Friday, August 31, 2018

Kuda WAJIB Di Kecualikan Dari SST!!!


Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penyenaraian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang masih kabur dan bercelaru biarpun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk di laksanakan bakal mengundang risiko kepada pengguna di negara ini...

Menurut beliau apabila keadaan tersebut berlaku di khuatiri terdapat peniaga yang kurang beretika mengambil kesempatan dengan sengaja menaikkan harga barang sedangkan keadaan adalah sebaliknya...

KUDA 'Keperluan' Asas Harian Yang WAJIB Bagi Rakyat Malaysia



Dalam laman web Kastam Di Raja Malaysia (KDRM) ada tersenarai barang2 yang di kecualikan dari SST...



Kuda berada di tangga teratas dalam senarai tersebut!!!



Kita tertanya2 juga, apakah relevan dan kepentingan kuda kepada rakyat Malaysia sehingga ianya di lihat seakan2 WAJIB di kecualikan dari cukai...

Apakah kajian yang di lakukan oleh kerajaan PH mendapati majoriti rakyat Malaysia menternak kuda!!!

Ketelusan SST Masih Jadi Tandatanya Berbanding GST



Berkuatkuasa 1 September ini Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan di laksanakan bagi mengantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata pelaksanaan SST itu adalah susulan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 dan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 telah di luluskan Parlimen pada 20 Ogos lalu...



Berbanding GST, sistem SST yang kurang telus dan di tambahkan lagi dengan sikap peniaga yang kurang beretika akan menyebabkan ketidakstabilan harga barangan keperluan asas di pasaran...

Seperkara lagi, senarai yang di keluarkan oleh KDRM terlalu panjang dan orang pun sukar untuk melihat satu persatu...

Apabila kecelaruan ini berlaku maka akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan...

Kemungkinan nanti barang2 sengaja di naikkan sedangkan barangan itu tidak ada SST...

Tetapi oleh kerana pengguna tidak faham dengan senarai yang KDRM keluarkan maka inilah yang boleh berlaku...



Peniaga boleh dengan sengaja menaikkan harga barang dan mendakwa sebab SST lah maka harga naik...

Kerana itu kekaburan berkenaan perlu di selesaikan segera...

Menteri Kata Harga Barang Degil...🤔🤔🤔



Mana ada harga barang degil...

Yang degil ialah peniaga…

Yang degil ialah manusia... 

Kedegilan itu berpunca daripada etika... 

Akibat daripada itu harga yang di tuduh degil itu sebenarnya berpunca daripada peniaga yang degil dan mengambil kesempatan dari kepincangan sistem SST...

Jadi kita harap perkara ini di ambil perhatian yang serius oleh KPDNHEP...

Sampai Bila Kerajaan PH Akan Menjadikan Rakyat Mangsa Dan Sampai Bilakah Rakyat Akan Rela Terus Menjadi Mangsa

Janji 100 hari 10 janji tidak di tunaikan sepenuhnya...

Rakyat jadi mangsa…

Kemudiannya penipuan2 di batal GST dan di tambah dengan SST...  

Rakyat jadi mangsa... 

Harga kelapa sawit turun tidak naik2... 

Rakyat jadi mangsa…

Harga getah turun tidak naik2... 

Rakyat jadi mangsa…

Bantuan musim tengkujuh, bantuan untuk nelayan, bantuan untuk pesawah di hentikan...

Rakyat jadi mangsa...

Jadi perkara begini membuktikan bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang tidak profesional...

Kerajaan sekarang ini kerajaan yang tidak ada harapan... 

Namanya saja dah Pakatan Harapan...

Jadi kepada rakyat yang dah menjadi mangsa, bersabarlah yer...

Berpakat2lah berharap dengan penuh harapan pada kerajaan Pakatan Harapan...


Kredit :

Datuk Ahmad Maslan

0 comments:

fda

Archives