Friday, July 24, 2020

Isu Tabung Haji, Mujahid Dan Lembaga Pengarah TH Di Telanjangkan Di Parlimen, Apa Yang Muhyiddin Tunggu Lagi?


Isu kerugian dan penjualan aset Tabung Haji (TH) dan aset anak syarikat TH, TH Plantation, menjadi isu yang semakin panas di kalangan Ahli Parlimen dalam perbahasan titah SPB YDP Agong ke XVI, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Terdahulu Ahli Parlimen Baling yang merupakan mantan Pengerusi TH, Abdul Azeez Abdul Rahim, mendedahkan beberapa salah laku tadbir urus Lembaga Pengarah TH yang dilantik waktu Pakatan Harapan memerintah selama 22 bulan.

Antaranya Azeez mendedahkan :



- Pakatan Harapan telah memansuhkan dan memecat panel pelaburan TH yang terdiri dari profesional untuk memantau dan menasihati Lembaga Pengarah dalam setiap keputusan untuk pelaburan yang dilakukan oleh TH. (Rujuk minit 9:34 hingga minit 11:08)

Tanpa panel pelaburan, maka Lembaga Pengarah boleh membuat keputusan sendiri tanpa ada pemantauan dari pihak ketiga.

- Mujahid juga telah menipu dengan mengatakan bahawa kononnya Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu telah menyuntik dana sebanyak RM19.1 bilion kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB), sebuah syarikat khas yang ditubuhkan untuk mengambil alih aset-aset TH dan didakwa diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.

Namun Azeez mendedahkan UJSB sebenarnya hanya mempunyai modal permulaan sebanyak RM1.00 sahaja.


Azeez juga mendedahkan terdapat surat dari Mujahid yang mengarahkan supaya kesemua perabut di keempat-empat hotel yang diambil alih oleh UJSB dijual dengan harga cuma RM10,000. (Rujuk minit 12:38 hingga 14:39)

- Lembaga Pengarah TH yang ada sekarang tidak menyerahkan Lapuran Kewangan TH untuk di audit oleh Jabatan Audit Negara selama 2 tahun, iaitu pada tahun kewangan 2018 dan 2019.

Ini adalah bertentangan dengan Akta Lembaga TH yang mengkehendaki Lapuran Kewangan TH di audit dan disahkan oleh Jabatan Audit Negara pada setiap tahun kewangan.

Lembaga Pengarah bukan sahaja gagal untuk menyerahkan Lapuran Kewangan Tahunan kepada Jabatan Audit Negara untuk di audit, malah telah mengeluarkan berani mengeluarkan hibah kepada pendeposit TH.

Ini adalah alasan yang cukup kukuh untuk memecat kesemua Lembaga Pengarah TH yang ada sekarang. (Rujuk minit 18:40 hingga 19:16)



Sementara itu Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, mendedahkan pada Ogos 2019, Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu telah membuat keputusan untuk menjual 14 anak syarikat TH Plantation yang memiliki 76,957 hektar ladang sawit iaitu kira-kira 76.2% dari 111,796 hektar ladang sawit kepunyaan TH Plantation, walau pun TH Plantation mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan pada tahun-tahun sebelumnya. (Lihat minit 0:55 hingga 2:04)


Ahmad Marzuk juga mendedahkan, Lembaga Pengarah TH telah bersetuju untuk menjual Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisan Mas Sdn Bhd yang memiliki 6,514 hektar ladang kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd yang dimiliki oleh bukan Bumiputera.

Apa yang menjadi tandatanya ialah mengapa Lembaga Pengarah yang ada sekarang menjuaklnya dengan harga yang terlalu jauh di bawah pasaran.

Pada tahun 2018, aset berkenaan di nilai oleh jurunilai bebas CH William pada nilai RM280 juta.

Ianya telah dinilai semula oleh JPPH pada nilai RM224 juta pada April 2020.

Lebih meragukan bila pengurusan TH Plantation kemudiannya telah meminta supaya nilainya dikurangkan lagi kepada RM198 juta, hingga akhirnya aset tersebut ditawarkan kepada Tamaco pada harga RM170 juta sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, melalui perjanjian penjualan aset TH Plantation kepada Tamaco, Lembaga Pengarah TH juga telah bersetuju untuk melupuskan hutang Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisan Mas Sdn Bhd ke atas TH yang bernilai RM240 juta.

Dalam lain-lain perkataan, sudahlah Tamaco membeli kedua-dua syarikat tersebut dengan aset tetapi juga Tamaco tidak perlu menanggung hutang yang ditanggung oleh kedua-dua syarikat itu. (Lihat minit 5:35 hiingga 6:26) juga (BACA DI SINI).

Siapakah yang akan menanggung hutang tersebut?

Apakah ianya akan diserap oleh syarikat induk iaitu TH?

Terlalu banyak penipuan dan keraguan transaksi jual beli yang dilakukan oleh Mujahid dan Lembaga Pengarah TH sekarang yang melibatkan kerugian beratus juta kepada TH.

Apakah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri masih lagi tidak mahu memecat Lembaga Pengarah yang ada sekarang dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (SRC) untuk menyiasat dan membongkar segala salah laku yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang tedahulu.

Rakyat masih menunggu tindakan tegas dari Muhyiddin dan kini rakyat sudah hampir bosan menunggu, Kerajaan Perikatan Nasional mesti bertindak segera!!!

TH mesti diselamatkan dalam artikata yang sebenarnya!!!

0 comments:

fda

Archives