Sunday, August 30, 2020

PRK N58 Slim, Baca Buku Atas Pokok, Kali Nie Atok Kalah Teruk!!!


Keputusan rasmi dari Pegawai Pengurus Pilihanraya PRK Nr8 Slim, Shamsul Ridzuan Idris dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), calun Muafakat Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, menang bergaya dengan mendapat 13,060 undi, majoriti menewaskan 2 calun Bebas, Amir Khusyairi (calun tajaan Dr Mahathir dari parti Pejuang yang menggunakan lambang Pokok) yang mendapat 2,115 undi dan seorang lagi calun Bebas, S Santhasekaran (calun Bebas yang menggunakan lambang Buku), yang mendapat 276 undi.

Ini bermakna calun Muafakat Nasional (BN) menang dengan majoriti 10,945 undi dalam pertandingan 3 penjuru di PRK N58 Slim, Perak.


Kira-kira 68.4% dari 23,094 pengundi yang berdaftar di DUN Slim, Perak telah keluar membuang undi dalam PRK N58 Slim kali ini.

Ada beberapa perkaran yang menarik untuk dilihat pada PRK Slim ini.


Dalam PRU 14 yang lepas, calun UMNO/BN, Allahyarham Mohd Khusairi Abdul Talib, menang dengan jumlah undi 8,327 undi dengan majoriti 2,183 undi, apabila menewaskan calon PPBM, Mohd Amran Ibrahim yang mendapat 6,144 undi dan calun PAS Muhammad Zulfadli Zainal yang mendapat 4,103 undi. 

Ini bermakna gabungan undi BN dan PAS pada PRU 14 telah diterjemahkan sepenuhnya dalam PRK N58 Slim kali ini atas kerjasama dalam Muafakat Nasional.

Kalau kita kira undi UMNO dan PAS pada PRU 14 ialah sebanyak 12,430 undi.

Manakala undi sebanyak 6,144 yang diperolehi oleh PPBM dalam PRU 14 lalu, GAGAL diterjemahkan oleh PPBM yang mahu menyertai Muafakat Nasional sebagai 'Big Brother'.

Kalau pun ada, maksud admin, kalau ada undi yang berjaya ditarik oleh jentera pilihanraya PPBM pada PRK N58 Slim ini cuma 630 undi, iaitu cuma 10.25% dari undi yang PPBM perolehi dalam PRU 14 yang lepas.



Jadi, seperti yang pernah dikatakan oleh Presiden UMNO, di manakah keikhlasan dan apakah ada nilainya kerjasama politik Muafakat Nasional bersama PPBM?

Namun, walau pun tanpa kerjasama yang sepatutnya dari PPBM, Muafakat Nasional telah berjaya mendapat 84.37% undi keseluruhan berbanding dengan 67% undi yang diperolehi BN di PRU 14 yang lepas.

Apa yang lebih menarik ialah Muafakat Nasional telah berjaya memenangi semua 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Slim.

Dengan kekalahan teruk calun yang mendapat sokongan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan sebanyak 3 kali berturut-turut termasuk di PRK Parlimen Tg. Piai (PPBM atas tiket Pakatan Harapan) dan PRK DUN Chini (Bebas atas tajaan Dr Mahathir dan Pakatan Harapan), Pahang, jelas menunjukkan mesej bahawa rakyat memberikan sokongan yang padu terhadap Muafakat Nasional dan menolak kepimpinan Dr Mahathir serta Pakatan Harapan.

Timbul persoalan, apakah kerjasama politik dengan PPBM akan mempunyai nilai penambahbaikan terhadap Muafakat Nasional atau kehadiran PPBM di dalam Muafakat Nasional adalah ibarat parasit politik sahaja.

Tahniah kita ucapkan kepada Muafakat Nasional berjaya mendapat kemenangan dalam 7 PRK berturut-turut dan tidak lupa juga takziah kepada Dr Mahathir dan Pakatan Harapan kerana berjaya mengekalkan kekalahan sebanyak 7 kali berturut-turut di dalam pilihanraya kecil yang diadakan.

Admin akhiri dengan serangkap pantun dua kerat :


Baca buku atas pokok
Kali nie Atok kalah teruk...

0 comments:

fda

Archives