Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin mengumumkan semua rakyat Malaysia yang ada pinjaman bank akan diberi moratarium bayaran atau penangguhan bayaran balik kepada bank selama 6 bulan bermula dari bulan April 2020 hingga bulan September 2020 (BACA DI SINI).
Tujuan kerajaan memberikan moratarium bayaran balik pinjaman selama 6 bulan adalah untuk membantu meringankan beban rakyat yang kehilangan pendapatan secara total sepanjang tempoh PKP.
Maksudnya, penangguhan bayaran balik pinjaman bank itu akan di bawa kehadapan dan tempoh bayaran balik pinjaman akan ditambah selama 6 bulan.
Senang cerita, peminjam tidak perlu bayar apa-apa sepanjang tempoh 6 bulan moratarium bayaran balik diberikan dan tidak ada faedah tambahan atau tindakan undang-undang yang akan dikenakan oleh pihak bank kepada peminjam.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrol sendiri sudah menyatakan perkara ini dengan jelas.
Tapi sangat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan rakyat bila Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan faedah tambahan akan dikenakan ke atas moratarium bayaran balik selama 6 bulan (BACA DI SINI).
Dalam bahasa Ah Long yang mudah :
"Ini 6 bulan tara bayar pokok, tak apa, tapi itu gua punya untung, mesti mahu bayar."
Faedah selama 6 bulan itu akan ditambahkan dalam bayaran balik bulanan peminjam kepada bank.
Kenyataan dari BNM jelas bertentangan dengan tujuan kerajaan memberikan monatarium bayaran balik bulanan, malah ianya juga bertentangan dengan kenyataan yang BNM sendiri keluarkan sebelum itu.
Apa atau siapa yang menyebabkan Gabenor BNM, Nor Shamsiah membuat kenyataan yang berbelit-belit?
Lebih mengejutkan bila rakyat mengetahui faedah tambahan itu hanya dikenakan ke atas pinjaman bank dan tidak kepada pinjaman sewa beli.
Seperti yang dinyatakan oleh DS Najib, keputusan BNM itu hanya menguntungkan pihak bank dan golongan T20 dan akan terus menekan golongan B40 dan M40 yang teruk terjejas dalam tempoh PKP (BACA DI SINI).
Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh pula menyatakan, dalam saat susah begini, BNM sepatutnya berada bersama-sama rakyat dan bukannya terus menekan rakyat yang dalam kesusahan (BACA DI SINI).
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul sendiri sudah meminta sekali lagi supaya bank menghapuskan semua faedah selama 6 bulan di sepanjang tempoh moratarium di berikan kepada peminjam (BACA DI SINI).
Tetapi jelas kepada kita, Gabenor BNM, Nor Shamsiah lebih memikirkan masaalah golongan kapitalis dan bagaimana caranya untuk memberikan keuntungan berganda kepada bank daripada kesempitan rakyat.
Apakah Nor Shamsiah masih lagi mahu berdegil dan membantah keputusan dan seruan yang dibuat oleh kerajaan atau akan membuat U-Turn sekali lagi untuk akur kepada keputusan kerajaan?
Kalau beliau masih lagi mahu mempertahankan keputusan yang beliau buat, maka kerajaan melalui Kementerian Kewangan mesti panggil beliau untuk berikan sedikit tazkirah.
Jelaslah pada kita, Nor Shamsiah berwatak Ah Long yang cuma fikirkan untung!!!
0 comments:
Post a Comment