Friday, December 4, 2020

Orang Nombor 1 Dan Nombor 2 PPBM Bergelut Untuk Kekalkan Kuasa, Tapi PPBM Masih Bernafsu Besar


Kalau di peringkat pusat, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, bergelut dalam menghadapi pengundian Bajet 2021 dan usul undi percaya serta usul undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat, di peringkat negeri Perak pula, Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja), menghadapi kekalutan yang sama bila Speaker DUN Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid, telah membenarkan usul undi percaya yang dikemukakan oleh ADUN Pengkalan Baharu, Abd Manaf Hashim, dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat dan akan dibahaskan pada sidang DUN Perak pada Jumaat ini, 4 Disember 2020.

Kalau Presiden PPBM yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini hanya mempunyai kelebihan sokongan 2 Ahli Parlimen dari 220, dari 113 Ahli Parlimen (ditolak dengan 1 Ahli Parlimen blok kerajaan yang meninggal dunia), berbanding dengan blok pembangkang yang mempunyai sokongan 107 Ahli Parlimen (ditolak dengan kematian 1 Ahli Parlimen), majoriti mudah di dalam Parlimen ialah 111 sokongan Ahli Parlimen.


Peja pula hanya mempunyai kelebihan sokongan 3 ADUN, dari 33 ADUN di blok kerajaan dan blok pembangkang pula mempunyai sokongan 26 ADUN.

Majoriti mudah yang diperlukan oleh PPBM untuk mengekalkan kuasa PPBM dan Peja sebagai Menteri Besar Perak ialah sokongan minima 30 ADUN dari jumlah keseluruhan seramai 59 ADUN Perak.

Secara dasarnya, kalau berlaku undi percaya atau tidak percaya, sama ada ke atas Presiden PPBM, Muhyiddin dalam Dewan Rakyat atau ke atas Timbalan Presiden PPBM, Peja dalam Dewan Undangan Negeri Perak, PPBM memerlukan sokongan padu dari kesemua Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak yang berada di blok kerajaan untuk mengekalkan Presiden dan Timbalan Presiden mereka sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak.

Masaalah terbesar yang dihadapi oleh PPBM untuk mengekalkan Presiden mereka sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Presiden mereka sebagai Menteri Besar ialah PPBM merupakan parti picisan dalam gabungan parti politik yang membentuk kerajaan.

PPBM memerlukan sokongan dari Barisan Nasional yang mempunyai 43 Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat dan 25 ADUN Perak di peringkat Dewan Undangan Negeri Perak.

Seharusnya, sebagai pihak yang lebih memerlukan, PPBM sepatutnya menghormati Barisan Nasional/UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai kuasa untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat pusat dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat negeri Perak pada bila-bila masa.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya.

Sikap angkuh PPBM terhadap UMNO telah menimbulkan pergeseran dalaman.

Tidak perlu admin ulas dengan panjang lebar apa yang telah dilakukan oleh PPBM terhadap UMNO di peringkat pusat hingga beberapa kali menimbulkan ketegangan hubungan antara UMNO dan PPBM.

Namun ramai yang tidak mengetahui, di peringkat negeri Perak, pergeseran yang serius bermula dari Pilihanraya Kecil Slim yang lepas.

Walau pun kebersamaan berada di blok kerajaan sudah wujud, namun sikap biadab yang menaburkan borang keahlian PPBM ketika pihak jentera pilihanraya UMNO dan PAS sedang berkempen adalah satu sikap yang sangat tidak bertanggungjawab.


Walau pun telah ditegur dan diberikan sindiran pedas oleh Presiden UMNO sendiri, namun kebiadapan PPBM masih tetap diteruskan dengan mengedarkan borang keahlian PPBM di kawasan kubu kuat UMNO.

Apakah motif mereka lakukan demikian?

Di manakah kejujuran dan keikhlasan PPBM dalam menjalinkan kerjasama?

Sekiranya PPBM gagal mempertahankan Presiden atau Timbalan Presiden PPBM tumbang dari jawatan Perdana Menteri atau Menteri Besar, secara moralnya, PPBM sudah tidak layak memimpin Perikatan Nasional.


Sedang orang nombor 1 dan nombor 2 berhempas pulas cuba untuk mengekalkan kuasa, namun beberapa pemimpin setahun jagung PPBM terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan keangkuhan dan kebodohan mereka di dalam politik.

PPBM mesti sedar, dari sudut saiz parti dan kualiti pemimpin, PPBM tidak akan mampu untuk melawan UMNO.

Keahlian PPBM di peringkat akar umbi PPBM baru mencecah 160,000 orang ahli, manakala keahlian akar umbi UMNO sudah mencecah 3.2 juta ahli.

Kekuatan UMNO berada di akar umbi, dalilnya, selepas tewas di PRU 14, tidak ada satu cawangan, apa lagi bahagian UMNO yang ditutup kerana meninggalkan UMNO, malah akar umbi UMNO yang berkerja siang dan malam untuk terus memperjuangkan parti keramat orang Melayu ini.

Manakala kekuatan PPBM hanyalah di peringkat kepimpinan tertinggi, lebih tepat lagi kerana Presiden PPBM menjawat jawatan Perdana Menteri, tanpa jawatan Perdana Menteri, PPBM sudah lama berkubur.

Namun PPBM tiada pelapis yang mampu menggantikan Muhyiddin, manakala pemimpin PPBM di peringkat pusat hanya mempunyai pengalaman setahun jagung, baik dari sudut kepimpinan, mahu pun dari sudut berpolitik.

Kalau benar PPBM ikhlas mahu satukan parti-parti Melayu dengan alasan penyatuan masyarakat Melayu Islam, buanglah sifat khianat dan angkuh PPBM, kalau tidak, bersedialan menghadapi penolakan dan tentangan dari UMNO.

Sedarlah, apa yang dilakukan oleh PPBM ke atas UMNO selama ini, ibarat mengganggu seekor harimau luka yang sedang berehat.

Jangan salahkan harimau kalau dia mengamuk!!!

0 comments:

fda

Archives