Thursday, January 5, 2017

Tahniah SPRM tahan KSU


Tahniah SPRM!


Tahniah kerana berani dan berjaya menangkap seorang berpangkat sangat tinggi dalam kerajaan.

KSU boleh lebih berkuasa dan berpengruh dari Menteri. Cuma orang ramai saja tidak tahu dan faham akan kuasa-kuassa mereka.

Bukan mudah untuk SPRM tangkap seorang KSU kerana KSU-KSU ini yang sebenar menguasai kerajaan. Rakan-rakan KSU lain bantu membantu sesama kumpulan KSU-KSU yang sering digelar PTD Mafia.

Perjawatan, gaji, bajet, dan pangkat dalam SPRM termasuk organisasi SPRM itu sendiri juga tertakluk bawah kuasa KSN/KSP/KP JPA/KSU.

Ahli politik dan Menteri yang rasuah tidak akan dapat menyamun mana-mana organisasi kerajaan jika KSU dan pegawai-pegawai kerajaan tak turut sama. Sering kali, ahli politik dapat sikit dan ini pun untuk urusan politik dan rakyat. Pegawai kerajaan yang dapat lebih dan selalu.

KSU yang ditangkap adalah Dato Arif Abdul Rahman dari KKLW. Dia baru naik jadi KSU dan menunggu 3 bulan untuk pencen. Nasiblah jika bersalah lalu habis harta dirampas dan masa pencen dalam penjara.


Dialah yang dahulunya bersama dalama kerajaan Selangor menganiaya Yayasan Basmi Kemiskinan.

http://skandalselangor.blogspot.my/2012/04/kesalahan-dato-mohd-arif-abdul-rahman.html
Disahkan dalam kenyataan Dato Azam Baki:
KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM
DUA INDIVIDU TERMASUK KSU KEMENTERIAN DITAHAN TERLIBAT  RASUAH


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan dua individu termasuk seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah Kementerian bergelar Dato’ kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah.

KSU tersebut yang berusia 59 tahun dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

Turut ditahan ialah seorang individu lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit.

Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Subang Jaya kira-kira jam 8 pagi hari ini.

Setakat ini, SPRM telah merampas dan menyita wang tunai dan jongkong emas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta.

DATO’ AZAM BAKI
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

4 JANUARI 2017

Tahniah Dato Dzul dan Dato Azam



Ada pulak Malaysiakini haramjadah Soros nak pedajal orang pulak ...
http://snapshot2016.blogspot.com/2017/01/soroskini-pedajal-sprm-sebab-bahri.html

1 comments:

  • Anonymous says:
    January 5, 2017 at 11:17:00 PM GMT+8

    Kalau nak jadi terbaik ..najib razak tu tangkap jugak. Jangan asyik tukar pegawai je.

fda

Archives