Friday, March 12, 2021

Kalau Kalimah ALLAH Pun Tak Mampu Di Pertahankan, Tak Payah Sembang Pasal Penyatuan Ummah!!!


Akhirnya usaha yang telah dilakukan sejak tahun 2008 untuk membenarkan penganut ugama Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam penulisan mereka telah menjadi realiti di bumi Malaysia.


Malah, selain membuat keputusan tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi, Nor Bee Ariffin, turut membenarkan penganut ugama Kristian untuk menggunakan kalimah BAITULLAH, KAABAH dan SOLAT dalam penulisan mereka.

Tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut ugama Kristian telah difailkan oleh Jill Ireland Lawrence Bill, seorang paderi wanita dari keturunan suku kaum Melanau, Sarawak, di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. 

Memeranjatkan, memang memeranjatkan.

Lebih memeranjatkan lagi, Mahkamah Tinggi juga turut membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1986 yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan ugama Kristian dengan arahan ianya tidak berperlembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam hujah penghakiman beliau, Nor Bee Ariffin mengatakan arahan oleh KDN pada 1986 adalah menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

Beliau juga berhujah penggunaan perkataan ALLAH, BAITULLAH, KAABAH dan SOLAT tidak akan mengganggu ketenteraman awam.

Apakah implikasi jangka panjang yang akan berlaku kepada masyarakat Islam di Malaysia nanti :

1. Apabila telah ada 'precedent' keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH, BAITULLAH, KAABAH dan SOLAT pada tulisan dakwah penganut ugama Kristian, ini akan membuka ruang untuk penganut ugama yang lain menuntut hak yang sama dalam mahkamah.

Bagaimana kesucian ugama Islam boleh terus terpelihara di bumi Malaysia apabila penganut ugama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain ugama turut menamakan tuhan mereka dengan nama ALLAH, menamakan sembahyang mereka di gereja dan kuil dengan SOLAT, menamakan sembahan mereka dengan nama BAITULLAH?

2. Anak-anak kita akan menjadi keliru mengenai perbezaan antara ugama Islam dengan ugama yang lain.

Pendakwah mereka boleh mendakwa tidak ada sebarang perbezaan antara ugama Islam dengan ugama lain.

Kalau penganut ugama Islam menyembah ALLAH, mereka juga menyembah ALLAH, kalau penganut ugama Islam SOLAT lima kali sehari, mereka juga SOLAT tapi dengan cara yang lebih ringkas, kalau penganut ugama Islam solat menghadap BAITULLAH, mereka juga berniat solat dengan menghadap BAITULLAH, kalau penganut ugama Islam mempunyai kitab suci Al-Quran, mereka juga mempunyai kitab suci dan tidak ada perbezaan mengenai tuhan yang disembah antara kitab suci Al-Quran dengan kitab mereka.

Kita bimbang, apakah selepas ini akan ada pula usaha untuk menghalalkan murtad di kalangan umat Islam dengan menggunakan peruntukan perlembagaan yang sama?

Yang sangat menghairankan kita, setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Zulkifli.



Satu-satunya kenyataan yang dikeluarkan oleh Perikatan Nasional ialah melalui Kementerian Dalam Negeri, yang akan 'menyemak' semula keputusan mahkamah.

Kalimah ALLAH, SOLAT, KAABAH dan BAITULLAH sudah dicabuli tapi Hamzah Zainuddin baru mahu menyemak semula!!!

Apakah Peguam Negara tidak menasihati Muhyiddin dan KDN dalam perkara ini?

Apakah Peguam Negara tidak menasihati SPB YDP Agung mengenai perkara ini?

Mana perginya Ketua Hakim Negara yang beragama Islam?

Kalimah ALLAH, SOLAT, KAABAH dan BAITULLAH adalah perkataan Arab dan kerana Nabi Muhammad SAW adalah keturunan Arab, maka kalimah ALLAH, SOLAT, KAABAH dan BAITULLAH adalah sinonim dengan ugama Islam.

Jadi apa rasional mereka mahu menggunakan keempat-empat kalimah itu?

Apakah muslihat sebenar mereka mahu menggunakan kalimah ALLAH, SOLAT, KAABAH dan BAITULLAH dalam risalah dakwah mereka?

Sebelum ini, tidak ada walau satu perkataan ALLAH, SOLAT, KAABAH dan BAITULLAH dalam kitab mereka.

Di Malaysia, yang sinonim dengan kalimah ALLAH, SOLAT, KAABAH dan BAITULLAH hanyalah masyarakat Melayu Islam.

Apakah kita masih tidak nampak muslihat sebenar mereka?

Benar, undang-undang Indonesia membenarkan perkara yang sama, tapi lihatlah keadaan umat Islam di sana.

Penganut Islam boleh berkahwin dengan penganut Kristian, fahaman Islam Liberal, Syiah dan Wahabi berleluasa di Indonesia.

Mana perginya ARMADA?

Kenapa tidak ada kenyataan rasmi dari PPBM?

Hanya UMNO dan PAS melalui kenyataan Muafakat Nasional sahaja yang mengeluarkan kenyataan mahu keputusan itu di bawa ke peringkat Mahkamah Rayuan.

Apa alasan PPBM membisu dalam isu yang cukup serius ini?

Kerana PPBM adalah sebahagian dari kerajaan, apakah UMNO dan PAS bukan sebahagian dari kerajaan sekarang?

Atau PPBM takut bersuara kerana tidak mahu menyinggung perasaan pengundi Cina dan India?

Apakah menjaga hati pengundi jauh lebih penting dari mempertahankan kesucian kalimah ALLAH, SOLAT, KAABAH dan BAITULLAH???

Atau memang ada kerjasama tersembunyi antara PPBM dan DAP kerana 2 hari sebelum keputusan mahkamah itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ada memperlekehkan undang-undang larangan murtad di kalangan umat Islam di Malaysia.

Ini adalah isu yang sangat serius!!!

Kalau kalimah ALLAH, BAITULLAH, KAABAH dan SOLAT pun tidak mampu dipertahankan oleh Perikatan Nasional, tak payahlah nak bersembang pasal penyatuan ummah di Malaysia.

Kerana terbukti ianya hanyalah retorik politik yang hanya mahukan kemenangan di peti undi, sedangkan apa yang akan berlaku kepada masyarakat Melayu Islam selepas itu, sudah tidak menjadi urusan mereka lagi!!!

0 comments:

fda

Archives