Tuesday, August 21, 2018

Bila 2 Panglima Melayu Bersatu Semangat PH Makin Layu Di Seri Setia


Panglima Umno Arahkan Tentera Bergabung


Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hassan berjanji akan menurunkan jentera pilihanraya Umno bagi membantu PAS sepanjang tempoh 21 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia...

Kita akan berbincang dengan PAS kerana mereka akan memimpin untuk kempen dan apa yg mereka perlukan...

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan menyediakan penceramah yang di perlukan...

Malah ketiga2 pergerakan UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri akan menggerakkan jentera mereka pada PRK kali ini...

Panglima PAS Yakin Gabungan Akan Hasilkan Kejayaan


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat kerjasama di antara parti itu dan Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia mampu menjelmakan hasil yang positif dalam keputusan PRK Seri Setia nanti...

Beliau berkata kerjasama kedua2 parti itu pada PRK Dun Sungai Kandis 4 Ogos lalu, merupakan satu permulaan yang baik dengan peratusan undi yang di terima calon BN meningkat berbanding yang diterima calon Pakatan Harapan (PH)...

Apa Kata Penganalisa Tentang Jalinan Kerjasama Lebih Erat Umno & PAS Di Seri Setia 


Dr. Awang Azman Pawi

Dr. Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya bersetuju bahawa keputusan Umno dan PAS tidak bersaing antara satu sama lain dalam PRK Sungai Kandis yang lepas, menunjukkan tanda awal ke arah kerjasama kedua2 parti...

Awang Azman berkata PH bakal berhadapan cabaran lebih besar di PRK Seri Setia memandangkan persefahaman dan kerjasama antara Umno dan PAS semakin mantap...

Lebih2 lagi terbukti kedua2 parti itu menerima kira2 70% undi orang Melayu dalam PRU 14 lepas berdasarkan angka bancian Merdeka Center...

"Selain itu pengundi Melayu kelihatan lebih bersatu dalam isu agama, bahasa dan kaum yang semakin tidak di endahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan", katanya...

Jangan Sampai Sejarah Menghukum Kita


Demi ugama Islam, demi anak bangsa kita muga kerjasama antara Umno dgn PAS akan terus di kekalkan dan tak akan terhenti setakat di PRK DUN N32 Seri Setia...

Ketepikan perbezaan idealogi politik antara Umno dengan PAS demi maruah ugama, negara dan bangsa...



Tak ada gunanya kita teguh perjuangkan idealogi politik antara kita kalau kuasa masih lagi di tangan mereka dan kita hanya mampu lihat maruah ugama, negara dan bangsa di injak2...



Jangan kita luaskan lagi jurang perbezaan sesama bangsa kerana setiap perbezaan PASTI ada titik pertemuan, itulah senjata yang kita perlukan sekarang...



Pemimpin2 Umno dan PAS sudah menampakkan keinginan dan iltizam utk berkerjasama jadi janganlah di peringkat akar umbi pula yang terus2an enggan berkerjasama...

Janganlah lagi keluarkan kenyataan2 provokasi antara Umno dgn PAS yg boleh menghancurkan ukhwah dan kemesraan yang baru terjalin...

Marilah kita sama2 suburkan perpaduan dan kerjasama antara 2 parti terbesar yang dah banyak berkorban dan perjuangkan maruah dan nasib ugama Islam dan bangsa Melayu di bumi tercinta nie...

Apa pun masaalah, ada penyelesaiannya...

Apa juga perbezaan, ada titik pertemuannya...

Melalui PRK N32 DUN Seri Setia, sampaikan mesej yang jelas kepada pemerintah bahawa suara rakyat ialah suara keramat dan majoriti suara keramat di permata nilam ini ialah SUARA MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM!!!

0 comments:

fda

Archives