Saturday, September 21, 2019

Kongres Maruah Melayu Yang Akan Terus Membaruahkan Melayu


Sebaik saja selesai Himpunan Penyatuan Nasional selesai, tiba-tiba parti Bersatu umumkan akan diadakan Kongres Maruah Melayu...

Dari maklumat yang diterima, dikatakan dalam kongres tu nanti Dr. Mahathir akan sampaikan amanat pada bangsa Melayu...

Ironic, Dr. Mahathir yang dijadualkan sampaikan amanat pada bangsa Melayu adalah orang yang paling kuat menghina dan memperlekehkan bangsa Melayu (BACA DI SINI)...


Apa yang Dr. Mahathir tak kata pada bangsa Melayu, pemalas, pengkhianat, tidak jujur, tidak boleh dipercayai dan bermacam- macam lagi...

Maruah Bangsa Melayu Yang PPBM 'Pertahankan' Selama Ini


Secara tiba-tiba, Bersatu cuba menonjolkan imej sebagai hero penyatuan Melayu...

Secara tiba-tiba, Bersatu cuba menjadi pejuang kepada maruah bangsa Melayu...

Benarkah begitu?


Bersatu mempunyai pemimpin yang berada dipuncak kuasa di Malaysia iaitu Dr. Mahathir, Perdana Menteri...


Bersatu mempunyai pemimpin yang boleh mengambil tindakan pantas dan tegas bila bangsa Melayu dizalimi, iaitu Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri...


Bersatu mempunyai pemimpin yang boleh memperkasakan remaja dan pemuda bangsa Melayu, iaitu Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan...


Bersatu mempunyai pemimpin yang boleh menyemai semangat cintakan bangsa Melayu kepada generasi pelapis bermula dari sekolah rendah hingga ke universiti, iaitu Dr. Maszlee, Menteri Pendidikan...


Bersatu mempunyai pemimpin yang mampu membantu, membimbing usahawan-usahawan kecil Melayu untuk memperkukuhkan ekonomi bangsa Melayu, iaitu Redzuan atau Pak Wan Kereta Terbang, Menteri Pembangunan Usahawan...

Pendek kata, Bersatu sebagai parti bangsa Melayu mempunyai kuasa yang cukup untuk memperkasakan bangsa Melayu dalam semua sudut supaya bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah...

Mari kita imbas kembali sejarah 'sumbangan' Bersatu dalam 'usaha' mempertahankan maruah bangsa Melayu :

Kes Rusuhan Di Kuil Sri Mariamman, Subang Jaya


Punca utama rusuhan ialah kerana 'posting' dalam FB seorang Exco kerajaan Negeri Selangor, Ganabatirau, yang memainkan sentimen perkauaman...

Beliau menuduh sekumpulan pemuda Melayu Islam telah menyerang Kuil Sri Mariamman (BACA DI SINI)...

Akibatnya, berlaku rusuhan dan rakyat Malaysia menyaksikan gugurnya anak bangsa yang bernama Allahyarham Mohd. Adib yang mahu memberikan bantuan sebagai anggota Bomba dan Penyelamat kepada mangsa rusuhan di kuil Sri Mariamman...

Apa tindakan yang telah diambil kepada Ganabatirau yang biadab itu?

TIADA!!!

Apakah keluarga dan Allahyarham Mohd. Adib sudah mendapat keadilan? (BACA DI SINI)...

TIDAK!!!

Bangsa Melayu difitnah sebagai bangsa tak bertamadun kerana menyerang kuil agama penganut Hindu, Allahyarham Mohd. Adib yang tidak bersalah telah terkorban...

Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir dan Menteri Dalam Negeri,  Muhyiddin Yassin?

SENYAP!!!

Di Mana Pemimpin Bersatu Ketika Orang Melayu Di Halau Keluar Dari Rumah Macam Anjing?


Ketika orang Melayu dihalau keluar dari rumah, tanah mereka dirampas, rumah mereka dirobohkan dari tanah milik mereka seperti yang terjadi di Tanah Wakaf Abdul Cauder, PPR Taman Manggis dan terbaru di Paya Jaras, dimanakah pemimpin-pemimpin Melayu Bersatu yang kononnya mahu menganjurkan Kongres Maruah Melayu?

Adakah mereka dengar tangisan anak bangsa mereka?

Adakah mereka dengar rintihan hati anak bangsa mereka?


Tidakkah tersentuh hati mereka bila melihat maruah peribumi diletakkan di bawah tapak kaki bangsa Cina DAP?

Adakah ketika itu mereka fikirkan tentang maruah bangsa mereka?

Di Manakah Pemimpin Bersatu Ketika Harta Orang Melayu Di Jual Oleh DAP?


Ketika harta bangsa Melayu dijarah dan dilelong sewenang-wenangnya oleh DAP (BACA DI SINI), adakah pemimpin-pemimpin Bersatu ini fikirkan tentang maruah bangsa Melayu!!!

Apakah ketika itu pemimpin-pemimpin Bersatu yang mahu menganjurkan Kongres Maruah Melayu tidak sedar maruah bangsa Melayu sedang diinjak-injak dengan tapak kaki oleh bangsa DAP?

Apakah mereka tidak tahu, bangsa yang tiada harta di tanah air mereka sendiri akan dipandang bangsat oleh bangsa lain?

Mengapa ketika itu mereka tidak terfikir untuk mengadakan Kongres Maruah Melayu?


Lebih memualkan, bila Dr. Mahathir yang dikatakan akan menyampaikan amanat pada bangsa Melayu, turut sama, malah lebih rakus dari DAP dalam menjarah harta bangsa Melayu (BACA DI SINI)...

Sudah-sudahlah memperalatkan bangsa sendiri untuk kepentingan peribadi...

Kami bangsa Melayu sudah muak dengan permainan Dr. Mahathir dan konco-konconya...


Ketika mereka tersepit dan terhimpit, mereka akan datang pada bangsa Melayu tapi selepas itu, bangsa Melayu akan dibiarkan dan bukan setakat itu, malah dicaci dan dihina dengan semahu-mahunya...

Hakikatnya, Kongres Maruah Melayu hanyalah kerana takutkan kehilangan sokongan bangsa Melayu yang secara keseluruhannya memberikan sokongan tidak berbelah bagi pada penyatuan ummah anjuran UMNO dan PAS...


Malah Himpunan Penyatuan Ummah dijenamakan semula sebagai Himpunan Penyatuan Nasional kerana mendapat sokongan hangat dari kalangan bukan Melayu...

Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia merasa yakin dan menaruh harapan kepada Penyatuan Nasional yang digerakkan oleh UMMO dan PAS kerana mereka nampak ada sinar harapan yang baru untuk mereka...

Kepada Pakatan Harapan khususnya Bersatu dan DAP, 'nikmatilah' detik-detik akhir kekuasaan kamu kerana kami yakin, bila tiba masanya, In Sya Allah, pertolongan Allah SWT akan tiba untuk menjatuhkan regim Pakatan Harapan yang sangat zalim!!!

0 comments:

fda

Archives