Menurut gelagat anwar, Azmin nekad nak jatuhkan PKR jika dia jatuh. Madu jantan Kak Wan ini memang diketahui punya perangai hentak-hentak kaki bila kehendaknya tidak dipatuhi si suami bersama.
Nampaknya dia kini marah dengan Kak Wan dan juga PAS. [Baca http://snapshot2016.blogspot.my/2016/06/azmin-marah-dan-akan-ajar-pas.html]. Difahamkan pasukan Azmin sudah tinggalkan Sungai Besar dan batalkan semua booking dengan hotel dan homestay untuk orang-orang dia berkempen di Sungai Besar.
Namun begitu Kak Wan masih memberi alasan ketiadaan Azmin perlu demi tanggungjawab pentadbiran Selangor yang mana PH dan PAS adalah sebahagian dari kerajaan.
Walaupun Azmin dipercayai akan ajar PAS, PAS dan Amanah/PH perlu jawab tindak tanduk Azmin. Dalam politik, rekod seseorang sentiasa dinilai.
1. Difahamkan Azmin telah tarikbalik peruntukan untuk masjid dan surau bagi Sungai Besar disebabkan PAS masih berdegil mahu tanding.
Rupanya ada udang disebalik batu nasihat Azmin supaya surau dan masjid jangan bazirkan air. Konon bergaduh dengan DAP, tapi baik Azmin mahu pun DAP penang sama-sama tarik peruntukan untuk ugama Islam.
2, Terbaru berlaku adalah cukai sampan terhadap nelayan yang mana banyak nelayan di Sungai Besar khususnya di Sekincan.
Kini Selangor, dengan megahnya akan mengenakan cukai sampan kepada
nelayan. Majoriti nelayan adalah melayu dan hidup dalam kesempitan
dengan taraf hidup yang tinggi pada masa kini. Perkara tersebut sudah
tentu akan membebankan para nelayan. Hal ini telah diputuskan oleh
kerajaan negeri Selangor, dibawah kepimpinan Dato Seri Azmin Ali selaku
Menteri Besar Selangor .
Selain itu, perkara ini telah dibincangkan dengan pegawai daerah tanah,
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Hutan dan lain agensi yang
berkaitan. Semua ketua-ketua pengkalan, diminta membuat permohonan tanah
dan jeti-jeti di pengkalan agar tidak dikenakan tol. Oleh itu,
pemohonan atas nama individu tidak akan dibenarkan sama sakali. Jelas, cara PKR tidak nampak pemerintahan untuk menolong rakyat miskin malah lebih teruk.
Penindasan dilakukan tanpa memikirkan rakyat, pemimpin hanya melakukan
mengikut kerajaan negeri dan menindas rakyat setempat atas bidang kuasa
mereka sendiri. Tak cukup dengan cukai, sekatan juga akan dikenakan bagi
setiap nelayan, dan setiap satu pancing yang diletakkan di persisiran
pantai akan dikenakan cukai sebanyak RM600.00 setahun. Penindasan yang
dilakukan oleh PKR akan menghalang aktiviti nelayan untuk mencari rezeki
bagi menampung hidup.
Sepenuh di Utara News
3. Kerajaan Selangor telah umumkan bas percuma untuk Selangor bermula dari Julai. Sabak dan Kuala Selangor akan lancarkan perkhidmatan tersebut tetapi kenapa tiada perkhidmatan untuk Sungai Besar????
Azmin hanya umum sahaja untuk SUngai Besar [baca di FMT SINI] tapi ellek ... tiada!!!
4. Isu Pintu gerbang masih tidak terjawab [baca Utara News SINI].
... berita sebuah portal yang melaporkan pembaziran RM9.7 juta wang rakyat Selangor hanya untuk menaik taraf pintu gerbang.....
5. Isu DEIG yang hilangkan RM7.65 billion masih tidak terjawab. Usahlah nak mainkan isu 1MDB. Jumlah yang hilang dan tidak diketahui lagi banyak kes DEIG.
Baca di Pak Din SINI
6. Banyak lagi ....Utara News pun ada huraikan dalam artikel Pintu gerbang.
Baik Kak Wan, alasan jaga Selangor tak done, kerajaan bertanggungjawab mesti jawab hal-hal ini kepada rakyat sebelum nak jadi wakil rakyat tempat ini ... apa lagi alasan?