Sangat menghairankan bila sekumpulan ahli politik dari kelompok pembangkang berhimpun di luar Istana Negara dengan niat untuk mengadap DYMM SPB YDP Agong bagi menyampaikan satu memorandum supaya SPB YDP Agong mengeluarkan titah untuk tamatkan darurat.
Admin memang sangat-sangat setuju, sekiranya SPB YDP Agong dapat menitahkan supaya darurat ditamatkan.
Tapi apa yang admin tidak setuju ialah cara sekelompok Ahli Parlimen pembangkang mendesak baginda YDP Agong, lebih-lebih lagi bila perhimpunan di luar Istana Negara itu disertai oleh Dr Mahathir yang sudah 2 kali menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai pemimpin otai yang sudah 2 kali menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sudah pasti amat arif dengan protokol Istana Negara.
Dr Mahathir pasti tahu, sesiapa sahaja yang mahu mengadap SPB YDP Agong, perlulah mengutus surat memohon perkenan untuk mengadap dahulu dan sekiranya baginda YDP Agong memberi perkenan, barulah pihak Istana Negara akan menetapkan tarikh dan masa untuk mengadap.
Mana boleh hendak mengadap SPB YDP Agong, Dr Mahathir main serbu dengan berhimpun di hadapan Istana Negara.
Perhimpunan beramai-ramai di luar Istana Negara pasti akan memberikan imej yang buruk terhadap Institusi SPB YDP Agong dan mengundang persepsi seolah-olah negara berada dalam keadaan huru-hara.
Ini akan menakutkan lagi pelabur asing, sama ada yang mahu melabur atau yang sudah melabur di Malaysia.
Yang akan terasa kesannya ialah rakyat marhaen, sudahlah perkerjaan susah nak dapat sekarang nie, kalau pelabur asing lari atau takut nak masuk, pasti akan memburukkan keadaan.
"Orang Melayu mula menunjukkan rasa marah kepada Istana gara-gara pelaksanaan darurat."
"Segalanya diletak di bahu Agong (seolah-olah) apa jua tindakan dikatakan atas arahan Agong."
"Orang Melayu biasanya tidak derhaka pada Raja."
"Tapi sekarang ini terpaksa sampaikan pada setiausaha sulit (kepada Yang di-Pertuan Agong) bahawa orang Melayu mula rasa marah pada Raja."
Jelas Dr Mahathir berbohong dengan mengeluarkan kenyataan begitu.
Apakah Dr Mahathir boleh buktikan dakwaan beliau itu?
Orang Melayu sekarang tidak sama dengan orang Melayu sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dulu.
Orang Melayu sekarang sangat-sangat memahami perlembagaan kerana sudah celik matanya dan sudah terbuka luas telinganya.
Kemarahan orang Melayu adalah kepada regim Mahiaddin dan bukannya kepada SPB YDP Agong.
Cuba buka dan bandingkan antara 'page' Istana Negara dengan 'page' Mahiaddin atau sekutu beliau di dalam Facebook.
Ini menunjukkan orang Melayu masih lagi menghormati dan menyayangi SPB YDP Agong dan Institusi Raja Raja Melayu.
Malah telah 2 lapuran polis di buat supaya Dr Mahathir disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendakwa orang Melayu sudah marah dengan Institusi Raja Raja Melayu.
Apa yang lebih menarik, salah satu lapuran polis itu dibuat oleh rakyat Malaysia yang berbangsa Cina!!!
Baca di sini :
Jadi Dr Mahathir janganlah cuba mewujudkan konflik antara orang Melayu dan Institusi Raja Raja Melayu.
Bernafsu mahu menjadi Perdana Menteri kali kedua, Dr Mahathir gunakan alasan rakyat minta beliau kembali aktif dalam politik.
Bernafsu untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, Dr Mahathir gunakan alasan yang sama, rakyat yang mahukan beliau.
Baca di sini :
Jadi tidak perlulah Dr Mahathir cuba hendak memainkan watak pembawa suara rakyat kepada Istana Negara, kononnya kerana mahu menyelamatkan Institusi Raja Raja Melayu.
Mungkin atas faktor usia, Dr Mahathir sudah terlupa apa yang beliau pernah lakukan terhadap Institusi Raja Raja Melayu tetapi orang Melayu TIDAK sekali-kali akan melupakan apa yang pernah Dr Mahathir buat ke atas raja mereka.
Yang sepatutnya diberikan tekanan ialah Mahiaddin dan bukannya Institusi SPB YDP Agong.
SPB YDP Agong hanya akan menamatkan Proklamasi Darurat setelah baginda mendapat nasihat dari Jawatankuasa Khas Bebas yang dipengerusikan oleh Mahiaddin.
Baca di sini :
Dan sepatutnya Khalid Samad dan Dr Mahathir bawa pengikut-pengikut setia mereka berhimpun di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dan bukannya Istana Negara.
Sebenarnya antara Dr Mahathir, Mahiaddin dan pemimpin Pakatan Harapan, mereka semua sama sahaja, suka menimbulkan ketidakstabilan politik demi untuk mendapat kuasa tanpa pernah memikirkan kesan yang akan dirasai oleh rakyat dan negara.
Janganlah kita tertipu lagi.
0 comments:
Post a Comment