Wednesday, August 15, 2018

Kemaafan dipinta diatas kecuaian


Pada awal Ogos pada 2hb, dan 3hb, laman blog ini menyiarkan posting bertajuk Pendedahan Skandal Azmin, Tapi Bukan Kempen Untuk Rafizi - Siri 1, 2 dan akhir.

Ia merupakan satu pendedahan dari pdf file yang telah tersebar viral di WhassApp yang mana penulis tidak bernama.

Blog ini tersiar isi kandung dan gambar memikirkan ia sesuatu yang tersebar dan sudah dapat perhatian masyarakat yang perlu dinafi atau diperbetulkan pembohongan.

Tidak terlintas dalam fikirkan admin atas niat tujuan selain dari itu.

Walaupun tanggungjawab "public figure" perjelaskan diri, mereka yang bukan "public figure" terjejas.
Ada imej-imej yang terlepas siar adalah lucah.

Ini bersalahan dengan Seksyen 233 Akta SKMM berhubung  penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll. Butiran ada di pautan laman web SKMM di SINI.

Menyedari kesilapan dan kecuaian ini serta timbal balas yang diterima, Admin telah segera keluarkan Bhg 1 dan Akhir dan Bhg 2 yang masih tertinggal baru dikeluarkan. Keterlampauan begini sudah tidak sesuai dalam era keterbukaan terkini.

Nasi sudah jadi bubur dan kesilapan telah dilakukan. Jika ada tindakan dari pihak berkuasa, itu adalah hak mereka. Kami hanya berharap ada budi bicara pihak mereka untuk ambilkira kerelaan kami tarik balik dengan segera posting2 tersebut.

Namun begitu, kami kesali kecuaian ini dan memohon maaf kepada yang tidak dikenali tapi tetap telah teraib akibat posting2 tersebut.

Mengkritik satu amalan perlu dalam demokrasi tapi ini peringatan pada kami dan penulis-penulis lain supaya berhati2 dan prihatin tentang kewujudan seksyen Akta SPRM ini dan tidak melanggarinya.

Sekian terima kasih. Harap maklum - Admin

0 comments:

fda

Archives