Tujuan menuduh adalah supaya penyokong dan pengikut tidak sedar mereka sebenarnya yang lakukan tapi orang lain dipersalahkan. Sebaik sahaja terdedah, adalah hujah kata dari tuduh mereka, baiklah penyokong UMNO dan BN betulkan kesalahan sendiri.
Isu bajet JPM yang dituduh sebagai bajet PMO diujarkan setiap tahun. Padahal itu dua entiti berbeza kerana bawah JPM ada banyak agensi, syarikat dan organisasi-organisasi khusus. Samping itu, diungkit juga tiap-tiap tahun tentang bajet Permata yang tidak seberapa mana tapi dikongsi dengan program lain.
Antara tuduhan yang sering ditujukan terhadap bajet JPM adalah ianya political slush fund:
Tuduhan bajet JPM dipenuhi dengan dana gelap/slush fund adalah tidak berasas kerana jika berlaku penyelewengan, pembaziran atau ketirisan perbendaharaan negara melalui peruntukan khas ini sudah pasti ianya akan diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan ditegur di dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Antara dana gelap/slush fund yang disebut adalah dana fasilitisasi yang diurus di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Projek Mesra Rakyat yang diuruskan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri seperti diterangkan oleh Timbalan Menteri JPM, Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan yang juga diuruskan di bawah (JPP) negeri, Projek Khas di bawah Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU), dan Program Pembangunan yang juga di bawah ICU.
Baca http://syahir521.blogspot.my/2016/10/bajet-jabatan-perdana-menteri.html?m=1
Kalau dilihat betul-betul-betul bajet JPM konsisten dan tidak banyak sangat untuk perlu di slash 50% seperti diminta Wan Azizah.
Kenaikkan tidak seberapa mana berbanding dengan bajet pejabat KM Penang berikut:
Adakah ianya juga political slush fund? Apa agaknya helah Ketua Menteri yang kuat berbohong dan pusing cakap nanti?
Baca Snapshot 2016 .....
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/11/lge-tambah-bajet-rm550-juta-untuk.html
Kenaikan 400% tu amat tinggi dan tak realistik, apatah lagi sudah 6 tahun ia merupakan budget defisit . Sebagaimana saranan Pakatan bahawa budget Persekutuan patut dipotong 50%, bujet Pulau Pinang juga hendaklah dipotong 300% atau lebih.