Sunday, August 2, 2020

Penjelasan Atas Pendirian UMNO Enggan Menyertai Perikatan Nasional


Kedengaran suara-suara sumbang yang mengkritik keputusan UMNO yang disuarakan oleh Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi untuk membuat penilaian semula sokongan UMNO dalam Perikatan Nasional.



Seperti semua maklum, Zahid secara tegas memberitahu, UMNO tidak akan menyertai gabungan Perikatan Nasional tetapi akan terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga PRU 15.

Fokus UMNO dan PAS ialah untuk terus memperkukuhkan Muafakat Nasional.


Jangan kata 'we did not give PN a chance, we did'.
Namun apa yang jelas, Perikatan Nasional semakin jelas menjadi satu pakatan yang telunjuk lurus, kelingking berkait.

"What you see is not what you get".


Lain yang dijanji dan dipersetujui secara musyawarah, lain yang akhirnya dilakukan.
Sepatutnya Muhyiddin aka abah bersifat IKHLAS dan INKLUSIF.

Tidak mungkin Muhyiddin tidak sedar, kedudukan dia sebagai Perdana Menteri adalah atas ihsan dan pengorbanan Muafakat Nasional.
Tindakan dan keputusan politik seharusnya dibuat bersama-sama atas semangat ukhwah dan persahabatan seagama dan sebangsa.

Bukan masih hendak 'manoeuvre', mengatur rakan, meredah kehendak dan kepentingan sendiri sahaja.

Atau lebih tepat bersikap seperti kacang lupakan kulit dan lagi tepat bersikap seperti melepaskan anjing tersepit!!!

Perjuangan Membela ABATA Sepatutnya Menjadi Keutamaan

Tindak tanduk seharusnya dilakukan untuk kepentingan ABATA @ Alif Ba Ta, untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Bukannya untuk kepentingan pihak-pihak tertentu!!!


Janga dituduh Muafakat Nasional @ UMNO @ Zahid memecah belahkan penyatuan Melayu.


APA ERTI MELAYU BERSATU JIKA PEROSAK MASIH BERKELIARAN menyamun dan MEROMPAK harta negara?


Apakah penyatuan yang didakwa didokong oleh Muhyiddin mempunyai nilai terhadap ABATA sekiranya beliau masih lagi 'menghalalkan' perosak dan pengkhianat harta dan maruah masyarakat Melayu Islan masih dibiarkan bermaharajalela di dalam Tabung Haji (TH) dan PNB tanpa ada sebarang tindakan?


Maruah siapa yang Muhyiddin mahu bela sebenarnya bila beliau terus beri keizinan pihak yang korup dan jelas merompak serta melelong harta negara masih lagi selesa dan boleh terus bebas melakukan perbuatan jijik mereka!!!


Malah elemen-elemen liberal, subversif dan 'fringe Muslims' yang merosakkan agama, dan fahaman ahli sunnah wal jamaah masih berleluasa bergiat dan diberi jawatan penting dlm kerajaan.


Penyatuan yang jelas membawa kehancuran dan bukannya perpaduan.


Perikatan Nasional Bukan 'Win-Win Partnership' Tetapi Jelas Adalah 'One Side Winner Partnership!!!




Seawal hari pertama sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin telah mungkir janji atau boleh disifatkan sebagai mengkhianati rakan kongsi di dalam Perikatan Nasional, UMNO dan PAS.

Walau pun sudah berjanji untuk duduk bersama-sama dengan Zahid dan Hadi untuk berbincang bagi mengatur kabinet, tetapi untuk mengelak dari berjumpa, Muhyiddin telah mengelak dengan menggunakan alasan menziarahi kubur ayahnya di Muar.


Akhirnya Muhyiddin guna prerogatif untuk tubuh kabinet dan bukan berdasarkan kerjasama parti-parti gabungan tetapi mengikut kehendak pihak-pihak tertentu.


Portfolio strategik dari segi politik dikuasai sepenuh oleh PPBM dan sedikit untuk puak liberal yang diterajui kartel Azmin.


UMNO Sabah diketepikan, malah jawatan yang sudah dijanjikan, diberi pada katak UMNO ke PPBM.

Lebih memualkan lagi, selepas mengkhianati janji, Muhyiddin meniupkan pula propaganda dengan memainkan sentimen kononnya UMNO tamak kuasa dan terlalu 'demand' bila sudah menjadi sebahagian dari kerajaan!!!


Pendik kata, Perikatan Nasional adalah satu gabungan yang mana satu pihak mahu 'divide and rule' untuk menguasai ke semua.


Ia tidak mencerminkan ciri-ciri 'win-win partnership' di pihak Muafakat Nasinal (BACA DI SINI).


Seperti yang berlaku di dalam Pakatan Harapan, kumpulan minoriti mahu menguasai kumpulan majoriti atau seperti segerombalan ular lidi mahu telan semua tetapi di dalam keadaan raja ular gering dan hadapi risiko jatuh sakit yang terminal.

Malah dilihat seolah-olah tindakan sebenar Muhyiddin yang berlainan adalah seperti tindakan kumpulan C5 atau 4 Musketeer.


Atau mereka boleh jalan sendiri untuk ketepikan arahan Muhyiddin?


Merah Atau Hitam?


Keputusan rasmi UMNO untuk tidak menyertai Perikatan Nasional bukan sesuatu yang baru atau mengejutkan.

Banyak kenyataan dari pelbagai pemimpin menyatakan ia hanya 'marriage of convenience' untu hentikan kezaliman DAP dan setakat hingga PRU15sahaja.


Malah akar umbi UMNO dan PPBM tidak sealiran dan bersefahaman.


'Bad blood' terhadap UMNO masih berlanjutan.


Antara UMNO dan PAS, usaha itu telah dilakukan.


Tiada usaha mengarah untu meredakan perseteruan dan menyambung silatulrahim di pihak PPBM.


Lebih memburukkan keadaan bila Dr Latiff, seorang yang berjawatan menteri dari PPBM telah menghina UMNO dengan mengatakan UMNO sudah tidak laku lagi.

Seorang lagi menteri dari PPBM yang dikenali Pak Wan Kereta Terbang dengan angkuhnya mengatakan bahawa Muafakat Nasional yang menjemput PPBM bukan PPBM terhegeh-hegeh mahu menyertai Muafakat Nasional (BACA DI SINI).

Sekiranya apa yang dikatakan oleh Pak Wan Kereta Terbang itu adalah benar, maka mengapa pula Muhyiddin yang terhegeh-hegeh untuk bertemu Ahli Parlimen Barisan Nasional, takkan hendak berbincang tentang berapa ekor lembu yang hendak dikorbankan sempena Hari Raya Aidil Adha pula!!!


Malah keadaan PPBM amat mencurigakan.


Mana satu hitam dan mana satu merah?


Yang kelihatan merah pun ada lagi bintik-bintik hitam dan Wallahu Alam apa warna hatinya.


Bolehkah di percaya?


Tambah lagi, perseteruan Muhyiddin dan Azmin dengan Dr Mahathir semakin mencurigakan, mungkin hanya lakunan dan disangsi berkomplot dan bekerjasama.

Atas sebab-sbab itu, Perikatan Nasional bukan sesuatu yang boleh berkekalan kerana tidak mengikut fitrah alam.


Ia bukan atas niat untuk bermuafakat.


Ada pihak kecil dan dianggotai mereka yang pernah mengkhianati kumpulan asal mereka mahu menguasai agenda dan hanya kudakan pihak-pihak yang lain.


PPBM tidak percaya pada PAS dan perlekeh PAS ketika tertubuh Muafakat Nasional, kini berpura-pura baik dgn PAS, padahal masih tidak percaya PAS.


PPBM masih berdendam dengan UMNO dan naratif yang Dr Mahathir luahkan terhadap UMNO masih tebal dalam sanubari mereka.


Ianya terluah nyata ketika keputusan SRC.


Dan mereka mengharapkan Zahid, Ku Nan dan lain-lain turut kena untuk mereka dominasi politik Melayu.

Berbeza dari keikhlasan dalam Muafakat Nasional, kumpulan penentu Perikatan Nasional mahu kuatkan kedudukan mereka dengan melemahkan pihak lain.
Pencatur mereka main 'bulldoze' kehendak mereka hingga akhirnya gagal di Sabah.
Muafakat Bukan Mengikat
Dalam Muafakat Nasional, kita bermuafakat dan bukan mengikat, memerangkap dan menggugat.
Persefahaman dibina berdasarkan realiti dan pragmatisma, bukannya dari khayalan dan angan2.
Bukan niat Zahid utk menghancurkan kerajaan dan kembalikan DAP bermaharajalela dalam keadaan negara sedang menghadapi pelbagai krisis.
Maka disebut masih sokong kerajaan Perikatan Nasional yang ada.
Tindakan Zahid mudah disalahanggap sebagai reaksi terburu-buru dan tidak 'moving on' yang hanya reaksi emosi kepada keputusan SRC.
Malah ada menuduh Zahid menekan Muhyiddin untuk melepaskan dirinya dari kes-kes yang sedang beliau hadapi.
Itu tidak betul sama sekali.
Muhyiddin tidak mencampuri dan tidak ada keupayaan mencampuri mahkamah.
Yang boleh, hanya Dr Mahathir melalui 'samseng-samseng judiciary' yang akur padanya.
Harus disedari, tindakan Zahid menggunakan 'timing' yang sedia ada untuk meninggalkan impak dan ada muslihatnya tersendiri.
Tindakan Zahid masih ibarat menarik benang dari tepong.
Secara halus Zahid memberitahu Muhyiddin untuk bermain di gelanggang kita dan bukan suruh kita bermain di kawasannya yang diletak perangkap dan ditanam periok api.
Untuk ke ikhlas memimpin, mentadbir negara dan satukan Melayu, mesti atas dasar SEMANGAT MUAFAKAT DAN BUKAN MENGIKAT.






Kredit :


FB Salahuddin Hisham

0 comments:

fda