Tuesday, August 18, 2020

Akhirnya Muhyiddin Tunjukkan Kesombongan Beliau Dan PPBM Dalam Ucapan Persidangan Tahunan PPBM


Semalam admin siarkan tulisan yang mempersoalkan keikhlasan PPBM untuk menyertai Muafakat Nasional.

Sebenarnya, ada asas yang kukuh mengapa admin mempersoalkannya, bukan untuk bermain dengan persepsi atau untuk spin.

Admin juga sayangkan agama, bangsa dan tanah air tercinta ini.

Kalau memang benar PPBM ikhlas, demi memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air tercinta, kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan.

Tetapi...


Tonton berulang kali video klip di atas dan cuba fahamkan baik-baik apa yang tersirat di sebalik ucapan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin.

Sebelum Muhyiddin menyatakan dalam bentuk apa PPBM akan menyertai Muafakat Nasional, terlebih dahulu Muhyiddin memberi mendakwa bahawa PPBM adalah parti utama dalam gabungan Perikatan Nasional!!! (Lihat : 0'22" hingga 0'30")

Muhyiddin juga mendakwa bahawa PPBM merupakan parti utama di peringkat pusat dan negeri, walau pun pada hakikatnya PPBM cuma mempunyai seorang sahaja Menteri Besar iaitu di Perak, sedangkan Muafakat Nasional mempunyai 7 orang Menteri Besar/Ketua Menteri di peringkat negeri, iaitu Perlis, Kedah, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu, manakala GPS mempunyai seorang Ketua Menteri di Sarawak.

Manakala di peringkat pusat pula, PPBM cuma mempunyai 30 kerusi dari 112 kerusi yang dimiliki oleh Perikatan Nasional di Dewan Rakyat, manakala Muafakat Nasional mempunyai 61 kerusi (43 BN, 18 PAS), GPS (Sarawak) pula mempunyai 18 kerusi, MP dari Sabah 2 kerusi (1 dari PBS dan 1 dari Solidariti) dan 1 MP Bebas dari Sabah.

Ini jelas menunjukkan bahawa Muafakat Nasional bukan sahaja adalah gabungan parti terbesar, malah mempunyai lebih dari 50% jumlah kerusi di dalam Kerajaan Perikatan Nasional.

Tidakkah Muhyiddin dan PPBM sedar, kerajaan yang ditubuhkan sekarang cuma mempunyai kelebihan majoriti 2 kerusi MP sahaja dalam Dewan Rakyat dan sekiranya UMNO atau Pas atau kedua-duanya dalam gabungan Muafakat Nasional mengambil keputusan untuk keluar dari Perikatan Nasional, maka dengan sendirinya Kerajaan Perikatan Nasional akan tumbang dan Muhyiddin juga akan kehilangan jawatan Perdana Menteri.

Muafakat Nsional boleh sahaja, malah layak untuk menuntut jawatan Perdana Menteri sebagai syarat untuk menyokong Perikatan Nasional, tetapi atas semangat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air, satu sahaja syarat yang diberikan, iaitu jaminan membentuk kerajaan tanpa DAP.

Secara tepatnya, jawatan Perdana Menteri yang Muhyiddin dan PPBM banggakan itu adalah atas ihsan pemimpin Muafakat Nasional!!!

Mengapakah Muhyiddin dan PPBM tidak berterima kasih!!!

Apakah Muhyiddin Tersilap Memberi Tahu Jumlah Ahli PPBM Atau Sengaja Menipu? (Rujuk : 0'37" Hingga 0'47")


Muhyiddin mendakwa dalam masa 4 tahun, PPBM berjaya mengumpul sehingga hampir setengah juta ahli atau lebih tepat lagi seramai 420,000 ahli.

Admin mahu bertanya, dari manakah Muhyiddin mendapat angka-angka tersebut dan apakah ianya angka terkini serta sahih?

Sebab Muhyiddin pernah memberi angka yang salah dalam Dewan Rakyat dan ianya terpaksa dibetulkan semula oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, ketika menjawab soalan dari MP Bandar Baru Kulim, Saifuddin Nasution.

Admin berani mengatakan bahawa angka yang diumumkan Muhyiddin itu sama ada angka yang silap atau angka rekaan semata-mata.

Kita mengetahui, sejak Dr Mahathir mengumumkan penububan parti baharu, Pejuang, terdapat banyak bahagian dan cawangan PPBM di seluruh negara mengumumkan pembubaran dan ahli PPBM mengisytiharkan keluar beramai-ramai dari PPBM.

Tidak perlu admin sertakan 'link-link' berita tersebut kerana kalau hendak ditepekkan semuanya, terlalu banyak, nanti tulisan ini penuh dengan 'link'link' tersebut.

Benarkah Dakwaan Muhyiddin, Dengan Penyertaan PPBM Ke Dalam Muafakat Nasional Maka Sebahagian Besar Sokongan Rakyat Sudah Kita Perolehi? (Rujuk : 1'31" Hingga 1'48")


Sekiranya keahlian PPBM bertambah, cawangan dan bahagia baharu PPBM ditubuhkan di seluruh negara, maka admin akan mengakui bahawa penyertaan PPBM ke dalam Muafakat Nasional akan menambah sokongan rakyat kepada Muafakat Nasional.

Tapi apa yang Muhyiddin katakan adalah bertentangan dengan apa yang sedang berlaku terhadap PPBM sekarang.

Semakin hari, semakin banyak cawangan dan bahagian PPBM ditutup, malah PPBM Bahagian Pagoh, Parlimen Muhyiddin sendiri telah hilang keyakinan ke atas beliau dan PPBM yang ada sekarang.


Pengasas PPBM Pagoh, Abdul Wahab Ibrahim, seorang veteran politik telah mengisytiharkan keluar parti dan diikuti oleh 1,000 orang ahli PPBM yang lain.

Malah cawangan PPBM Simpang Empat di bawah Parlimen Pagoh telah dibubarkan!!!

Lebih mengejutkan lagi, lebih banyak cawangan dan bahagian PPBM Johor dijangka akan mengikuti langkah yang sama dan dari sumber mengatakan ramai ahli PPBM Johor memberontak untuk tinggalkan PPBM dan mahu menyertai Pejuang.

Kalau di Parlimen dan negeri kelahiran Presiden PPBM yang juga merupakan Perdana Menteri tidak dapat ditambah sokongan rakyat, malah ahli PPBM sendiri bertindak keluar parti, mana mungkin dengan penyertaan PPBM ke dalam Muafakat Nasional dapat memastikan atau menambah sokongan rakyat!!!

Berkali-kali sudah admin ulangi, penyertaan PPBM ke dalam Muafakat Nasional mempunyai agenda tersembunyi.

Parti mereka bermasaalah dan sudah ibarat dahan yang sudah sangat rapuh, kini mencari dahan Muafakat Nasional yang lebih besar dan kukuh dengan memberikan alasan penyatuan ummah demi agama, bangsa dan tanah air.

TS Shahrir Samad juga mempunyai pandangan yang sama.

PPBM mengharapkan undi Muafakat Nasional untuk terus bertapak di dunia politik, itulah hakikatnya tetapi sangat memualkan bila mereka mempamerkan sikap besar kepala!!!

Tidak mustahil juga Muhyiddin mempunyai agenda bersama yang terselindung dengan Dr Mahathir.

Pendedahan Rais Yatim bahawa Dr Mahathir setuju Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, menimbulkan satu persoalan yang sangat besar.

Apakah itu masih tidak cukup untuk membukakan mata hati kita semua?

0 comments:

fda

Archives