Monday, August 20, 2018

Pemilihan PKR 2018 : Pilih Pemimpin @ Pilih Gangster !!!


LELAKI itu mendakwa, "Kak Zu arahkannya menghentam dan 'menelanjangkan' Faezah", dakwa Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid... 



Abdullah Sani mendakwa bahawa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, mengugut untuk 'menghentam dan menelanjangkan' isterinya, Datin Faezah Ariffin...



Abdullan Sani yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menggunakan seorang ahli PKR untuk mengugut isterinya menerusi aplikasi WhatsApp, kira-kira jam 12 tengah hari semalam...



Beliau mendakwa, ugutan itu di percayai di buat berikutan Faezah yang juga calon Naib Ketua Wanita PKR, mengkritik kepimpinan Zuraida sebagai dalam satu majlis parti di Seremban, minggu lalu...

Pada 11 Ogos lalu, Faezah di laporkan berkata Zuraida tidak membawa banyak perubahan dalam PKR, sebaliknya menjadi punca pelbagai kepincangan sepanjang menerajui sayap parti itu...

"Kita lihat kepincangan berlaku sejak akhir2 ini, kalau kita biarkan Zuraida Kamaruddin dan sekutunya menerajui Wanita PKR maka pincanglah pergerakan Wanita seperti yang berlaku sekarang"...

"Wanita PKR sekarang tidak berfungsi seperti yang sepatutnya"... 


"Kita lihat hari ini apakah yang terjadi setelah kuasa di beri kepada dia (Zuraida)"...



"Dah jadi menteri dia naik kepala!!!"... 

"Apa kenyataan dia baru2 ini???


"Dia kata bukan semua daripada kita PKR boleh beri kerusi kepada Anwar"... 


"Patut ke dia buat kenyataan macam itu??? 


"Kalau dia tak nak beri takpalah, orang lain semua boleh beri"...


"Kalau dia (Fuziah) menang beliau akan di lantik menjadi ketua wanita Pakatan Harapan"... 


"Kita mahu wanita berkualiti"... 


Kita dah beri Zuraida cukup masa, tetapi yang dia tahu ialah 'projek'... 


"Saya yakin ada di antara kita yang dia jumpa cakap akan bagi projek itu dan ini"... 


"Apa akan jadi dengan PKR kalau inilah yang di terapkan kepada ahli kita"...


"Ini kita perlu kekang!!! 


"Kita kena pastikan 'geng kartel' ini terkubur dan tidak ada ruang dalam PKR hari ini" kata beliau...


Datin Faezah Membuat Lapuran Polis
Di Balai Polis Bukit Raja



Isteri saya membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja pada jam 9.16 malam tadi...

Siapa Budak Suruhan Zuraidah


Eddie Yunus Dengan Zuraidah 'Kak Zu'
Mohd. Yuszaidy Mohd. Yunus @ Eddie Yunus di katakan penyokong tegar YB Zuraidah...

Kita tak berniat pun nak masuk campur dalam urusan rumahtangga PKR...

Benteras Budaya Gangster Dalam Politik


Tapi apa yang nak di ketengahkan ialah mengenai budaya samseng dan ugut mengugut dalam memastikan kemenangan calon pilihan masing2 mesti di benteras dan di hentikan serta merta!!!

Pentas politik bukannya pentas gangsterisme...

Rakyat memilih pemimpin adalah untuk memberikan khidmat kepada masyarakat serta membantu rakyat...

Pemimpin sifat dan tanggungjawabnya ialah memimpin rakyat ke arah kehidupan yang lebih selesa...

Gangster pula sifatnya ialah menindas rakyat!!!

Kita menyeru supaya segenap golongan masyarakat menolak mana2 pemimpin2 yang da kaitan dengan gangsterisme apa lagi yang ada kaitan dengan gangster cap ayam...

Kebiasaannya, gangster cap ayam di bagi makan oleh pemimpin cap ayam juga...

Nak ker kita di pimpin oleh seorang pemimpin cap ayam!!!

0 comments:

fda

Archives