Sebaik saja Dato Rahman Dahlan tersebut ayat mengakui M01 adalah Dato Najib, penjelasan dan context kenyataan itu diketepikan media BBC
http://www.bbc.com/news/business-37234717
Maka tunggu pembangkang ikut sama mensandiwarakan kata2 itu. Memang modal untuk dipolitikkan.
Baru lepas demo Tangkap M01, takkan tak boleh fikir ... lubuk betul!!!
Rahman Dahlan ada memberi kenyataan susulan:
KENYATAAN BERKENAAN "MALAYSIAN OFFICIAL 1"
OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATO’ ABDUL RAHMAN DAHLAN
1 September 2016
1. Seperti yang telah saya beritahu kepada BBC, ia adalah jelas bahawa apa yang dikenali sebagai "Malaysian Official 1" (MO1) yang disebut oleh DoJ AS adalah Perdana Menteri kita.
2. Ramai yang lain juga disebut oleh DoJ. Tetapi, secara kritikalnya, tiada seorang pun daripada mereka termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek dalam siasatan.
3. Seperti yang mana-mana peguam akan mengesahkan, perbezaan di antara dinamakan sebagai subjek dalam tuntutan mahkamah sivil, dan semata-mata disebut dalam penyiasatan, adalah berbeza sama sekali.
4. Tun Mahathir Mohamad dan sekutu barunya dalam pembangkang sengaja mencampuradukkan kedua-dua itu untuk memperdaya rakyat Malaysia. Protes gagal yang dianjurkan oleh proksi-proksi mereka yang mempersoalkan identiti MO1 adalah tidak relevan, kerana MO1 tidak dinamakan sebagai subjek dalam sebarang saman sivil DoJ.
5. Sementara itu, selepas siasatan menyeluruh dijalankan oleh pelbagai pihak berkuasa, Perdana Menteri kita telah dibersihkan daripada sebarang salah laku. Jadi, bukti-buktinya adalah jelas. Dan cubaan Tun Mahathir akan gagal sekali lagi - sama seperti semua percubaannya untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang telah dipilih secara demokrasi yang telah gagal teruk.
Dato' Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Rasanya damage is done.
Masaalahnya Rahman Dahlan tidak ada locus standi untuk buat penjelasan mengenai terma surat permohonan DOJ.
Seeloknya usahlah cuba beri kenyataan yg menyusahkan untuk sesuatu luar ruang kuasa kamu.
Tambah lagi pihak media memang suka cari quote sedemikian yang mudah disalaheri dan manipulasikan
Setelah habis di pusing, contect yang cuba dijelaskan akan terus terlupa dan hanya empunya badan yg tahu.
Cuba jgn suka memandai atau nak jadi hero atau beri peluru untuk lawan!
Namun bukan Rahman saja patut ditegur, tangan utama disebalik kerja kurang cerdik ini ialah Paul Stadlen
http://snapshot2016.blogspot.my/2016/09/paul-stadlen-should-be-fired.html
Abis tu nak cakap siapa MO1? Anwar Ibrahim? Jamal ikan bakar? LGE? Azmin Ali? Tun Mahathir? AR Badul?
Kau org makan dedak susah nak terima kenyataan. Aku yg selama ni bertungkus lumus nak lawan geng pas pan pkr dap dan puak pakatan haram dlm keluarga aku pun susah sebab DOJ sendiri cakap MO1 ada kaitan dgn Riza Aziz.
Engkau org ni sebenarnya gila tak boleh terima kenyataan.
Mcmana nak org mcm aku ni sokong umno? Yg benar pun kau nak spin..cakap x benar..
To be Allah nak tunjukkan.
Kertas tak bisa membungkus api
Kenapa nak kata begitu pada ARD? Bukan ke tugas dia menjawap isu 1MDB?
Apa salah nya bagi peluru??? KAlau dah fakta, fakta lah....call a spade, a spade lah brother....
Betul tu . MO1 tu rasanya driver najib la kot...
Rahman ni memang bahlol. Dulu lagi aku cakap. Memang dia kawin dengan anak org pandai. Tapi dia tetap bodoh. Itu je cerita dia. Kabinet najib memang perlu ada ciri2 bahlol. Salleh Keruak dan Mail Sabri yg paling layak
MO1 adalah istilah dari Doj. Sepatutnya tanya Doj. Yg selain Doj tu hanya berikan andaian dan persepsinya sahaja. Apa pun MO1 hanya di sebut bukan yg disiasat. Jadi tak de benda kan.
jangan - jangan ARD telah masuk kem Mahathir mamak nyanyuk & Pakatan Haramjadah untuk menjahanamkan bangsa Melayu. Melayu itu UMNO, UMNO itu Melayu. "HIDUP DATO' SERI NAJIB !"
Lepas ni kita boleh panggil PM sebagai Dato Seri MO1
Rahman Dahlan dah tak boleh koner lagi.
Semau jalan dan ruang sudah terdedah, terpaksalah dia
mendedahkan perkara yang sebenarnya walaupun berusaha
melunakkan pendedahannya dengan kenyataan-kenyataan
yang mudah dipatah oleh pengamal undang-undang.
Itulah, siapa suruh kamu bersumpah laknat, Najib.
Masa kamu bersumpah, kamu langsung tak jangka
sumpah itu akan memakan diri. Ini membuktikan,
pegangan agama kamu memang tipis, kamu permainkan agama.
Kamu pikir, kuasa di tanganmu.
Kamu megah dan sombong.
Kamu kurang ajar dengan orang tua berusia 91 tahun.
Sekarang kamu terimalah akibat sumpah kamu.
Allah menjalankan perancangannya dalam pelbagai cara.
Kesian...ramai yg sawan angkara DOJ.Apa niat DOJ pun mrk tak pasti.Segala dakwaan.. DOJ kena layan tetapi jika tiada bukti kenapa beruk2 yg tak bertamadun masih tak puas hati.Adakah mrk terikut2 rentak puak yg dah puas memewahkan waris dan kroni menyerang 1mdb yg melumpuhkan kebanyakan lubuk emas mrk.
Klu benar MO1 bersalah...biarkanlah.Tapi biar ada bukti kukuh dan bukan sekadar kencingan SR n WSJ.Media yg dulunya tak disukai puak rich n femes dan skrg menjadi kitab rujukan mrk demi kuasa dan harta.
Bukan bullet, BAZOOKA.