Thursday, August 9, 2018

Equanimity : Siapa Penyamun Sebenar


Gagal untuk mencari, mengektradisi dan menangkap orang yang paling di kehendaki oleh kerajaan PH, Jho Low, nampak gayanya Kerajaan PH terpaksa berpuas hati dengan merampas aset individu berkenaan tanpa melalui lunas undang2...

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa kapal Equanimity yang akan tiba di Pelabuhan Klang esok akan di pamerkan, di bida dan di jual kepada pembida tertinggi...


Regim Mahathir II Lebih Draconian Dari Regim Mahathir 1



Terdapat banyak kesalahan undang2 di sini :

》Adakah terdapat arahan mahkamah Malaysia untuk merampas kapal layar tersebut???

Jika tidak ada dari mana kuasa merampas ini di perolehi oleh Kerajaan PH???


Hakim Ratmoho Dari Mahkamah Indonesia
Memerintahkan Agar Kapal Mewah
Equanimity Di Pulangkan Kepada
Pemiliknya

》Adakah mahkamah Indonesia telah luluskan perintah penghantaran barang rampasan ini???

Atau adakah sekadar pakatan di antara Presiden Jokowi dan Tun Dr Mahathir???

Adakah undang2 antarabangsa membenarkan pencabulan seperti ini???

》Mana2 kerajaan di dunia ini, tidak akan dan tidak boleh melelong apa2 barang milik orang lain yang di rampas kecuali setelah di buktikan jenayah telah di lakukan dan mendapat penghakiman mahkamah untuk rampasan berkenaan...

Kita tidak menentang sebarang usaha untuk merampas kapal layar terbabit jika ia terbukti hasil dari wang negara ini yang di curi oleh Jho Low...

Namun tindakan harus berlandaskan undang2 dan bukannya bertindak semberono...

Malaysia bukan sebuah negara komunis atau autokrasi yang membuat keputusan sesuka hati dan melanggar undang2 yang sedia ada...

Sekiranya kerajaan tetap membida dan melelong kapal Equanimity sebelum mahkamah mensabitkan adanya unsur jenayah dalam pembelian kapal tersebut dan memerintahkan supaya kapal rampasan itu di lelong maka jelas kerajaan telah melakukan satu kesalahan jenayah di sisi undang2!!!


SIAPAKAH YANG MENJADI PENJENAYAH SEBENARNYA???

Kredit :

Blogger Cucu Tok Selampit

0 comments:

fda

Archives