Wednesday, August 12, 2020

Campurtangan Politik Dalam Kes Pembekuan Akaun Lim Soon Peng, Yang Shukri Abdul Menggelabah Kenapa...😂😂😂


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang Undang), Datuk Takiyudin Hasan, memanaskan punggung dan telinga pembangkang (Pakatan Harapan) bila mendedahkan dalam Dewan Rakyat bahawa terdapat campurtangan Dr Mahathir (mantan Perdana Menteri), Lim Guan Eng (mantan Menteri Kewangan) dan Tommy Thomas (mantan Peguam Negara) dalam melepaskan 4 akaun (3 akaun CIMB dan satu akaun Public Bank) milik taikun hartanah Cina, TS Lim Soon Peng yang dibekukan kerana terlibat dalam siasatan SPRM di bawah AMLA.

Jumlah simpanan dalam kesemua empat akaun tersebut adalah sebanyak RM4,085,561.00.


Pendedahan dibuat oleh Takiyudin ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh (DAP/Pakatan Harapan) mengenai kes Riza Aziz.

Terdapat beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan terutamanya dari DAP dan PAN yang cuba mengganggu semasa Takiyudin membuat pendedahan tersebut, tetapi tahniah kepada Takiyudin kerana terus tenang menghadapi gangguan dari Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang bertujuan supaya Takiyudin tidak dapat meneruskan pendedahan itu.



Jelas pendedahan Takiyudin bukanlah sekadar tuduhan atau fitnah tanpa bukti kerana beliau telah membacakan bukti kukuh dakwaan beliau yang merupakan surat dari peguam LIm Soon Peng, Zainal Abidin bin Jamal dari Zainal Abidin & Co yang telah diminitkan oleh beberapa individu penting dan berpengaruh seperti Dr Mahathir (Perdana Menteri ketika itu), Lim Guan Eng (Menteri Kewangan ketika itu) yang mengandungi arahan supaya SPRM melepaskan akaun Lm Soon Peng.




Kemudiannya Takiyudin membacakan pula surat dari Tommy Thomas (Peguam Negara ketika itu) yang menyatakan arahan dari pihak Peguam Negara supaya SPRM melepaskan kesemua 4 akaun tersebut dengan serta merta.

Sudah jelas lagi bersuluh, memang terdapat campurtangan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Dr Mahathir, Lim Guan Eng dan Tommy Thomas dalam kes ini.


Setakat ini, sama ada Dr Mahathir, Lim Guan Eng mahu pun Tommy Thomas belum memberikan apa-apa respon atas pendedahan tersebut.

Yang nampak kelam kabut ayam adalah mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdull, menyatakan beliau tidak pernah tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan supaya melepaskan akaun milik Lim Soon Peng.

Katanya, beliau tidak akan patuh kepada mana-mana arahan, termasuk menteri atau Perdana Menteri dalam mana-mana siasatannya.

"Begitu juga dalam kes ini, saya tak pernah keluarkan arahan kepada pegawai-pegawai saya supaya melepaskan pembekuan akaun berkaitan".

"Andainya betul, akaun berkenaan dibatalkan pembekuannya, ianya bukan arahan saya." 

"Dalam siasatan, saya hanya akur dengan arahan timbalan pendakwa raya saja, bukannya arahan dari pihak-pihak tidak berkaitan," tambah beliau lagi.

Bagi admin, agak menarik kenyataan penafian yang dikeluarkan oleh Shukri.

Mana mungkin sebagai seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, beliau boleh tidak tahu apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai beliau dalam kes yang berprofil tinggi dan melibatkan arahan khas yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Peguam Negara ketika itu.

Shukri berani menafikan bahawa arahan pelepasan akaun-akaun Lim Soon Peng bukan datangnya dari beliau kerana sudah pasti dengan surat yang diminitkan oleh Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan surat dari Peguam Negara yang mengarahkan supaya akaun-akaun itu dilepaskan serta merta, sudah memadai dengan memberikan arahan lisan sudah mencukupi tanpa arahan bertulis dari beliau supaya pegawai penyiasat melepaskan akaun-akaun tersebut.

Jadi sekiranya perkara ini disiasat, maka tidak akan ada bukti bertulis yang melibatkan Shukri tetapi satu perkara yang beliau lupa, pegawai yang menerima arahan itu masih bertugas di SPRM dan pada bila-bila masa boleh dipanggil untuk beri keterangan atau sebagai saksi.

Dalam menafikan, Shukri mangakui juga bahawa arahan dalaman SPRM itu datangnya dari beliau.

Shukri mengakui bahawa dalam siasatan, beliau cuma akur dengan arahan dari Timbalan Pendakwa Raya sahaja.

Persoalannya sekarang, seseorang Timbalan Pendakwa Raya akan akur kepada Peguam Negara dan surat arahan supaya akaun-akaun itu dilepaskan datangnya dari Peguam Negara, sudah tentu Tommy Thomas (Peguam Negara ketika itu) cuma akan memberi arahan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, mustahil Tommy Thomas menyampaikan arahan beliau kepada pegawai penyiasat, kalau pun memang arahan tersebut diberikan terus kepada pegawai penyiasat, sudah tentu pegawai penyiasat tersebut akan meminta persetujuan dari Shukri dahulu sebelum tindakan seterusnya diambil, ini bukannya kes yang melibatkan akaun yang cuma mempunyai duit RM40.00 tetapi melibatkan akaun yang-akaun yang bernilai lebih dari RM4 juta!!!

Walau bagaimana pun, pendedahan Takiyudin mesti disiasat secara telus dan terperinci oleh SPRM dan PDRM kerana ini melibatkan salah guna kuasa dan pencabulan undang-undang di peringkat tertinggi.

Lupa admin hendak tanya Dr Mahathir, dengar cerita parti baharu yang bakal Dr Mahathir tubuhkan tetap berpegang kepada prinsip membenteras rasuah dan salah guna kuasa, tapi pendedahan Takiyudin nie, nak kira macam mana tu...🤔🤔🤔

0 comments:

fda

Archives