecil 5 tahun dengan mewibawakan sistem pendidikan bermula dari  peringkat rendah dan menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi dengan memperkasakan TVET, mendaya ekosistemkan unuversiti yang dinamik supaya sesuai dengan keperluan  Revolusi Industri 4.0.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/pendidikan-sesuai-masa-depan/

5. Keselamatan Rakyat Keutamaan Kami





》Kemakmuran ekonomi tidak akan dapat di nikmati sekiranya rakyat tidak merasa selamat.

》Kesiapsiagaan pasukan keselamatan dan pihak berkuasa dari sudut teknikal, strategi dan peralatan perlu di pertingkatkan selaras dengan cabaran keadaan semasa.

》Kerajaan BN juga tidak akan melupakan kebajikan mereka dan keluarga mereka bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah mereka lakukan supaya rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/aman-1negaraku/

6. Membahagia Dan Menjayakan Wanita Negara





》Bagi kerajaan BN, wanita adalah aset penting negara.

》Dalam tempoh 5 tahun yang mendatang, kerajaan BN akan terus menyempurnakan ekosistem mesra wanita dan keluarga dalam menentukan wanita Malaysia sebagai insan, ibu, isteri, anak mahupun pemimoin yang bahagia dan berjaya.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/utamakan-ibu-wanita/

7. Generasi Muda Pewaris Masa Hadapan





》Bagi merealisasikan program nasional TN50, kerajaan BN akan membuka seluas mungkin medan buat generasi TN50  melakar masa hadapan yang mereka impikan.

》Peluang dan ruang ekonomi akan terus di buka untuk mereka.

》Kerajaan BN akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan dan penambahbaikan infra khusus serta meluaskannya ke seluruh negara bagi memastikan tiada generasi TN50 yang ketinggalan untuk melangkah ke era Revolusi Industri 4.0.

》Merekalah yang akan membawa dan mengibar panji Malaysia di pentas dunia di masa yang akan datang.

Baca seterusnya di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/tn50/

8. Kesejahteraan Warga Emas Dan Kelainan Upaya




》Dalam membawa negara ke arah TN50, kerajaan BN tidak sekali2 akan meminggirkan warga emas dan juga warga kelainan upaya agar mereka juga sama2 dapat menikmati kemakmuran negara.

》Sebagai warga yang telah banyak menabur bakti kepada negara, kerajaan BN berpendapat sudah sampai masanya agar negara pula mencurahkan bakti kepada mereka sebagai ucapan terima kasih kita kepada mereka.

》Bagi anak2 kelainan upaya, kerajaan BN menyediakan sistem pendidikan Permata Kurnia dan akan di perluaskan ke seluruh negara bagi memastikan tidak ada yang keciciran di dalam mendapat pendidikan.

》Kerajaan juga akan menyediakan pelbagai insentif kepada syarikat yang secara sukarela memberi peluang pekerjaan kepada golongan istimewa ini.

9. Memperkukuhkan Pembinaan Negara Bangsa




》Kerajaan BN percaya pencapaian sesebuah tamadun tidak hanya di ukur dari kemajuan lahiriah sahaja malah diiringi dengan kemajuan ilmu, perkembangan budaya dan ketinggian akal budi sesuatu bangsa.

》Justeru sejak berdekad lama, kerajaan BN telah berusaha membina negara bangsa yang maju serta seimbang di dalam segenap sudut peradaban kehidupan Malaysia.

》Kerajaan BN akan memastikan keadilan kepada semua termasuk warga Malaysia yang berada di Sabah dan Sarawak.

》Hak-hak Sabah dan Sarawak di bawah perjanjian Malaysia 1963 akan di realisasikan secara konsensus.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/senyum-sabah-dan-sarawak/

10. Mengutamakan Kesejahteraan Sosial Dan Kualiti Hidup Rakyat




》Kerajaan BN percaya bahawa kesejahteraan hidup warga Malaysia adalah paksi terpenting dalam strategi pembangunan negara.

》Perlu ada usaha berterusan untuk menilai elemen kesejahteraan rakyat melalui perspektif ekonomi dan sosial.

》Ianya merangkumi aspek kebudayaan, alam sekitar, keharmonian keluarga, tadbir urus, kesihatan, perumahan, pengagihan pendapatan, keselamatan awam, penyertaan sosial dan persekitaran kerja.

Baca selanjutnya di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/hidup-sihat/

11. Membina Infra Rakyat Dan Meningkatkan Kesalinghubungan




》Untuk memastikan pembangunan yang lebih sekata, bermula dari tahun 2009, kerajaan BN telah mula melaksanakan 13 projek infrarakyat di seluruh negara.

》Bagaimanapun projek infra keperluan rakyat seperti jalan2 kampung, jambatan, mampu jalan dan pembentungan tidak di pinggirkan.

》Projek2 ini mungkin berskala kecil namun memberi munafaat yang besar kepada rakyat.

Baca selanjutnya di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/pengangkutan-futuristik/

12. Memperkukuh Agenda Bumiputera Dan Mempertahankan Kesyumulan Islam




》Barisan Nasional merupakan sebuah perikatan politik yang meraikan kepelbagaian kaum, etnik dan agama.

》Walau pun kepentingan Islam dan Bumiputera termaktub dengan jelas dalam Perkara 153 namun kerajaan BN tidak pernah menindas apa lagi menzalimi mana2 kaum dan agama di Malaysia.

》Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus di pelihara tanpa menjejaskan hak dan kebebasan agama2 lain.

》Dasar ini akan kita teruskan demi memupuk keharmurnian kehidupan pelbagai kaum di Malaysia.

13. Tadbir Urus Yang Baik Dan Penyertaan Rakyat



》Kerajaam BN percaya di dalam memenuhi kehendak masyarakat madani di bawah konsep  Baldatun Toiyibatun Wa Rabbu Ghafur, penyertaan rakyat dalam membantu kerajaan membuat keputusan adalah mustahak.

》Zaman di mana kerajaan mengetahui segala2nya sudah berlalu.

》Beberapa akta telah di mansuhkan demi untuk membuka ruang kepada demokrasi.

》Namun keterbukaan ini WAJIB berlandaskan kepada kebenaran dan kebertanggungjawaban.

Baca di sini :

https://www.barisannasional.org.my/manifesto/perkasa-digital/

14. Meraikan Perbezaan Merapatkan Jurang




》Kerajaan BN sentiasa percaya pada kerjasama dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

》Dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak, kerajaan BN percaya keadilan sosial, ekonomi dan pembangunan akan mengeratkan hubungan sesama kita.

》Atas semangat itu, kerajaan BN telah dan akan terus melakukan pelbagai inisiatif untuk merapatkan jurang ekonomi demi mengutuhkan pembangunan keharmonian rakyat berbilang kaum, agama dan rentas geografi.


fda