Tuesday, August 28, 2018

BR1M : Jangan Kerana Marahkan Nyamuk, Kelambu Di Bakar


Tun Dr. Mahathir semalam mengumumkan bahawa BRIM akan di kurangkan dan di hapuskan...

Mahathir masih mendakwa bahawa BR1M di bayar dengan wang yang di curi dan tujuan BR1M ialah untuk 'membeli' rakyat...

Dia juga mendakwa, wang BR1M terlalu kecil dan rakyat tidak merasa...

Agak pelik bila tuduhan kerajaan BN 'curi' wang dari rakyat untuk bagi balik kepada rakyat...

Wang untuk membayar BR1M bukan dari sumber yang di curi... 

Ia ialah dari langkah rasionalisasi subsidi dan GST... 


Tiada 'Political Mileage' Dalam Pemberian BRIM



BR1M bukan untuk tujuan politik...

Kriteria menerimanya hanya berdasarkan kepada pendapatan bulanan isi keluarga...

Bukannaya berdasarkan menyokong parti politik mana...

BRIM Ialah Duit Yang Di Kutip Dari Rakyat Dan Di Kembalikan Kepada Rakyat Untuk Merangsang Ekonomi Domestik

Orang yang kaya lebih banyak mendapat faedah dari subsidi pukal manakala kutipan GST lebih banyak dari SST kerana orang kaya yang bayar lebih banyak GST kerana perbelanjaan mereka lebih dan lebih penting, GST mengurangkan pengelakkan cukai, mengurangkan aliran dana haram dan mengutip cukai daripada ekonomi 'gelap'...

Wang ini kita kembalikan kepada golongan B40 sebagai BR1M yang terus naik kerana kutipan GST terus naik akibat dari pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dulunya semakin naik...

Bila orang susah dapat duit, duit tu di belanjakan semula dalam kitaran ekonomi terutama di kawasan luar bandar...

Dengan ini, jurang kekayaan dan pendapatan antara golongan yang kaya dan miskin boleh di rapatkan...





Ini jelas dari nisbah GINI yang semakin menurun sehingga terendah di bawah 0.40 untuk pertama sekali dalam sejarah pada tahun 2016...

Minggu lepas, kerajaan PH telah mengumumkan bahawa kadar pertumbuhan KDNK (GDP) untuk suku kedua selepas mereka mengambil alih telah menurun dengan mengejutkan kepada 4.5 peratus berbanding 5.4 peratus untuk suku sebelum itu manakala kadar pengangguran sudah naik...

Golongan B40 Masih Perlukan Bantuan Dari Kerajaan



Ada beberapa penganalisa ekonomi juga meramalkan Malaysia bakal akan jatuh kepada kemelesetan ekonomi atau krisis dalam tempoh yang terdekat... 

Ini bukan isu kewajaran pemberhentian pemberian tongkat ekonomi kepada golongan B40 supaya mereka boleh berdikari dengan lebih mantap dalam ekonomi domestik...

Tetapi tekanan dari kejatuhan punca pendapatan dan kenaikan harga barangan keperluan harian menyebabkan mereka menjadi tidak berdaya...

Harga getah dan minyak sawit juga telah turun dengan turuk semenjak PRU14...

Dalam masa yang sama, penurunan harga barangan keperluan harian selepas mensifarkan kadar GST tidak menjadi kenyataan seperti yang di war2kan oleh kerajaan PH sebelum PRU 14 lalu...

Malah, harga barangan keperluan harian di jangka akan meningkat selepas perlaksanaan SST pada September ini...

Ketika inilah orang miskin yang patut di tolong bukan di hukum...

Tidak timbul isu memanjakan rakyat atau membuat rakyat berfikir mereka tidak perlu berkerja untuk mendapatkan wang!!!

Di mana salahnya kalau kita mengambil wang dari yang kaya dan yang lari cukai untuk membayar kepada yang miskin???

Jangan Persendakan Mandat Yang Telah Rakyat Beri



Adakah kerajaan PH sudah lupa bahawa mereka berjanji untuk meneruskan BR1M dalam manifesto PRU14???

Mengapa sekarang mahu mungkir janji dan menghukum rakyat miskin???

Nampaknya kerajaan PH hanya mementingkan golongan yang kaya, ekonomi gelap dan peniaga yang suka mengelak cukai daripada mahu menaikkan gaji dan membantu golongan yang miskin...

Saya bimbang bahawa jurang pendapatan yang semakin turun masa saya menjadi Perdana Menteri akan naik kembali kepada tahap yang tinggi pada penggal pertama Tun Mahathir  berkuasa...


Petikan dari tulisan asal :

Dato' Seri Najib Razak
Mantan Perdana Menteri Malaysia
Merangkap Menteri Kewangan Malaysia

0 comments:

fda

Archives