Prof Dr Tajuddin Rasdi, profesor Senibina Islam dari USCI, yang juga salah seorang Ahli DAP Melayu mencadangkan supaya Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di anggotai oleh 20% bukan Islam yang mewakili pelbagai agama, bangsa dan keprihatinan...
"Perlu ada juga wakil yang boleh bercakap bagi pihak kumpulan minoriti lain seperti LGBT, Ahmadi atau kumpulan Syiah"...
Beliau menyatakan bahawa banyak isu2 Islam di Malaysia telah menceroboh bidang bukan Islam...
Sambil memberikan contoh kes 'pijak kepala lembu', seruan pembakaran Bible, himpunan baju merah yang melaungkan slogan Islamik, pertembungan Asri - Waythamoorthy berkenaan kepercayaan Hindu dan isu Zakir Naik...
Baginya isu2 ini menunjukkan bahawa isu Islam merupakan isu bagi Malaysia keseluruhannya...
"Saya mahu mencadangkan yang kita terima bahawa sesetengah 'isu Islam' merupakan isu rakyat Malaysia dan bukan hanya isu orang Islam semata-mata"...
"Walaupun kerajaan British yang telah memberikan kemerdekaan kepada Malaysa mensyaratkan supaya perihal Islam akan kekal di bawah kuasa institusi Agama Islam, kita mesti melihat semula idea ini di dalam konteks kontemporari, kebudayaan dan amalan professional di dalam dunia yang berkembang pesat"...
Perasaan beliau kuat menyatakan bahawa masa untuk kita semua mempertimbangkan bukan Islam sebagai sebahagian dari mana2 Ahli Lembaga Pengarah yang di lantik dalam mana-mana institusi Islam untuk membolehkan perspektif seimbang terhadap masalah dan terlibat sama di dalam menghasilkan cara penyelesaian masalah yang lebih baik...
"Lagi pun, mereka2 ini masih rakyat Malaysia"...
"Ahli jawatankuasa atau ahli lembaga pengarah ini hanya sebagai minoriti dan tidak mampu untuk memberi kesan kepada kekuatan undian orang Islam dalam jawatankuasa atau lembaga pengarah tersebut"...
"Apa yang saya ingin ketengahkan ialah, pandangan minoriti ini MESTI di wakili kerana saya tiada langsung keyakinan kepada kemampuan pakar2 Islam untuk memahami atau menghargai semua bentuk keprihatinan lain2 kumpulan rakyat Malaysia"...
Kita tak pasti atas dasar apa Dr. Tajuddin Rasdi buat gesaan mcm tu...
Mungkin saja nak cari publisiti murah kut sbb sebelum nie, dia di katakan membuat pengumuman terbuka mengisytiharkan dia dan isteri dia menyertai DAP untuk membuktikan bahawa DAP bukan hanya parti utk orang bukan Melayu umum tahu dalam DAP mmg dah ada orang Melayu seawal penubuhan parti DAP lagi...😂😂😂
Jamaluddin Mahu Golongan Yang Di Laknat Allah s.w.t. Dan RasulNya Di Angkat Sebagai Penentu Halatuju Umat Islam Di Malaysia
Amat memalukan bila seorang ahli akademik buat cadangan 'asal boleh' atau bersifat 'lembu menyondol' semata2 sebab nak publisiti murahan...
Kita tak nampak logik serta rasional cadangan yang Tajuddin buat tu sebab :
》Budaya songsang LGBT jelas bertentangan dengan hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ (٨٠)
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ (٨١)
Dan (Kami juga telah mengutus) Luth, ketika dia berkata kepada kaumnya, "Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini)...
~ Al-A'raf : 80
Sungguh, kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesama lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas...
~ Al-A'raf : 81
Dalam kitab2 Sunan, Ibnu Abbas meriwayatkan sabda baginda Rasulullah s.a.w. :
مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعَمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ
Mafhumnya :
Barang siapa yang kalian jumpai sedang mengerjakan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah pelaku dan orang yang di kerjainya...
Jelas dari sudut hukum Allah s.w.t. dan RasulNya, tiada toleransi bagi pengamal budaya LGBT...
Khunsa Wadih dan Khunsa Musykil sekali pun MESTI di tentukan dengan jelas jantinanya dan HARAM melakukan hubungan sejenis...
Tak perlulah Jamaluddin meragui keupayaan ulamak2 JAKIM dalam usaha mengawal, membenteras dan memulihkan golongan LGBT sebab JAKIM berpengalaman menangani serangan ancaman akidah yang lebih serius terhadap umat Islam di Malaysia melalui ajaran Aurad Muhammadiah Al Arqam...
》Akidah Syiah Jelas Di Tolak Oleh Rasulullah s.a.w...
Dalam satu hadis, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
عن ابن عباس قال: كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم وعنه علي فقال النبي صلى الله عليه وسلم ياعلي سيكون في أمتي قوم ينتحلون حبنا أهل البيت لهم نبز يسمون الرافضة فاقتلوهم فإنهم مشركون
Dari Ibnu Abbas ujarnya, saya pernah berada di sisi Nabi s.a.w. bersamaan dengan Ali...
Saat itu Nabi s.a.w. bersabda kepada Ali : "Wahai Ali, nanti akan muncul di tengah umatku suatu kaum yang berlebihan dalam mencintai kita ahlul bait, mereka di kenal dengan nama Rafidhah"...
"Karena itu bunuhlah mereka sebab mereka adalah kaum musyrik"...
Ibnu Hajar Al-Haitami dalam Majma’ Zawaid menghukumi hadits tersebut Hasan...
Sekiranya Allah s.w.t. dan RasulNya melaknat golongan LGBT dan Syiah, apakah kita umat Islam pula mahu mengambil mereka untuk menerajui JAKIM!!!
Larangan Allah s.w.t. Untuk Orang Islam Mengambil Musuh Islam Sebagai Pemimpin
Kepada Jamaluddin, fahamkan betul2 firman Allah s.w.t. berikut :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَايَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi 'orang dalam' (yang dipercayai)...
Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu...
Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu...
Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi...
Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya...
Ali Imran : 118
Jamaluddin mengatakan, golongan LGBT, Syiah dan Ahmadi wajar di berikan tempat dalam pengurusan JAKIM supaya mudah bagi umat Islam memahami mereka...
Apakah Jamaluddin merancang utk menyerapkan fahaman dan budaya songsang golongan tersebut dalam masyarakat Islam Malaysia dengan membawa mereka sebagai perancang aktiviti JAKIM...
Apa keperluan kita utk memahami mereka sbb tidak ada manusia yang lahir ke atas dunia ini berkeadaan dan berfahaman LGBT, Syiah dsbnya..
Kita boleh mengadakan dialog dan merancang program kepulihan akhlak dan akidah kepada mereka tapi menerima mereka utk merencanakan hala tuju Islam di Malaysia, tidak sama sekali!!!
0 comments:
Post a Comment