Saturday, August 1, 2020

Apa Muslihat Muhyiddin Bawa PPBM Masuk MN Selepas Keputusan Mahkamah Bossku?


PPBM mohon untuk menyertai Muafakat Nasional?

Sumber memberitahu bahawa Muhyiddin Yassin telah mengadakan pertemuan dengan UMNO dan PAS untuk menyertai Muafakat Nasional.

Alasan yang diberikan Muhyiddin ialah untuk memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional demi untuk agama, bangsa dan tanah air dan memudahkan isu pembahagian kerusi di dalam PRU 15 nanti.



Apakah Muhyiddin benar-benar jujur dengan apa yang beliau katakan demi untuk agama, bangsa dan tanah air?

Atau Muhyiddin sebagai ahli politik menggunakan demi agama, bangsa dan tanah air untuk berselindung di sebalik agenda sebenar beliau atau seseorang?

Kerajaan Perikatan Nasional diasaskan pada penghujung bulan Februari 2020.

Persoalannya kenapa selepas DS Najib dijatuhkan hukuman baharu Muhyiddin umumkan untuk menyertai Muafakat Nasional dan menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional?



Mengapakah tidak sebelum itu,malah Muhyiddin pernah berkata adalah bodoh untuk beliau menyertai UMNO, parti yang sudah tunggang langgang, sudah masuk longkang dan sudah kalah teruk.

Tapi kini Muhyiddin menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional di dalam Muafakat Nasional!!!

Jadi apakah keengganan Muhyiddin untuk berkerjasama dengan UMNO disebabkan kelibat DS Najib masih lagi berada di dalam UMNO?

Dan selepas hampir pasti DS Najib berjaya dipenjarakan maka segala kejijikan di dalam UMNO sudah dibersihkan pada pandangan mata Muhyiddin!!!



Atau Muhyiddin sudah mendapat restu dari Dr Mahathir untuk berkerjasama dengan UMNO selepas Dr Mahathir berpuas hati kerana keputusan mahkamah mengikut kehendak dan perancangan beliau?

Laman blog ini pernah membongkarkan tentang kemungkinan wujudnya konspirasi antara Muhyiddin dan Dr Mahathir untuk memastikan DS Najib dipenjarakan dan selepas itu Dr Mahathir dan Muhyiddin akan 'hijacked' UMNO (BACA DI SINI).

Muhyiddin akan dikekalkan sebagai Perdana Menteri sementara Azmin akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri I manakala Mukhriz pula akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri II (BACA DI SINI).

Pemimpin-pemimpin utama dalam Muafakat Nasional, terutamanya UMNO sebenarnya sudah tersilap percaturan dengan menyatakan persetujuan supaya Muhyiddin terus dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya PPBM dan Muafakat Nasional berkerjasama dalam PRU 15 (BACA DI SINI).

Persetujuan itu ibarat memberikan laluan ular lidi untuk menelan ular sawa!!!

Alasan kedua yang diberikan oleh Muhyiddin ialah untuk memudahkan pembahagian kerusi dalam PRU 15 nanti.

Apa yang tersirat sebenarnya?

Kesemua 13 kerusi parlimen yang dimenangi oleh PPBM dalam PRU 14 adalah kerusi UMNO.

Dengan mengadakan kerjasama dengan Muafakat Nasional, sudah pasti PPBM akan menuntut bukan sahaja untuk mengekalkan 13 kerusi parlimen, malah 17 kerusi parlimen PPBM yang dimenangi atas tiket UMNO (BACA DI SINI). dan hasil kerja keras jentera pilihanraya UMNO juga pasti akan PPBM minta untuk meletakkan calon mereka.

Malah sumber memberitahu, PPBM juga akan 'demand' sekurang-kurangnya lagi sepuluh kerusi dengan alasan parti yang diwakili oleh Perdana Menteri mestilah parti dominan dalam kerjasama tersebut supaya keadaan politik negara stabil.

Apa yang akan berlaku kepada UMNO?

UMNO akan menjadi parti picisan di dalam Muafakat Nasional dan broker Dr Mahathir yang masih ada dalam UMNO akan mempengaruhi Ahli Parlimen dari UMNO untuk melompat ke PPBM dengan alasan PPBM diterajui oelh Perdana Menteri yang memerintah maka berbagai imbuhan lumayan boleh diberikan dalam berbagai bentuk.

Apabila jumlah Ahli Parlimen UMNO sudah semakin mengecil dan jumlah Ahli Parlimen PPBM semakin bertambah, maka DR Mahathir akan mengarahkan Muhyiddin untuk membuat tawaran 'DO' or 'DIE' kepada pemimpin UMNO.

Gantikan kepimpinan UMNO dengan kepimpinan PPBM atau keseluruhan UMNO diserapkan ke dalam PPBM.

Benar kepimpinan tertinggi UMNO ditentukan melalui undi tetapi yang mengundi hanyalah perwakilan cawangan dan bahagian sahaja.

Amat mudah untuk broker PPBM mempengaruhi perwakilan supaya mengundi kepimpinan PPBM dengan alasan UMNO perlukan 'rebranding' supaya terus relevan.

Khairy Jamaluddin (KJ) sudah pun meniupkan semboyan ini sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas DS Najib.

Dan memang benar, akar umbi masih kuat menolak PPBM tetapi akar umbi tidak ada kelayakan untuk menentukan barisan kepimpinan tertinggi UMNO.

Plot yang terakhir ialah sama ada UMNO akan dibarisi oleh kepimpinan tertinggi dari PPBM atau keseluruhan UMNO akan diserap ke dalam PPBM.

Kalau masih ragu-ragu, cuba fikirkan, mengapakah PPBM sehingga sekarang masih bertaraf penaja, tiada jentera yang mantap di peringkat cawangan dan bahagian, tiada jentera pilihanraya dibentuk sehingga ke hari ini, walau pun sudah 27 bulan Perdana Menteri yang memerintah datangnya dari PPBM (22 bulan di bawah Pakatan Harapan dan 5 bulan di bawah Perikatan Nasional)?

Mengapakah kes berprofil tinggi yang melibatkan Dr Mahathir seperti kes FOREX, masih lagi disorok di bawah karpet oleh Muhyiddin tetapi kes yang melibatkan pemimpin UMNO yang di dakwa atas kepentingan politik masih lagi diteruskan?

Pemimpin dan ahli UMNO mesti berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menerima PPBM ke dalam Muafakat Nasional sekiranya tidak mahu UMNO berkubur dan terus di bawah cengkaman Dr Mahathir melalui proksinya Muhyiddin Yassin!!!

0 comments:

fda