Saturday, October 19, 2019

Hubungan 3 Penjuru Antara DAP, LTTE Dan Zionis Yahudi


Umum mengetahui bahayanya LTTE ini yang mengganas dengan tujuan untuk mewujudkan negara Tamil berasingan di utara dan timur Sri Lanka...

Tapi ramai yang tak tahu bahawa pengganas LTTE ini juga memiliki hubungan erat dengan Zionis Israel...

Ibarat cinta 3 segi, hubungan DAP-LTTE dan LTTE-Israel ini bukan hubungan 'bisher-bisher'...


Bekas pegawai khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman, pernah mendedahkan tentang hubungan DAP dengan Israel...

Walau pun selepas beberapa tahun Mohamed Razali membuat pendedahan, hingga ke hari ini, dari DAP menjadi pembangkang hingga kini DAP menjadi kerajaan di peringkat pusat, tidak ada apa-apa saman, pendakwaan apa-apa hukuman oleh Mahkamah Malaysia ke atas Mohamed Razali, meski pun DAP pernah mengatakan akan mengambil tindakan undang-undang...

Hubungan 3 penjuru antara DAP-LTTE-Zionis bukanlh sesuatu yang boleh dipandang ringan...


Victor Ostrovsky, bekas pegawai perisikan Israel, Mossad, mendedahkan hubungan Israel dengan pengganas LTTE ini melalui saluran 'Indian Abroad' beliau memaklumkan bahawa Mossad melatih ramai kader LTTE...


Antara karya Victor Ostrovsky ialah 'By Way of Deception : The Making of a Mossad Officer'...


Wartawan veteran Sri Lanka, Latheef Farook juga mengarang artikel tentang hubungan LTTE dengan Israel di mana beliau mengatakan bahawa Sri Lanka (ketika itu di bawah pimpinan Rajapaksa) gagal untuk mengesan latihan Mossad Israel kepada kader LTTE...

DAP sebagai parti yang mendominasi Pakatan Harapan pula didedahkan menerima dana sebanyak RM1.2 bilion (USD300 juta) daripada Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman...

Kegagalan DAP mengambil tindakan undang-undang dan menjawab secara tuntas pendedahan oleh bekas pegawai khas Lim Guan Eng itu, sehingga kini akan mengesahkan tentang hubungan DAP dan Israel...

Ada 3 pendedahan serius yang dilontarkan oleh Mohamed Razali tentang hubungan DAP dan Israel :


》Mohamed Razali mendakwa DAP menerima dana PRU Ke-13 sebanyak RM1.2 bilion (USD300 juta) dari Israel...

》Mohamed Razali turut mendedahkan seramai 17 pemimpin DAP dilatih oleh pakar perisikan Israel untuk menjadi pakar strategi, malah Mohamed Razali sendiri antara yang menjalani latihan tersebut...

Mohamed Razali juga turut mendedahkan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Guan Eng, kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan Mohamed Razali sendiri antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut...

》Implikasi dakwaan Mohamed Razali, kapal selam Israel akan dibenarkan berlabuh secara rahsia di Malaysia khususnya di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya...


Terbaru pada April 2019, Senator DAP Nga Hock Cheh, secara terbuka menyeru kerajaan Pakatan supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dan membuka pejabat kedutaan di Israel (BACA DI SINI)...

DAP Perak pernah menyelar bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin kerana tidak membenarkan 2 atlet Israel untuk masuk beraksi dalam kejohanan luncur angin di Langkawi pada 2015...

Dalam kes hubungan DAP-LTTE pula, reaksi melampau dua pemimpin DAP iaitu P. Ramasamy dan Lim Guan Eng juga agak mengejutkan...


Dengan bongkak, Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy, mencabar pihak berkuasa untuk menangkapnya di bawah SOSMA 'kalau berani'!!!

P. Ramasamy bahkan mengatakan beliau akan mendesak kerajaan Pakatan untuk bebaskan kesemua 7 individu yang ditahan PDRM kerana menyokong kumpulan pengganas LTTE...

Lim Guan Eng pula melangkaui kuasa PDRM apabila mengeluarkan kenyataan jaminan 'tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan polis'...

Seharusnya, DAP wajib menghormati pasukan keselamatan dan perisikan negara...

DAP kini bukan lagi parti pembangkang, sebaliknya parti kerajaan...


Sesungguhnya, pendedahan hubungan pemimpin DAP dengan pengganas LTTE ini wajib ditangani dengan komprehensif dan strategik, kerana ia melibatkan sokongan ideologi, bukan sekadar hubungan peribadi yang normal...

Demi menghormati institusi keselamatan negara, serta memelihara keharmonian rakyat, DAP wajar memecat pemimpinnya yang jelas terlibat menyokong atau mempromosi pengganas LTTE...

Begitu juga dalam kes hubungan DAP-Israel, segala sumber kewangan asing DAP perlu dibuktikan bebas daripada dana RM1.2 bilion dari Israel seperti mana didedahkan Mohamed Razali...

Hal ini cukup kritikal kerana peranan Israel khususnya Mossad dalam menggugat kestabilan dan keamanan Sri Lanka sudah jelas terbukti...

Maka amat wajar risiko sama dalam konteks Malaysia diambil kira...

Sebagai kerajaan yang berkuasa saat ini, Pakatan Harapan wajib bertindak tegas dalam menangani dan mencegah hubungan sulit tiga segi antara DAP-LTTE-Israel ini demi keselamatan negara...

Berpesan-pesanlah dengan amaran pepatah Melayu ini :

Jangan menjadi kambing yang menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya...





Dari tulisan asal :

Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

0 comments:

fda

Archives