Friday, August 14, 2020

Dulu, Kini Dan Selamanya Bangsa DAP Adalah Musuh Kita


DAP selalu menuduh dan melabel Melayu sebagai bangsa yang rasis. 

Apakah benar begitu, mengapa Melayu sering dituduh begitu dan apakah benar seperti yang sering DAP katakan itu?

Apakah benar Melayu sering memainkan isu perkauman dan keagamaan seperti yang sering DAP katakan?

Mari kita imbas kembali apa isu-isu yang sering hangat di negara kita?

Bangsa apakah yang sebenarnya memulakan isu-isu hangat tersebut?

Isu Lambang Kemegahan Negara (Jata Negara, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku)


Pernahkah kita mendengar ada orang Melayu yang secara sengaja dan sedar mempermainkan atau mempersendakan lambang kemegahan negara seperti Jata Negara, Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku?

Admin berani katakan TIDAK ADA.

Kalau ada yang tidak setuju, sila masukkan dalam komen link yang melapurkan ada orang Melayu yang melakukan begitu.

Tetapi di sepanjang pengetahuan admin, memang tidak ada.

Yang sering mempermainkan lambang kemegahan negara ialah orang Cina yang berkiblatkan DAP.

Bukan admin hendak bersifat anti orang Cina, sebab admin juga ada kawan-kawan yang terdiri dari bangsa Cina dan mereka pun tidak setuju dengan apa yang Cina DAP lakukan itu.

Baru-baru ini tular di laman sosial, bagaimana seorang penulis buku, penerbit dan syarikat percetakan buku telah mempersendakan Jata Negara dalam buku yang berjudul 'Rebirth'.

Isu Jalur Gemilang Di Pasang Terbalik


Terkini, pasukan PDRM Johor telah menangkap 4 orang termasuk seorang mamat Bangla yang terlibat memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik.

Tahniah kepada Dato' Ayob Khan dan pasukan PDRM Johor.

Siapa pemilik kilang, pegawai Sumber Manusia, kerani logistik itu?

Admin rasa tidak perlu dijawab soalan itu sebab kita semua sudah sedia sedia maklum.

Sebenarnya isu memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik bukanlah satu isu yang baharu.

Zaman pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan dahulu, ianya berlaku secara berleluasa, malah hampir ke seluruh negara.

Apa tujuan mereka melakukan perkara terkutuk itu dan apakah kiblat politik mereka?

Isu Lagu Negaraku Di Nyanyikan Dalam Bahasa Mandarin


Malah kalau kita masih ingat lagi, bagaimana dalam sebuah sekolah vernakular, Lagu Nagaruku dinyanyikan di dalam bahasa Mandarin!!!

Kanak-kanak sekolah itu tidak bersalah, tapi cuba siasat, siapa dan apakah kiblat politik guru tersebut!!!

Pemimpin DAP Sering Mengeluarkan Kenyataan Yang Menghina Bangsa Melayu


Bukan sahaja di peringkat akar umbi, malah pemimpin DAP sendiri selalu memainkan isu-isu perkauman dan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum.

Salah seorang pemimpin DAP, Nga Kor Meng, waktu menjadi Timbalan Speaker dengan biadab pernah mengatakan sekiranya UMNO dan PAS memerintah, Malaysia akan menjadi sebuah negara Taliban.

Setelah di kecam dan di asak dari pelbagai pihak, Nga Kor Meng bukan sahaja tetap mempertahankan kenyataan beliau, malah dengan angkuh mengatakan beliau tidak perlu meminta maaf!!!

Apa tujuan Nga Kor Meng menyamakan UMNO dan PAS dengan kumpulan militan Taliban?

Apakah Nga Kor Meng mempunyai apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa UMNO atau PAS ada mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Taliban sebagaimana DAP yang sudah terbukti mempunyai ideologi komunis yang pernah di bawa oleh Parti Komunis Malaya dahulu?

Banyak lagi isu-isu berkaitan penghinaan bangsa Melayu dan Agama Islam yang sering dipermainkan oleh bangsa DAP yang tidak sedar diri ini.


Kepada bangsa DAP yang tidak sedar diri ini, sila jawab soalan-soalan berikut :

> Bangsa apakah yang diberi keistimewaan sekolah vernaculars SJK tapi masih menganggap Melayu menekan kaum minoriti?

> Bangsa apakah yang menghina tentera kononnya tentera makan gaji buta sedangkan bangsa itu mengaut kekayaan di negara Malaysia yang aman? 

> Bangsa apakah yang mahu merepublikkan tanahair kita? 

> Bangsa apakah yang berkata jika mereka tidak hadir di tanahair ini maka Melayu masih tinggal di atas pokok? 

> Bangsa apakah walaupun diberi kewarganegaraan percuma, disuruh belajar tulisan jawi pun sanggup sehingga menghuru-harakan negara. 

> Bangsa apakah yang menganggap pengganas komunis) yang kononnya berjuang memerdekakan negara?

> Bangsa apakah yang dakwa kononnya bangsanya membayar 80% cukai pada negara padahal bangsa Melayulah yang paling tinggi bayar cukai sebaliknya bangsa dia paling banyak lari dari bayar cukai?

Kepada bangsa DAP, renungkan kata-kata dari mendiang Tun V.T. Sambanthan.

0 comments:

fda

Archives