Thursday, August 6, 2020

Kenapa Menteri Ugama Dan Perdana Menteri Tidak Mahu Tubuh RCI Tabung Haji?



Pendedahan mengenai salah laku Lembaga Pengarah TH sudah dibuat oleh
 MP Baling merangkap mantan Pengerusi Tabung Haji, DS Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim dalam Dewan Rakyat (BACA DI SINI).

Malah Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Hj Ahmad Marzuk Shaary sendiri telah mengesahkan apa yang telah didedahkan oleh Abdul Azeez.

Walau pun sudah terang lagi bersuluh, terlalu banyak urus niaga yang mencurigakan, tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri menyatakan kerajaan tiada cadangan untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat dan meneliti urus niaga Tabung Haji (BACA DI SINI).

Persoalannya sekarang, kenapa Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Agama, Zulkiofli takut untuk tubuhkan RCI Tabung Haji?

Apa atau siapa yang mahu mereka lindungi???

0 comments:

fda

Archives