Monday, August 13, 2018

LGBT : Hak Individu Atau Hak Agama???

APA ITU LGBT

LGBT (juga kadangkala dipanggil GLBT) secara umumnya merujuk kepada kelompok golongan lesbian, gay, biseksual dan 

Istilah LGBT di kenali sebagai LGB pada era 90'an...

Dalam kegunaan moden, akronim ini berkaitan dengan perbezaan budaya songsang gay dan lesbian...

Kumpulan2 yang boleh di anggap sebahagian dari komuniti LGBT termasuk kampung gay, pertubuhan hak LGBT, kumpulan pekerja LGBT di syarikat2, kumpulan pelajar LGBT di sekolah dan universiti  dan kumpulan2 agama mengesahkan LGBT...

Apa Yang Di Perjuangkan LGBT Malaysia


Pertubuhan LGBT di Malaysia adalah hasil perkembangan dan rantaian dari Pertubuhan LGBT terbesar di dunia iaitu International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association atau ILGA... 

 ILGA ialah sebuah pertubuhan yang memayungi pertubuhan2 LGBT yang lain dan mempunyai tujuan serta matlamat yang sama... 


Pertubuhan LGBT di Asia Tenggara seperti Singapura yang di namakan sebagai People Like Us (PLU) Singapore adalah sebuah kumpulan untuk menguruskan aktiviti2 golongan ini...


Manakala Seksualiti Merdeka pula adalah sebuah organisasi yang rancak mempromosikan agenda LGBT di Malaysia...

Golongan LGBT ini memperjuangkan supaya Seksyen 377A(D) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mengharamkan liwat dan seks songsang luar tabi’e di mansuhkan serta merta kerana perkara ini amatlah bertentangan dengan prinsip kebebasan manusia golongan ini dan golongan tersebut...

Hal ini juga menjadi faktor utama terhadap Himpunan Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Malaysia...

8 Tuntutan LGBT

Menggunakan alasan hak asasi dan kesamarataan layanan terhadap rakyat Malaysia, LGBT membawa 8 tuntutan dalam perjuangan mereka...

Secara umunya, golongan LGBT ini menyuarakan 8 tuntutan utama iaitu :

1) Aktiviti seks sesama jantina dengan tidak mengambil kira soal haram atau halal...


2) Pengiktirafan terhadap hubungan sesama sejenis atau berlainan jenis...

3) Perkahwinan sesama jantina...

4) Pengambilan anak angkat...


5) Membenarkan gay untuk berkhidmat dalam tentera...


6) Membenarkan lesbian untuk berkhidmat dalam tentera...


7) Anti diskriminasi berdasarkan orientasi seksual...

8) Memperjuangkan undang-undang untuk identiti gender dan ekspresi gender.

Mengapa Rakyat Malaysia MESTI Menolak LGBT


1) Memberi Kesan Kepada Kadar Pertumbuhan Penduduk


Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia memerlukan kadar pertumbuhan penduduk yang baik untuk menjamin bekalan tenaga kerja dan juga kekuatan dalaman pasaran...

Dari graf di atas jelas menunjukkan apabila budaya songsang LGBT menular ke seluruh dunia bermula dari era 90'an, kadar pertumbuhan penduduk bukan saja di Malaysia tapi juga negara2 juran yang lain menurun dengan drastik...

Bila golongan produktif (dari umur 20'an ke umur persaraan) beralih ke golongan persaraan, negara memerlukan tenaga kerja yang baru untuk menggantikan mereka...

Sekiranya kadar kelahiran semakin menurun (akibat kegiatan seks songsang dan luar tabi'e) maka kekosongan yang di tinggalkan tak akan mampu di tampung...

Sebab itu di Malaysia, had umur persaraan wajib TERPAKSA di naikkan dari umur 55 tahun ke umur 60 tahun...

Kekurangan tenaga kerja akan memberikan tekanan bukan saja kepada produktivi negara malah kekuatan pasaran dalaman negara...

2) Budaya Seks Songsang Dan Bebas Adalah Antara Penyebab Menularnya HIV

Satu masa dulu, kumpulan berisiko tinggi untuk di jangkiti HIV ialah kumpulan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan...

Tetapi kini, golongan LGBT di dapati mendominasi kumpulan yang di jangkiti HIV malah berisiko tinggi menularkannya kepada masyarakat...

Seorang doktor perubatan dari Pasir Mas, Kelantan mendedahkannya :

Kehadapan Puan Marina bt Mahathir, 



1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang...

2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?

3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. 
Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?

4) Adakah anda bersetuju jika ada darah yang di dermakan oleh golongan LGBT di dermakan kepada salah seorang ahli keluarga anda? 
(Buat masa sekarang penganut LGBT tidak di benarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). 
Adakah itu hak kesamarataan yang anda mahukan? 

5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.

6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan & ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media. 

7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran & perbuatan songsang ini. Na'uzubillah. 

8) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan! 

Nur Ilyani Mohamed Nawawi
Pasir Mas
6/8/2018

 #NormalisasiDosa #NoLGBTIQ

3) Bertentangan Dengan Ugama Dan Budaya Hidup Masyarakat Malaysia

Sebelum saya menulis tentang tajuk ini, saya bertanya pada beberapa orang rakan saya yang terdiri dari kaum Cina, India dan Serani tentang penerimaan budaya hidup songsang dalam ugama dan budaya bangsa mereka...

Mereka yang saya tanya, memang saya tahu kehidupan dan aktiviti harian mereka tak berpaksikan pada adat resam dan budaya kaum masing2 apa lagi dalam mematuhi larangan2 ugama mereka...

Hampir mencetuskan ketegangan bila pertanyaan saya di salah ertikan sebagai menghina budaya dan ugama mereka...

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah kalau orang yang tak teguh berpegang pada hukuman ugama dan bangsa pun tak boleh menerima budaya hidup songsang apatah lagi orang yang betul2 berpegang pada budaya dan ugama mereka...

Bertentangan Dengan Hukum Ugama




Penjelasan dari 2 pendakwah bebas terkemuka, Ustaz Azhar Idrus dan Dr. Zakir Naik dah cukup menjelaskan pada kita pendirian hukum ugama Islam tentang aktiviti songsang LGBT...

Benar, ada yang berpendapat, bila berbicara tentang LGBT kita tak boleh hanya bertumpu kepada masaalah seksualiti saja...


Kita tak pernah menentang En. Nisha kerana dia adalah lelaki yang bernama Nisha walau pun kita pasti itu bukan nama sebenar...

Kita tak pernah menentang atau mendesak kerakyatan mana2 aktivis LGBT di gugurkan...

Tetapi kita menentang kerana budaya yang cuba nak di bawa adalah bertentangan dengan budaya hidup masyarakat Malaysia dan hukum Allah s.w.t.

Jangan di tanya kenapa masyarakat memandang serong kepada mereka...

Jawapannya ada pada mereka sendiri!!!

Ibarat seseorang yang bertelanjang bulat di dalam satu majlis rasmi, apakah wajar dia bertanya mengapa semua orang dalam majlis tu memandang serong???

Gay, bapok, pondan dan pengamal seks bebas bukanlah datangnya dari faktor genetik...

Jangan di gunakan alasan, dah memang aku di lahirkan begini!!!

Khunsa di iktiraf di dalam Islam namun kaedah penentuan jantina tetap ada...

Pada menteri di Jabatan Perdana Mneteri, Datuk Mujahid Yusof, apakah beliau rela sekiranya anak lelaki beliau yang di lahirkan cukup dengan segala sifat kelelakian tiba2 bertukar menjadi pondan???

Memetik kata2 kawan saya berbangsa Cina yang marah sebab menyalah ertikan soalan saya pada dia, "lu haa, biar lupa lu punya nama tapi jangan lupa lu jantan atau betina maa"...

Nasib baik saya sekadar bertanya melalui talipon, kalau berdepan, dah tentu lebam mata saya sebelum sempat buat penjelasan!!!

0 comments:

fda

Archives