Tuesday, August 11, 2020

PRU 15 Akan Di Adakan Serentak Dengan Pilihanraya Negeri Sabah Dan Sarawak

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Menurut sumber terdekat dengan UMNO yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, ia bagi membolehkan PRU15 di jalankan serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) Sabah dan Sarawak.

Pelbagai kemungkinan sedang di ambil kira dan perbincangan mengenainya juga telah dijalankan dengan parti-parti politik yang pro kerajaan.

Antara yang dibincangkan sebelum ini, kebolehupayaan SPR mengendalikan PRU15 sekaligus mengawal penularan wabak Covid19.

Menurut sumber, keputusan untuk mengadakan PRU15 itu telah berada di peringkat akhir.

Sekiranya semua berjalan dengan lancar, Muhyiddin dijangka akan mengadap SPB YDP Agong dalam masa terdekat bagi memohon perkenan baginda untuk membubarkan parlimen.

Ini kerana sekiranya berlaku sedikit perubahan sokongan Ahli Parlimen, kerajaan pimpinan Muhyiddin bakal tumbang pada bila-bila masa.

Beberapa penganalisa politik sebelum ini turut menyifatkan kerajaan Pakatan Nasional (PN) diibaratkan sebagai 'dihujung tanduk' kerana hanya mempunyai majoriti dua kerusi parlimen.

Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Sauffiyan Hassan, indikator utama yang menunjukkan PRU15 semakin jelas kelihatan apabila kerajaan berjaya mengawal ancaman wabak Covid-19.

Beliau berkata, jika prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Pahang sebelum ini dapat dipatuhi dan berkesan, sudah pasti SOP sama akan digunakan pada PRU15.

Petanda PRU 15 semakin hampir dapat dilihat bila 2 parti terbesar dalam Perikatan Nasional, UMNO dan PAS dikatakan sudah mula meneliti formula pembahagian kerusi di dalam PRU 15 nanti.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya mengatakan jawatankuasa teknikal sedang meneliti formula agihan kerusi, dan formula itu akan diangkat kepada jawatankuasa induk untuk diterima pakai.

"Mesyuarat malam tadi membincangkan persiapan PRU15 yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat" (BACA DI SINI).


Petanda yang lebih jelas datangnya dari Presiden PAS, Haji Hadi, yang memuatnaik gambar pertemuan beliau dengan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin.

Melalui perkongsian di laman Twitternya, Abdul Hadi berkata, ketiga-tiga parti berkenaan berjaya disatukan (BACA DI SINI).

Sebelum itu DS Zahid memaklumkan, Muhyiddin dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menyatakan hasrat membawa partinya menyertai Muafakat Nasional (MN) yang dianggotai UMNO dan PAS.

Katanya, hasrat berkenaan akan dibincangkan dengan PAS dan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional sebelum ini memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan Muafakat Nasional.

Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional, TS Annuar Musa memaklumkan, Muafakat Nasional sudah membuat pelawaan rasmi kepada PPBM untuk menyertai pakatan itu.

PRK Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos 2020 ini dijangka akan menjadi PRK terakhir sebelum Parlimen dibubarkan.

Pertandingan 3 penjuru dijangka akan berlaku antara calon Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan juga serpihan PPBM pro Dr Mahathir.

Ini akan menjadi indikator yang jelas terhadap sokongan rakyat bukan sahaja kepada Perikatan Nasional, malah kepada Pakatan Harapan dan kumpulan serpihan pro Dr Mahathir.

Dari sudut kestabilan politik dan ekonomi negara, maka amat wajar PRU 15 diadakan seberapa segera yang boleh kerana negara perlukan kerajaan yang kukuh dan stabil bagi menarik pelaburan luar secepat mungkin, sekiranya negara tidak mahu terjebak dalam krisis politik yang telah terjejas teruk akibat dari wabak pandemik Covid-19.















https://mykmu.net/2020/08/04/pru15-diadakan-serentak-dengan-prn-sabah-sarawak-kata-sumber/

0 comments:

fda

Archives