Sunday, August 5, 2018

Bila Keselamatan Negara Berada Di Tangan Kaki Perempuan!!!


Berperwatakan menarik, lucu dengan lawak2 senario...

Itulah kelebihan yg ada pada YB Mohamad bin Sabu atau panggilan manjanya Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia sekarang...

Gerenti ramai perempuan, tak kira anak dara, bini orang atau pun janda cair...

Melengkapkan 'package', sekarang nie dah ada kuasa dan pengaruh, muka tolak tepi...

X guna kalau muka lawa tapi bengis, suka buli perempuan...

X guna kalau muka handsome tapi poket nipis, sampaikan rokok dia pun kita kena beli...😂😂😂

Baik pilih Abg Mat...😘😘😘

Tugas Dan Tanggungjawab Menteri Pertahanan Sangat Penting

Kementerian Pertahanan ialah sebuah kementerian yang di berikan amanah dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan dan hak strategik negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur...

Kementerian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang di peruntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara...

Kementerian ini di terajui oleh seorang Menteri Pertahanan dan di bantu oleh seorang Timbalan Menteri Pertahanan serta beberapa pegawai kanan dalam bidang pentadbiran dan operasi ketenteraan...

Jadi apa masaalahnya kalau Mat Sabu jadi Menteri Pertahanan ???

Sejarah Kuno Dan Moden Menceritakan Banyak Pemimpin Dan Empayer Besar Dunia Runtuh Kerana Wanita

Kaum Hawa Jangan Salah Sangka Yer

Sebelum kita pergi jauh, terlebih dulu kita meminta maaf kepada semua yang bergelar wanita...

Tulisan nie bukan bertujuan utk menggambarkan wanita sebagai watak yang jahat...

Tapi lebih lebih kepada memberi peringatan kepada pemimpin2 hidung belang bagaimana nafsu serakah mereka pada wanita boleh memusnahkan sebuah tamadun dan negara...

Runtuhnya Tamadun Romawi Kerana Wanita


Cleopatra Ptolemy VII (atau Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator ~ Januari 69 SM – 12 Ogos 30 SM)...

Beliau di kenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah...

Penggoda yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia ketika itu, iaitu Julius Caesar dan Marcus Antonius (atau Marc Antony)...

Keperibadiannya yang berbeza, daya penarikan yang unik dan bercita2 serta berwawasan jauh menjadikannya ratu berani yang hampir menakluki seluruh dunia...

Terdapat satu keperibadian yang menakjubkan, iaitu baginda mengimpikan sebuah empayar dunia, ratu kepada dunia...

40 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa, Cleopatra telah menggugat Empayar Rom yang sedang meningkat kuasa malah lebih mengancam daripada kuasa lain di dunia...

Tumbangnya Kerajaan Troy Kepada Raja Agamemnon Kerana Wanita


Cita2 Raja Agamemnon untuk menguasai seluruh wilayah Aegean terhalang kerana keutuhan dan kemantapan Troy yang begitu sukar di tundukkan...

Agamemnon juga tidak punya alasan yang kukuh untuk menyerang Troy karena hubungan damai telah mengikat mereka...

Peristiwa penculikan Helen, isteri Melenaus adik Agamemnon menjadi alasan yang baik untuk menghancurkan Troy...

Hector (abang kepada Paris yg membawa lari Helen) melarang keinginan adiknya dan berkeras akan memulangkan Helen ke Sparta...

Namun Hector menyedari Sparta tetap akan menyerang Troya kerana mereka telah mendapat alasan yang cukup kukuh dengan kesilapan adiknya...

Di ringkaskan cerita, akhirnya empayer Troy runtuh setelah musuhnya mendapat alasan yang cukup kukuh untuk memusnahkannya iaitu WANITA...

Dalam sejarah dunia moden juga menyaksikan ramai pemimpin jatuh kerana nafsu serakah mereka terhadap wanita...

Antaranya :


Bill Clinton (AS President) kerana Monica Lewinsky...



Silvio Berlusconi (President Itali) kerana Lusinan...




Gary Hart (President Parti Demokrat AS) kerana Donna Rice...



Eliot Spitzer (Gabenor New York) kerana pelacur mahal...

Musuh Boleh Menggunakan Wanita Untuk Menyelusup Masuk

Dari catatan sejarah kat atas, jelas pada kita bagaimana wanita boleh di gunakan sama ada untuk menjatuhkan kerajaan sesebuah negara atau untuk memeras ugut pemimpin yg berpengaruh...

Mat Sabu memegang antara potfolio terpenting pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sekarang...

Deretan skandal Mat Sabu dah cukup menceritakan pada kita tentang nafsu dan keinginan Mat Sabu pada wanita...

Walau pun pernah hampir2 memusnahkan karier politik Mat Sabu namun beliau tak pernah serik...






Seawal 1994 waktu dalam PAS hinggalah menjadi Menteri Pertahanan, hidup Mat Sabu tak pernah sunyi dari mencari dan di cari wanita...

Ibarat irama dan lagu, andai di pisahkan, sepilah wanita dan sunyilah Mat Sabu...😂😂😂

Menteri Pertahanan pasti mengetahui secara terperinci segala kedudukan, rahsia dan strategi pertahanan negara...

Menteri Pertahanan mempunyai kuasa penuh ke atas segala dana untuk membaik pulih dan memperbaharui aset pertahanan negara...

Menteri Pertahanan juga pasti mempunyai asess tanpa had pada semua lokasi strategik negara...

Benar panglima tertinggi Angkatan Tentera ialah SPB YDP Agong...

Namun, Panglima2 Angkatan Tentera cuma bertanggungjawab dalam operasi ketenteraan...

Bayangkanlah, bagaimana mudah musuh boleh mengawal Mat Sabu dengan 'membekalkan pucuk2 muda' kepada Mat Sabu!!!

Renungkanlah, bagaimana senangnya musuh menyelinap masuk dan mencerobohi kedaulatan negara bila mengetahui kegilaan nafsu Mat Sabu kepada wanita!!!

Sekiranya Mat Sabu di hidangkan dengan 'pucuk ulam raja yg masih lembut dan bergetah' mampukah Mat Sabu memberi jaminan bahawa Menteri Pertahan Malaysia sekarang @ Mat Sabu tak akan tersenarai namanya dalam barisan pemimpin yg menggadaikan kedaulatan negara kepada seorang wanita???

0 comments:

fda

Archives