Friday, August 17, 2018

Respons Azmin Hanya Kepada Toyol of Selangor


Satu2nya Kenyataan Rasmi Dari Azmin Ali Terhadap Tuduhan Skandal Seks Ke Atasnya

Sebuah blog di SINI menulis Dato Azmin Ali  marah blogger menuduhnya punya wang dimerata akaun di Bank-Bank di luar negara.

Namun pendedahan skandal yang diviral masih tiada respons. Hanya terjumpa satu kenyataan lama 2012
dari blog Sungai Derhaka berikut:

Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO.

Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas. Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.

Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga.

'The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child). '

Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang- ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya. Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat.

Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat. Saya akan terus bersama-sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Mohamed Azmin Bin Ali

PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya 


Petikan dari :
Blogger Anak Sungai Derhaka
Bertarikh : 01hb Mei 2012

Ulasan :

Satu2nya jawapan yg Azmin keluarkan secara rasmi ialah mengenai dakwaan Afifa bukan anak kandung beliau dengan isterinya Shamsidar Taharim...

Apa yg penulis ingin tekankan di sini, pendedahan yang terlepas pandang disiarkan bahan yang tidak perlu disiar sekali (kini sudah ditarikbalik) menyiarkan sesuatu yg sudah tersebar dan tidak berniat untuk ditumpu utk membuka aib sesiapa tetapi memerlukan respons berpatutan dari Azmin yang boleh juga membersihkan nama-nama yang terpalit sama.

Sekiranya ada pihak yang terkesan kerana gambar atau petikan2 e-mail dan WhatsApp yg tersilsp di siarkan sebagai bukti melalui pendedahan yg pernah di buat, penulis secara terbuka memohon maaf dan akan memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi...

Namun kebenaran WAJIB di bongkarkan...

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran... Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya...

Al-Mâidah : Ayat 2

Sekiranya dakwaan skandal seks ke atas Azmin adalah TIDAK BENAR, Azmin MESTI tampil membuat penafian berserta bukti dan bukannya membuat tuduhan lain ke atas tuduhan ke atasnya...

Masyarakat ingin tahu kebenarannya kerana ada yang terpedaya dan menjadi mangsa kerakusan nafsu (sekiranya tuduhan itu benar).

Kegilaan memuaskan nafsu dengan nikmat kuasa dan kekayaan MESTI di hentikan...

Pemimpin di pilih oleh rakyat bertanggungjawab memimpin rakyat ke arah kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat dan bukannya mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu serakah ke atas rakyat yang di pimpin...


Atas kesedaran itulah pendedahan yang tersilap siar di buat...

0 comments:

fda

Archives