Saturday, August 4, 2018

Adakah Anwar-Rafizi Sudah Lancarkan Reformasi II Terhadap Mahathir-Azmin?


Pergeseran Dalaman PKR, Pertembungan Siapa Dengan Siapa Sebenarnya


Ada pendapat mengatakan, pergeseran yg berlaku dalam PKR sekarang puncanya dari Mahathir...

Mahathir cuba nak sekat pengaruh Anwar Ibrahim yg dia rasakan makin hari makin mengancam kedudukan dia sebagai perdana menteri...

Cuba kita tenguk kebenaran dakwaan tu...

Ikut laporan media serta persepsi politik, kem yang di ketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diangkat sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi di dalangi Mahathir...

Pendapat nie di kuatkan lagi bila bulan lepas, akhbar Singapura, The Straits Times men­dakwa tindakan Dr. Mahathir melantik Mohamed Azmin adalah bagi mengimbangi pengaruh Anwar..

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, "ketiadaan Anwar selama ini telah membuka peluang kepada Mohamed Azmin menyerlah dan mencipta pengaruh di Sela­ngor iaitu kubu terkuat PKR"...

Di bantu dengan perlantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan juga ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Bhd. oleh Mahathir, Azmin di lihat menggunakan sepenuhnya kesempatan utk melebar dan mencengkam pengaruhnya dalam PKR ke seluruh negara...




Sebenarnya, keikhlasan Mahathir untuk membenarkan Anwar menjadi perdana menteri di curigai sejak berlangsungnya Kongres Nasional Keadilan Ke 12 lagi bila Mahathir dengan sengaja enggan mengangkat plakad Anwar PM Ke 7...

Untuk menyekat Anwar secara terang2an seperti yg pernah Mahathir lakukan terhadap Anwar pada tahun 1998, amat bΓ¨risiko pada Mahathir kerana dalam Pakatan Harapan, parti PKR  mempunyai suara majoriti...

Jadi cara terbaik yg boleh Mahathir lakukan ialah dengan menggunakan Azmin untuk sekali lagi menyekat dan membunuh karier politik Anwar Ibrahim...

Mahathir melihat pemilihan PKR yang di jangka akan di adakan pada akhir Ogos ini sebagai medan terbaik melaksanakan rancangannya...

Apakah Azmin Akan Berpaling Tadah Dari Anwar


Azmin Ali dari dulu memang di lihat sebagai seorang ahli politik yang licik dan oportunis...

Di mana saja ada kemelut dan masaalah, Azmin akan tampil sebagai watak penyelesaian dan di masa yang sama mangaut keuntungan untuk dirinya sendiri...


Walau pun Langkah Kajang di gerakkan oleh Rafizi namun sebenarnya yang mengaut keuntungan ialah Azmin...


Melihat peluang yg ada, Azmin di katakan sengaja menggerakkan jenteranya menyerang mantan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim ketika itu sebagai cubaan untuk merebut kerusi Menteri Besar Selangor...

Azmin tahu, tak mungkin Anwar akan mengisi kekosongan jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya Khalid Ibrahim berjaya di jatuhkan...

Azmin berharap, pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru akan di tentang oleh parti sekutu dalam Pakatan Rakyat terutamanya PAS...

Bila itu tidak berlaku, impian Azmin hampir musnah...

Namun bila pihak istana menolak pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar, ibarat orang mengantuk yang di sorongkan bantal...

Azmin dgn segera menggerakkan jenteranya sekali lagi bagi tujuan melobi jawatan Menteri Besar Selangor utk dirinya...

Dengan alasan ingin menyelesaikan segera kemelut  jawatan menteri besar yang kosong dan mematuhi kehendak istana, akhirnya perancangan Azmin berjaya bila dia di lantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim...

Dengan modus operandi yg sama, Azmin telah pun memulakan langkah pertama utk menjadi presiden PKR biar pun terpaksa menyingkirkan Anwar Ibrahim...

Destinasi terakhir Azmin sebenarnya bukanlah sebagai presiden PKR tetapi jawatan perdana menteri yg sedang di sandang oleh Mahathir...

Tak sukar utk kita jangkakan, Azmin akan menggerakkan jenteranya utk memberikan tekanan kepada Mahathir supaya melepaskan jawatan dgn menggunakan alasan kontrak jawatan perdana menteri pada Mahatir hanyalah 2 tahun dan Mahathir WAJIB mematuhinya...

Namun sekiranya tewas pada pemilihan jawatan presiden PKR, Azmin masih lagi ada berbagai pilihan seperti melompat ke PPBM...

Dalam ertikata lain, Azmin has nothing to loose...

Kalau Mahathir Gunakan Azmin, Anwar Pula Gunakan Rafizi



Anwar tahu, Azmin mempunyai nafsu yang rakus utk merampas kerusi presiden PKR dari isterinya, Wan Azizah...

Anwar juga tahu, Wan Azizah pasti akan tewas sekiranya berlaku pertembungan itu...

Anwar juga mula menghidu konspirasi Mahathir dan Azmin utk menyekat beliau dari menjadi perdana menteri bila Azmin membuat keputusan menerima tawaran Mahathir sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi tanpa merujuk pada dirinya malah kepimpinan PKR sendiri...

Pantas Anwar mengumumkan keputusan utk bertanding jawatan presiden PKR sekali gus menghantar mesej yg cukup jelas pada Mahathir bahawa tempoh utk berundur sudah sampai...

Di samping itu Anwar juga mahu melihat respon dari Azmin...

Utk menambahkan lagi tekanan kepada Azmin, Anwar mengarahkan Rafizi utk bertanding jawatan timbalan presiden dan Nurul Izzah bertanding jawatan naib presiden...


Azmin benar2 di lihat tertekan dan akhirnya melalui Zuraidah akhirnya Azmin memberi gambaran bahawa dia sudah bersedia mencabar Anwar...

Apakah tag team Mahathir dengan Azmin mampu mengekang kemaraan pengaruh Anwar?

Atau apakah tag team Anwar dengan Rafizi pula akan berjaya memaksa Mahathir berundur dan seterusnya memadamkan pengaruh team Azmin dalam PKR...

Mahathir mahukan Anwar tewas utk terus berkuasa sebagai perdana menteri...

Azmin mahu Anwar tewas sebagai batu loncatan ke jawatan perdana menteri yg sedang di sandang oleh Mahathir...

Anwar mahu menewaskan Azmin supaya laluannya untuk menjadi perdana menteri menjadi mudah...

Rafizi mahu menewaskan Azmin supaya bila Anwar dapat menjadi perdana menteri, Anwar boleh melantiknya sebagai senator dan seterusnya sebagai menteri kabinet...

Kesemua pemimpin yg sedang menjadi perhatian mempunyai agenda masing2...

Di manakah agenda utk rakyat mereka letakkan...

Apakah mereka lupa, mandat yang rakyat beri pada mereka yg meletakkan mereka di tempat mereka sekarang...

Tanpa mandat dari rakyat, Anwar masih di dalam penjara, Mahathir tak kan berkuasa di Putrajaya, Rafizi dan Azmin pun dah nampak laluan ke penjara!!!

0 comments:

fda

Archives